Friday, September 28, 2012

Jamah Nasi berlauk Babi

Salam...
Erkk...uwekkk... tetiba nak termuntah baca berita ni... makan nasi berlauk babi?? Boss yang sangat kurang ajar bagi alasan tak tahu ada staff orang islam. Ni yang nak marah nii... Eii... rasa loya pulak tekak ni... Yang staff pulak satu hal.. takkan tak check dulu. Tanya ker dulu beli kat mana. Kalau rasa was-was toksah la makan. Ni tidak, orang bagi makan main bedal jer... kang dah kena... nasibla korang... dah tahulah macam mana rasanya yer tak?? huhuhu...
klik untuk tumbesaran yer

dah kenyang baca berita ni... tak makan pun takper...huhu...

Resepi Dadih Kolagen Untuk Kulit Gebu Gebas

Salam...
Korang pernah makan kolagen rumpai laut tak? Izan dah lama amalkan. Siapa yang ada masalah kulit macam jerawat, kudis, gatal, luka kemalangan, orang-orang tua yang nak pulihkan tenaga sangat disarankan amik kolagen ni. Korang boleh makan kolagen ni dalam pelbagai cara. Maca Izan biasanya campur dalam minuman seperti sirap, orange, sirap bandung dan terbaru Izan buat dadih... Hmm... rasa dia sedap! seakan dadih biasa tu. Malah yang ni lagi berkhasiat... Siapa nak awet muda trylah... pasti tak mengecewakan... hehe... yang kat bawah ni Izan buat perisa stoberi... yummy!
Tahu tak kolagen rumpai laut ni bentuk macam mana..?? ni haa... macam ni... banyak contoh kat situ... dari rumpai laut yang fresh dari laut masin sampailah kepada rumpai laut yang kering... nak tahu lebih lanjut pasal rumpai laut ni klik sini AuraRyazCollections Izan tak reti sangat bab-bab rumpai laut ni. Izan reti makan pastu rasa sedap dan rasa cantik gebu gebas jer...ekeke... sorry agak kepoyoan di situ...hahaha...
Korang nak resepi tak nii?? Kalau tak nak Izan tak bagi... :p 

sedappp sangatt... rugi taknak... Izan dah boring campur collagen dgn air sirap dan oren...  senang jer buat dia. Ni Izan nak bagi resepi. Take note yer kawan-kawan! sorry gambar kurang mengancam. Ni pun nasib baik ada...hahaha... 
Mula-mula korang sediakan 50gm kolagen, 1 cawan gula, 1 kotak (1 liter) susu... suka hati korang nak letak susu apa atau perisa apa... janji sodap di anak tekak korang! yang Izan tunjuk kat bawah ni kolagen yang dah siap rebus sebelum ni. Takde orang nak perabih dan dah muak makan kolagen campur air tu yang Izan buat dadih ni...
 Pastu masak kolagen rumpai laut dalam periuk sampai hancur kolagen tu yer. *Yer! saya tahu periuk saya tak cantik. Abaikan semua tu sebab kita nak makan dadihnya sahaja bukan periuk.. :p*
 Masukkan gula kacau sampai hancur. Izan terlupa nak amik gambar step tersebut. Kemudian masukkan sekotak susu. Kacau lagi sampai menggelegak. Korang jangan tinggalkan periuk tu keseorangan tau takut pulak dia muntah melimpah. jenuh pulak korang nak bersihkan dapur...muahaha... Kacau sentiasa. Selagi tak menggelegak selagi itu korang kacauuu jer... pastu baru boleh tutup api.
 Biar sejuk sikit bolehlah masuk dalam bekas yang sesuai. Izan masukkan dalam 1 bekas besar. Mak pemalas memang macam ni. Korang jangan ikut tau. Ikut contoh yang baik-baik sahaja...ekeke...
 Masuk dalam bekas kecik macam ni sedap sikit mata memandangkan... nak makan pun senang.
 Bila dah siap beginilah rupa dia... tunggu dah sejuk masukkan dalam fridge.

Haa...! kan nampak sedap tuu...walahhh! *erkk...ker aku jer yang nampak sedap..*
Izan gigih sangat makan kolagen rumpai laut sebab banyak sangat khasiat dia. antarannya ialah... pengambilan kolagen rumpai secara teratur dan berterusan memberi kesan yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit muka mengecil dan nampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu mengandung, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.
Kalau korang nak kesan cepat elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita. Nak kesan lagi cepat kena amik bersama pil vitamin C.
Izan perasan kan budak ni makin cerah pulak. kan dia sedikit malam sebelum ni...erkk... Ni mesti dia yang habiskan dadih Mummy dalam fridge ni... Tapi, orang kata koalgen ni tak berkesan kat budak-budak... ntah! perasaan maknya aje kot...hehehe... Tengoklah tu perasan amik gambar sendiri. Ada pelbagai aksi sebenarnya... Letak 1 cukup! kang termuntah pulak korang nengokkan gaya dia yang ntah apa-apa tu...hahaha...
 dah besar anak bujangku...

Alhamdulillah...hari ni tak payah keluar duit untuk lunch...hehe...

Thursday, September 27, 2012

Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Salam...
Izan join segmen ni... kalau korang pun nak banyakkan followers jugak.. jomla join sama.
nak join  KLIK SINI

Followers Izan sekarang 705
Izan tag kepada semua yang masuk blog ni... ;)


harapnya makin bertambahlah followers ku...ngehngehngeh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...