Salam...
Semalam buat pertama kalinya Izan cuba buat shepherd's pie. Biasanya adik ipar yang buat. Ni rupa bentuknya... ini jelah menu pagi raya kami...
Jadi tak? jadi tak? hehehe... Baru jer angkat, ada yang tak sabar-sabar nak makan...
Okay! saper nak resepi amik nih...
sumber: CariForum
Mashed Potato8 biji kentang -rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur -dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam
Cara-Cara
- Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
- Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
- Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.
Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar -potong dadu
2 biji karot -potong dadu
2 biji tomato -potong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable
*Izan tambah 1 sudu besar serbuk kari
Cara-cara
- Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
- Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
- Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
- Masukkan garam, kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.Tutup api dan ketepikan.
Penyediaan Shepherd Pie
- Sediakan bekas, masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
- Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
- Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
- Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
- Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.
* Izan tabur grated cheese diatasnya.
ini tengah bakar..
Okay! sekejap lagi nak masak shepherd's pie lagi sebab potato banyakkk lagi kat dapur tu...
saper tak cuba rugi tau sebab kuih ni sedappp sangat...
12 comments:
wow! terpaut melihatnya...dah tentu rasanya amat lazat! tapau sepotong boleh ye Izan....salam aidiladha!
wahhh boleh cube nikh izan...
akak!!!!!!!! lm xupdate, bila update citer psl mkn lak.. hehehe
Amie: sila2...shepherd pie ni sedap bagi org yg giler kentang..heheh.. salam aidil adha juga.. ^^
rajinnnyer..meh sini skit hihihi...
sedap resipinyer..
MYA EL QAYREENA AZRYAN: mya, nti cuba tau... kuih ni budak2 suka tau! mgkin sbb ada mash potato di atsnya..
mizzkechique: yer, MK...mmg lamaaa sgt... tak sangka org masih ingat akak...hehe thanks yer..^^
Salam Puan
terima kasih sudi singgah kat dapur Rahel..sini banyak menu yg sedap2...meleleh je liur tengok..
hahhhhh sukanya !!!! lapar2 . .
rahel: thanks Rahel sudi singgah sini...^^
cik yuki: Jom masak...jom msk..heheh
lahai mak yong ni..rajinnyer main masak masak ;)
yang tak mak yong yang malas ni camner huhu
Post a Comment