Monday, August 01, 2011

Selamat Berpuasa Semua....

Salam sejahtera dan Salam ramadhan untuk semua...^^
Maaf kepada semua sebab memang dah lama giler Izan tak updated..hehehe... kemalasan melanda diriku ini. Terima kasih kepada semua yang tak jemu-jemu mengunjungi teratak buruk ini...

Pagi tadi sahur apa cik kak semua? Izan masak lauk entah apa-apa...telur mata, sambal ikan bilis ranggup, masak air sayur bayam, dan kacang panjang+udang goreng. Almaklumlah belum pegi pasar, petang ni balik kerja baru nak terjah. Sempat ker nak pergi pasar... balik nak masak lagi. Sempatkan ajer yer tak. Kalo tak sempat makan nasi dengan telur goreng jer...hahaha... Izan lebih suka masak sendiri sebab tak nak bersesak-sesak kat pasar ramadhan pastu tak suka asap-asap orang bakar ikan dan sebagainya. Pastu mulalah pening kepala nak pitam. yang lebih selamat masak sendiri yer cik kak. Sedap tak sedap belakang kira...hehehe...

Pagi ni, baru pukul 10 izan dah sibuk-sibuk pikir nak masak lauk apa untuk berbuka... haish! baru pukul 10 cik kak...hehehe... Apa salahnya yer tak? yang penting semangat! Terasa-rasa nak masak ni pulak petang ni... Laksam.
ehsan google

Dah dekat 10 tahun duk KL tak pernah-pernah masak benda alah ni... tetiba terasa...macam sedap jer masuk tekak ni.Walaupun masak laksam lauk lain kena masak gak sebab Mr Daddyku tidak gemar akan laksam. Tu yang pikir banyak kali tu, kalau nak masak ikut tekak sendiri memang payah. 

Apa-apa pun selamat berfikir untuk masak apa petang ni.

pikir, pikir, pikir....

Thursday, July 14, 2011

Pelupa Ketika Hamil

gambar pinjam ngan google

Selamat pagi khamis...^^
Pagi ni Izan taknak cerita pasal makan-makan sebab rasanya ramai yang puasa sunat hari ni. Kesian lak kang ada yang kebulur dan meleleh-leleh tak pasal-pasal depan pc...hehehe...

Okay, cakap pasal lupa ni....sekarang teruk betul sindrom ni datang mengganggu. Pagi tadi, dah siap kunci pintu rumah nak ke ofis...rupanya beg-beg baju anak tersayang belum ambik daa. Petang semalam ambik anak dari taska, dah nak masuk kereta...tetiba masuk balik pagar taska dan tanya cikgu mana botol susu dak kenit tu. Cikgu cakap apa tau...botol susu ker susu? botol susu dah ada kat mulut dak kenit tu rupanya... maluuuu... Kekadang tu buka beg pastu termenung jer...buka fridge termenung...lupa nak amik apa...adeh!

Izan ada cari maklumat dekat internet pasal pelupa ketika mengandung ni. Menurut maklumat, Ibu mengandung menjadi pelupa disebabkan terlalu banyak hal yang difikirkan. Juga disebabkan perubahan hormon. Kalau ikutkan banyak benda yang nak di buat kat rumah. Mungkin banyak sangat fikir nak buat itu ini menjadikan diri serba tak kena...mungkinla.. Rasanya sebelum ni pun macam tu jugak cara berfikir. Bila ada kat rumah sendiri memang macam-macam yang nak dibuat. Kotor sikit nak lap. kecah sikit nak kemas... rasanya biasa jer tu.... Tapi, tak perlu risau sebab perubahan ni akan berlalu bila dah bersalin nanti...huh! lega..

