Tuesday, April 05, 2011

Durian Oh Durian...

Ini cerita pasal buah durian, bukan hantu durian macam cerita upin ipin tu...hehehe....
Musim durian tiba lagi. Sekarang bersepah orang duk jual durian tepi jalan. Bagi sesiapa penggemar raja buah ni sekarang ni lah masanya pulun durian setiap hari tiap masa. Sampaikan ada yang demam gara-gara makan durian...dan jangan pula sampai tercekik biji durian... itu dah kes bahaya...ke hospital lah jawabnya...

Aku dan famili baru sekali merasa durian musim ni. Baru sekali pun nak kecoh ker...? Diamlah! Itupun kebetulan ada lori durian parking kat depan rumah. Nasib baik bukan lori durian terbalik..hahaha... Kami beli 3 biji jer...yer! ingat 3 bakul ker?...sebab dah alang-alang lori durian parking depan rumah kan...Perlu ker beli banyak-banyak? Uhhh...kami berdua jer yang nak makan, plus budak cinonet Adelia itu. Lainlah kalau kamu, kamu, dan kamu datang join makan dengan kami.

Aku simpan sebiji untuk buat serawa durian. Ni haa makan dengan pulut...
dan juga dengan homemade roti benggali...
juga untuk mertua...makan apa pun mesti ingat...

Dalam duk sibuk makan durian tu apa kata kita layan cerpen "Encik Apple vs Miss Durian" dulu
karya Wazrul Shah <----klik link ini untuk baca. Aku suka sangat baca cerpen-cerpen dia....okey baca sekarang...! semangat durian nih...hehehe....



p/s: Ayat yang paling tak boleh blah bagi aku dalam cerpen tu adalah "jalan berlenggang-lenggok macam sotong paul" dan "biar mulut longkang, jangan berlari macam kongkang"...kelakar giler ayat tu bagi aku...harharhar...

Monday, April 04, 2011

Tom Yam Songkhla

Sudah lama mencari resepi tom yam sebegini, akhirnya berjumpa juga bila En Google membawa aku ke laman blog En SENDUK_JEBAT. Biasanya aku panggil resepi ini tom yam poktek.


By SENDUK_JEBAT

Bahan-Bahan A
  • 4 potong ikan siakap
  • 2 ekor ketam (dibelah dua)
  • 1/2 kg lala
  • 10 ekor sotong (dipotong kecil)
  • 4 ekor udang galah
  • 4 cawan air
Bahan-Bahan B
  • 1 inci halia
  • 3 keping lengkuas (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
Bahan-bahan Perasa
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar garam dan gula
  • 3-4 sudu besar air limau nipis
Cara-Caranya:
  1. Masukan air ke dalam periuk sederhana besar bersama bahan A.
  2. Kemudian, masukkan bahan B dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih tambah sedikit susu cair (jika suka@ santan) dan tunggu sehingga mendidih sekali lagi sebelum diangkat dan dihidangkan.

Sunday, April 03, 2011

Bosannyaaa....

Sejak akhir-akhir ini Izan selalu rasa bosan dan tak bersemangat. Semua yang  dilakukan rasa macam tidak kena. Rasa macam ingin mati jer. Tapi tak baik kan kalau selalu berfikir fikir macam tu. Sakit ker aku ni..? tak! Apa yang perlu aku lakukan sekarang? memasak sudah... kemas rumah dah... basuh kain dah... iron baju pun dah... Apa lagi yang perlu aku buat untuk mengelakkan rasa bosan nih...hukhukhuk... rutin yang sama setiap hujung minggu...hurmmm... jika hari sabtu keluar bawa anak-anak berjalan atau makan angin, hari ahad pula hari untuk melepak di rumah sambil mengemas.

Aku dapat rasakan bahawa punca utama yang menyebabkan rasa bosan ni sebenarnya berpunca daripada aktiviti yang aku lakukan sehari-hari. Rutin harian yang sama dilakukan menyebabkan kebosanan.  Setiap pagi bangun, mandi, menyiapkan anak-anak, siapkan breakfast suami, berangkat ke tempat kerja, dan melakukan  pekerjaan. Balik rumah, mandi, makan,  check homework anak, tidur malam. Bangun pagi, ke tempat kerja lagi. Begitulah rutin setiap hari isnin hingga jumaat. Arghhhh...ternyata sangat bosan... 

Kalau masalah bosan ni dah mencapai tahap maksima macam mana? Boleh gila dibuatnya... Nauzubillahi minzalik...Walau macam mana sekali pun aku akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Tips ini akan aku cuba sampai tahap kebosanan aku hilang...wish luck for me okey...!

  1. Jika rasa bosan disebabkan kerana kerja yang berlonggok, cubalah untuk melakukannya one step at a time. Satu per satu. Bahagikan kerja besar menjadi beberapa kerja kecil sehingga lebih mudah dan lebih cepat diselesaikan.
  2. Jika rasa bosan melanda kerana ada satu hal yang tidak selesai-selesai, kenapa tidak cuba untuk tinggalkan dan lupakan barang sejenak? Cuba lakukan hal lain yang akan membuatkan hati senang. Barulah setelah itu kembali ke masalah awal.
  3. Kadang kala, rasa bosan datang kerana badan dan fikiran penat. Akan menjadi sukar untuk memiliki motivasi yang cukup jika badan tidak segar. Tidur boleh menjadi penyelesaian. Tidur singkat sekitar 10-20 minit kadang kala dapat mengembalikan tenaga dan motivasi yang telah hilang.
  4.  Cara lain untuk mengatasi rasa bosan adalah dengan mengubah jadual harian. Hal-hal yang biasa dilakukan di pagi hari, cuba di pindahkan ke jadual petang / malam hari.
  5.  Setiap manusia pasti gembira bila mendapat hadiah. Tidak perlu hadiah mewah dan mahal. Cubalah untuk memberi hadiah pada diri sendiri. Contohnya, dengan segelas ice cream atau menghabiskan masa di salon misalnya.
Carilah cara yang sesuai untuk mengatasi rasa bosan. Setiap orang mempunyai caranya tersendiri , dan boleh jadi berbeza-beza untuk setiap kali rasa bosan itu datang. Semoga berjaya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...