Friday, September 14, 2012

Pokok Peneman

Salam...
Seronok tak jika anda di kelilingi bunga segar setiap hari... mesti rasa nyaman jer kan. Izan ada 2 pasu pokok kat sudut meja kerja. Cukuplah dengan pokok dedaun yang segar ni jer. Sejuk mata memandang dan senang jaga juga...hehe... Kalau lupa nak tukar air kadang-kadang makcik cleaner tolong tukarkan. Dia pulak yang lebih2 jaga pokok Izan. Sebab tu nampak subur kan. Izan rasa macam nak letak ikan dalam tu... agak2 boleh tak? Boleh menambah keceriaan kan...


sedang pikir nak masak apa kat rumah malam ni...hurmm

Jamuan Hari Raya Ofis saya

Salam...
Alhamdulillah... Izan baru saja menjamu selera di rumah terbuka dept  lain tempat Izan kerja. Rezeki lagi.. Syukur Ya Allah... rezeki melimpah ruah ketika sedang sesak ^__^
Izan makan tak banyak sebab dah kenyang makan macam-macam pagi tadi. Cuma makan ini sahaja.
Apa tu?? hehe...dah abih 2 cucuk sate baru teringat nak amik gambar. Ada sedikit nasi goreng, sausage roll, nugget, spaghetti, makaroni bakar... Kenyang sangat-sangat... terima kasih kawan-kawan kerana sudi jemput.
Banyak lagi yang Izan tak amik antaranya lemang, rendang, soto ayam dan kuih muih lain. Tak larat dah.. Diorang bagi Izan tapau dadih untuk bawak balik... bagi anak-anak... hehehe.. bagus2



nak solat sekejap...

Baju Merah Polkadot

Salam...
Korang suka tak pakai baju merah menyala macam ni. Dulu Izan tak confident dan tak suka merah macam ni. Dari jauh dah nampak kan....huhuhu... Nanti mesti orang tegur "merahnya mak ngahhhh..." Tapi, disebabkan masa adik kawin bulan mac lepas memaksa diri ini untuk beli baju kaler begini. Terpaksa la nii... tema merah kekdahnyaa...  Abih! kalau dah beli takkan nak pakai sekali jer yer dak. Takkan nak perap dalam almari gobok sampai beranak pinak pulak kan...hehehe... Pakai jer! jangan membazir... tak baik! Biar orang kata apa pun.
Korang yang ada baju pokadot atau stripe macam ni perasan tak kalau nak gosok baju jenis macam ni akan rasa pening2 sikit dengan bentuk2 sebegitu. Tak tahulah kalau Izan sorang jer yang rasa...hahaha... pelik kan!


sedang memikirkan masa depan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...