Friday, November 02, 2012

Muffin Suka Suki Izan

Assalamualaikum...
Malam tadi Izan selamat membuat muffin.... suka suki jer letak apa yang ada kat rumah sebab tu nama dia muffin suka suki...hehe... orang-orang kat rumah saya ni tak suka sangat makan muffin ni. Saya buat untuk kenduri aqiqah anak sedara baru. Abaikan rupa yang comot dan tak semenggah itu yer kawan-kawan. Amik gambar pun ntah apa-apa...haha...ngantuk nak tido dah masa ni... Janji rasa muffin sudahh..haha... tapiii...kalau nak rasa sama macam kenny rogers memang tak lah kann... mana yek nak cari resepi serupa itu? Izan suka betul muffin vanilla kenny rogers...

Yang ini pun ok sebenarnya... buat pun mudah... orang lain kata sedap jer... Kalau nak resepi amiklah...

 Muffin Suka suki Izan

Bahan-bahan:
4 sudu besar mentega (dicairkan)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan susu segar (Izan guna susu cair... susu segar yilek)
1 sudu teh baking powder  
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 biji telur (saiz A)
1 sudu teh esen vanilla

Hiasan
biskut chipsmore atau boleh ganti dengan biskut oreo, coklat chip dan sebagainya 

Cara-cara
1.Gaulkan kesemua bahan kering di ikuti bahan basah. kacau hingga sebati. Izan guna whisker. Nak guna garfu pun boleh, senduk pun boleh.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin. Hias mengikut kesukaan anda.
3.Bakar selama 20minit/180C.


taktau nak keluar makan kat mana hari ni...hurmmm...


Thursday, October 18, 2012

Saya Pening Tak Tahu Pasal Apa Pening

Assalamualaikum...
Alkisah kelmarin Izan tak sihat...huhu.. pening-pening dan cepat sangat rasa lapar. Lambat sikit makan dah mengeletar seluruh badan...hurmm... heran betul. Rasa-rasanya sebelum ni takde mengalami simptom macam ni. Dah tak tahan sangat pening tak hilang pun walau dah menelan panadol, Izan pegi klinik Famili jumpa doktor Aziz. 
 kalau korang pun tgk gambar ni pening...baik korang pegi jumpa doktor cepat-cepat...hehehe...

Boleh pulak dia kata biasanya simptom macam ni mungkin pregnant. Bulat mata Izan pandang doktor tu...hehe... Biar benar doktor?? jangan nak buat lawak...!! anak saya yg kecik belum lagi umur setahun. Bukanlah nak menolak rezeki. Tapiiiii.... Izan betul-betul tak bersedia lagi. Baby Izan, Ahmad Waseem kan tak macam baby lain... dia belum betul-betul sihat. Kesianlah dia kalau-kalau Izan tak boleh bagi kasih sayang secukupnya nanti...huhu... Pastu, sebelum ni nurse suruh Izan ambil ubat merancang kehamilan sebab Bersalin baby kali ni Izan kena czer. Huhuhu...kan dah takut sebab tak dengar nasihat...hehe... Doktor cakap lagi, mudah jer kalau nak tahu pregnant ker tak kena test urine... hehe... Izan kata takperlah doktor. Nanti saya test sendiri. Taknak terima kenyataanlah tu... tu pun kalau betul la. Tapi Izan rasa tak kot. Mungkin tak cukup tidur jer ni...hehe...

Pagi tadi dah makan nasi lemak, boleh dikatakan banyak jugaklaaa... seharusnya kenyang lagi sekarang. Tapi kenapa lapar mengenggeletar dah nii...huhu....


aku dalam dilema...

Wednesday, October 10, 2012

Bantulah Adik Ahmad Adam Syukri

Salam...
Bila membaca kisah adik Ahmad Adam Syukri, air mata jatuh mengalir tanpa disangka.. hati sebak. Saya tahu bagaimana perasaan ibu ini, kerana suatu masa dahulu saya pernah mengalaminya. Tapi saya rasakan ujian yang ditempuh ibu muda ini lebih hebat berganda. Saya ingat sayalah manusia yang paling Allah sayang bila di beri ujian olehNya. Tetapi ada insan lain yang lebih Allah sayang. Tak sanggup rasanya untuk melihat penderitaan anak ini.
Di sini Izan quote pasal adik Adam daripada page lamanya
“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”
Ya Allah, sangat tabah Adam dan ibunya. 
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tak sanggup rasanya untuk menatap foto ini lama-lama. Sungguh menyentap jiwa keibuanku.

Air mata tak henti mengalir dan sebak bila membaca kisah adik adam... Saya ingat saya kuat bila di uji oleh Allah dengan ujian yang saya rasa sangat berat...anak saya dilahirkan dgn usus di luar...tetapi ada lagi insan lain seperti ibu adam yang lebih kuat dan tabah... auntie harap adam kuat dan tabah berjuang untuk terus hidup...kami semua sangat sayangkan adam...
ini ialah foto adik Adam dahulu di awal sakitnya.. masih mampu tersenyum ketika ini 
menitis lagi air mata tatkala melihat foto ini..kuatnya kamu adik Adam... semoga kamu terus berjuang untuk hidup...
 foto terbaru adik Adam
 Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan sangat-sangat di alukan kerana adik Adam sangat memerlukan sumbangan, memandangkan ibunya telah ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga adik Adam. Sumber pendapatan hanya dari ibu dan neneknya sahaja.. Tolonglah kawan-kawan semua.. seorang RM10 pun sudah memadai... atau berapa sahaja seikhlas hati anda. 

013-3439702 - Puan Noraisah (ibu Adam)
02040007292201 CIMB
Noraisah Md Malena

Sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan Adik Ahmad Adam Syukri di facebook sila ke
berjanji takkan sekali-kali mensiakan anak-anak mummy...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...