Assalamualaikum...
kepada yang tak puas hati pasal cerita Cinta Jannah.. kita baca apa luahan hati penulis cerita ini...
Assalamualaikum, semua. Selamat pagi dan salam #CintaJannah.
Siapa yang tak puas hati dengan ending #CintaJannah semalam, angkat
tangan...hehehe. Ok, saya akan bagi pencerahannya di sini. Memang banyak
scenes yang tergantung dan watak-watak hilang macam tu je. Bak kata
Aeril Zafrel dalam livechat semalam, jalan cerita yang saya bagi terlalu
padat. Mereka terpaksa edit ( tak masuk akal langsung ). Kita
mulakan dengan watak Tini, Razak dan Ustaz Talha. Korang anggap je
watak-watak tu dah mati. Sebab watak-watak tu sebenarnya memang tak
wujud pun. Bila tak wujud maknanya tak adalah kisah Tini curang dengan
Razlan, Tini mati kena bunuh, Tengku Zareena buat hubungan sulit dengan
Razak, babak-babak culik anak dalam hutan (kayu kayan), jual beli tanah,
dan kenapa Ustaz Talha tak tolong Izaryl cari Jannah, kan? Sufian pula
duda anak dua bukan beristeri dua dan Sufian tu anak ketua kampung.
Maknanya Sufian tu, bukan suami Amina dan bukan anak Tengku Zareena,
kan? Watak Hakim dan Zahira pula, adalah sahabat baik Izaryl dan Jannah.
Dengan bantuan Hakim dan Zahiralah menemukan Izaryl dan keluarga
Jannah. Izaryl menerangkan status sebenar Jannah. Asalnya 4 tahun bukan 9
tahun ( tak logik). Izaryl masih mencari Jannah dan bukan slow macam tu
(ini lagi saki hati ). Dalam 4 tahun tu Izaryl selalu pulang ke kampung
menjenguk keluarga Jannah dan menanti kepulangan Jannahnya. Balqis dan
Razlan pula sudah insaf kerana dengan bantuan Izaryl lah mereka dapat
menjalankan pembedahan anak mereka yang sakit ( tak tulis dalam sinopsis
asal). Damia pula memang tak jadi kawin dengan Izaryl, maknanya tak
adalah isu Damia tinggal serumah dengan Izaryl kan? ( haram weiii ).
Damia di halau keluarganya selepas pengsan pada majlis pernikahannya
dengan Izaryl. Masa tu baru terkantoi Damia mengandung. Tengku Zareena
pula insaf sebab malu orang sekeliling mengatanya dan melihat keadaan
tidak terurus Izaryl kerana terlalu rindukan Jannah. Damia menyesal di
sisihkan keluarga dan tinggal di rumah Tengku Zareena bukan rumah
Izaryl. Jannah pula baru dapat tahu dia mengandung semasa di kampung.
Selepas di halau, Jannah pulang ke rumah Izaryl tapi kecewa sebab malam
dia pulang tu adalah malam Izaryl dan Damia berkahwin. Jannah kecewa dan
membawa diri. Waktu itulah Bonda terlanggar Jannah ( lain kali nak
lintas jalan tu pandang lah kiri kanan Jannah oii ). Sebab tak ada
tempat nak di tuju, Jannah tinggal dengan Bonda dan melahirkan anak.
Izaryl pulak.. adooii ini lagi satu... tak payah nak jadi pak sanggup
sangat lah. Izaryl terima Damia pun sebab kecewa kerana Jannah
tinggalkannya tanpa pesan. Tengku Zareena pula terlalu mendesak. Izaryl
terpaksa terima sebab waktu tu Izaryl tak tahu lagi Damia sedang
mengandung. Sebab terkantoi pengsan tu, majlis nikah batal. Selepas
Izaryl berjumpa dan bersatu dengan Jannah, Izaryl membuat majlis
kesyukuran dan memberi kejutan kepada Jannah dengan menjemput keluarga
Jannah, Sufian, staff Izaryl, Opah dan Atuk, Hakim dan Zahira, Tengku
Zareena dan Damia. Maka berlakulah adegan air mata berjemaah.. hehehe...
Segalanya terungkai dalam pertemuan jejak kasih itu. Setahun berlalu,
Izaryl dan Jannah mendapat baby lelaki yang comel macam papanya. Ketika
baby lelaki mereka berumur 6 bulan, Jannah mengandung lagi. Jannah
marah-marah tapi marah-marah sayang je... hehehe... Izaryl pulak
tentulah tersenyum bahagia kan? Tulah siapa suruh Jannah tinggakanl
Izaryl lama-lama.. hehehe ( tak tulis dalam sinopsis asal. Kan happy
ending tu. -TAMAT-
p/s : Scenes di atas bermula selepas Jannah tinggalkan Izaryl. Episod-episod sebelum tu terbaik je. Jangan mintak #CintaJannah 2 atau sambungannya sebab saya tak tahu..
p/s : Scenes di atas bermula selepas Jannah tinggalkan Izaryl. Episod-episod sebelum tu terbaik je. Jangan mintak #CintaJannah 2 atau sambungannya sebab saya tak tahu..
macam takder kerja jer asyik update blog...haish!
1 comment:
memang xpuas hati tengok ending dia :(
Post a Comment