Monday, November 07, 2011

Shepherd's Pie

Salam...
Semalam buat pertama kalinya Izan cuba buat shepherd's pie. Biasanya adik ipar yang buat. Ni rupa bentuknya... ini jelah menu pagi raya kami...
 Jadi tak? jadi tak? hehehe... Baru jer angkat, ada yang tak sabar-sabar nak makan... 

Okay! saper nak resepi amik nih...

sumber: CariForum
Mashed Potato
8 biji kentang -rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur -dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara

  • Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
  • Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
  • Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar -potong dadu
2 biji karot -potong dadu
2 biji tomato -potong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable 




*Izan tambah 1 sudu besar serbuk kari

Cara-cara

  • Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
  • Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
  • Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
  • Masukkan garam, kacau sebati.
  • Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd Pie

  • Sediakan bekas, masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
  • Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
  • Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
  • Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
  • Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.

 * Izan tabur grated cheese diatasnya.



ini tengah bakar..

Okay! sekejap lagi nak masak shepherd's pie lagi sebab potato banyakkk lagi kat dapur tu... 

saper tak cuba rugi tau sebab kuih ni sedappp sangat...

12 comments:

Amie said...

wow! terpaut melihatnya...dah tentu rasanya amat lazat! tapau sepotong boleh ye Izan....salam aidiladha!

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wahhh boleh cube nikh izan...

MizzTina said...

akak!!!!!!!! lm xupdate, bila update citer psl mkn lak.. hehehe

Cik Puan Izan❤ said...

Amie: sila2...shepherd pie ni sedap bagi org yg giler kentang..heheh.. salam aidil adha juga.. ^^

Cik Ecah said...

rajinnnyer..meh sini skit hihihi...
sedap resipinyer..

Cik Puan Izan❤ said...

MYA EL QAYREENA AZRYAN: mya, nti cuba tau... kuih ni budak2 suka tau! mgkin sbb ada mash potato di atsnya..

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: yer, MK...mmg lamaaa sgt... tak sangka org masih ingat akak...hehe thanks yer..^^

rahel said...

Salam Puan
terima kasih sudi singgah kat dapur Rahel..sini banyak menu yg sedap2...meleleh je liur tengok..

Unknown said...

hahhhhh sukanya !!!! lapar2 . .

Cik Puan Izan❤ said...

rahel: thanks Rahel sudi singgah sini...^^

Cik Puan Izan❤ said...

cik yuki: Jom masak...jom msk..heheh

PinKy MoMMa said...

lahai mak yong ni..rajinnyer main masak masak ;)

yang tak mak yong yang malas ni camner huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...