Okay, ini tips untuk membantu mama berbadan 2 yang selalu lupa. Izan dapat tips ni hasil dari pencarian di internet:

  • Rehat yang cukup itu penting. Tenangkan tubuh badan dengan membaca buku, atau membuat apa saja aktiviti yang boleh relaxkan badan.*rehat bagi Izan tido jelah...hehehe...
  • jangan lupa menyusun jadual atau list yang perlu di lakukan. Minta bantuan suami untuk mengingat sesuatu perkara yang perlu dibuat. *ini senang dan sentiasa buat
  • Kemas rumah anda dan letakkan sesuatu barang pada tempat asal. Senaraikan di mana barang-barang tersebut berada. Jika telupa datang menyerang, mama mama boleh buka balik senarai catatan tersebut, dimana barang diletakkan. Tak perlu pening-pening lagi nak fikir bukan...hehehe... *nak buat senarai tu yang malehh sangat...huhuhu
  • Sentiasa melakukan senaman ringan. *senam-senam atas katil jer boleh tak...erk
  • Aromaterapi boleh membantu menenangkan fikiran dari segala kesibukan. *nanti cuba..
  • Ketika lupa datang menyerang, atau ada kesalahan yang dilakukan ramai ibu mengandung murung dan bersedih. Hal itu akan membuatkan anda stress. Singkirkan semua tu dan buang jauh-jauh. Sentiasa bersemangat! *yang ini pun kena cuba nanti...takmau sedih-sedih dan cepat emo lagi...

Nak cerita banyak lagi..tapi dah lupa...lupa lagi...hehehe.

Wednesday, July 13, 2011

Kerenah Orang Mengandung

Selamat pagi...^^
Seperti biasa kalau pagi begini Izan lebih selesa menulis mengenai sarapan pagi... macamla tak kenal Izan...hehehe. Kalau waktu lunch cerita pasal lunch... Haish! dah boring yer baca cerita Izan...hahaha...

Okay! semua kat sini dah breakfast ker? breakfast apa? Share sikit. Pagi ni Izan breakfast dengan ni,
ini gambar dari google
roti canai telur dan teh tarik. Dah lama tak ikut selera Mr Daddy... kesian dia asyik ikut selera si isteri berbadan 2 yang banyak songeh ini... Macam yang Izan pernah cerita sebelum-sebelum ni biasanya pagi-pagi mesti ada nasi lemak, mi goreng, kue tiaw goreng atau mihun goreng. Pastu siap ada penambahan lagi mesti ada kuih walau 2 biji...hehe.

Sejak pregnant ni dah beralih arah pulak dah. Setiap pagi, tengahari dan malam cari menu kelantan jer. Balik-balik nasi kerabu, nasi berlauk, mi celup. Kalau takde semua tu keropok lekor pun jadi untuk alas perut. Tak lupa juga dengan mangga muda, itu yang selalu Izan cari bila waktu lunch. Yang lain jangan harap boleh telan. Tengok saja pun cukup buat tekak loya...sabar jelah dengan kerenah sendiri. 

Sejak 2 3 hari ni dah bosan pulak dengan menu-menu tu. Lepas tu biskut cap ping pong tu jugak yang Izan cari untuk alas perut. Sekarang Izan dah boleh terima semua makanan ala-ala kampung. Tapi, dengan syarat tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Kalau tak, selepas makan akan pening dan loya.

Tahu tak, pagi tadi hidung Izan macam terbau-bau ini...
gambar dari google juga

Sedapnyaaaa...mana nak dapat kat KL ni kecuali buat sendiri... Huwaaaaa...terseksanya jiwa raga. Kenapalah otak ni asyik fikir makannn jer... Itula inila... Hari tu boleh terfikir nak makan ketupat nasi bungkus dengan daun kelapa tu. Adeh! nak tunggu raya lambat lagi. Nak taknak kena paksa Abah tersayang buatkan. Dia jer pandai buat sarung ketupat nasi tu dan ketupatnya sangat sedap bagi tekak Izan. Kena sabar dan tunggu jumaat ni. Dan harap-harap adalah rezeki Izan dari kelantan...^^
Izan suka makan dengan sambal kelapa macam tu...

penat dengan kerenah sendiri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...