Wednesday, September 19, 2012

Orang Tengah Sibuk Demo Menentang Penghinaan Terhadap Islam, Negara Kita Pula Sibuk Nak Anjur "Bikini Fashion Show 2012"

Salam...
Mengucap panjang Izan tengok berita ni. Dah takde benda lain lagi ker yang nak di buat?
Eloklah tu... Orang tengah sibuk demo menentang penghinaan terhadap Islam, negara kita nie pula sibuk nak anjur "Bikini Fashion Show 2012"... Malulah Weh !!! Inilah yang dikatakan mengundang Bala Allah. Takde pasal cari pasal.
Tak takut bala Allah ker weii...? 
Sekali turun bala dari Allah Taala habis semua kena. Tak kiralah besar kecik, tua muda, kuat lemah, kaya miskin, gemuk atau kurus, rambut kerinting atau lurus, hensem, kurang hensem ker tak hensem semua sapu bersih...habis semua kena. 
Renunglah setiap yang berlaku disekeliling kita agar kita tidak menjadi agen yang menjemput bala yang dahsya daripada Allah. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali:

Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda : 
[1]Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja  
[2]Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan  
[3] Zakat dijadikan hutang   
[4] Suami menurut sahaja kehendak isteri  
[5] Anak derhaka terhadap ibunya  
[6] Anak terlalu mementingkan kawannya  
[7] Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya  
[8]Suara sudah ditinggikan dalam masjid  
[9]Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka  
[10] Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya  
[11]Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat 
[12] Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki 
[13] Para artis disanjung tinggi   
[14] Muzik banyak dimainkan   
[15] Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat), Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi binatang. 

Ya Allah! jika dilihat dari hadis tersebut semuanya sudah kita dapat lihat sekarang di mana-mana. Seriaunyaa... sangat takut! Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan orang-orang tersebut. 

 
Astaghfirullahal Azim...


Kalau Campur Begini Ku Memang Suka

Salam...
selamat pagi... Good morning...
Izan tengah breakfast nii...wahaha... *kecoh!
Milo kosong bergandingan kuih berger malaysia 2 biji dan mee + bihun goreng. Kalau ada kue tiaw meh campur sekali biar serasi bersama.... hehehe... Umppph! memang nikmat bila milo panas dihirup dalam suasana sejuk dingin begini... dan kesimpulannya... Alhamdulillah kenyang :)

Hey! korang yang belum breakfast! pergi sana makan cepat... Nanti perut masuk angin susah. Perut Izan ni pagi-pagi dia dah mintak makan. Dah kenyang diam la dia. Kang kejap-kejap lagi kalau mintak buang pulak tak tau lah ;p bila dah kenyang tunggu apa lagi? Kerja...kerja... nak tunggu nampak muka boss dulu baru nak start kerja...? Haish!

lalalala...

Tuesday, September 18, 2012

DIY: Cara mudah Buat Gula Berwarna

Salam...
Pernah tengok gula berwarna untuk hiasan di atas biskut atau kek? Ianya banyak terdapat di pasaraya atau kedai bekalan bakeri. Tapi tentu harganya mahal kan? Korang boleh buat sendiri dengan kos harga yang rendah.

Perkara yang korang perlukan:

   1. Pewarna makanan kesukaan korang - contoh di sini merah dan biru (pewarna makanan gel lebih baik)
   2. Gula pasir
   3. ZipLoc Beg sandwic
   4. Rolling pin atau mana-mana botol silinder sebagai roller


Gunakan pewarna makanan gel jika ada. Contoh adalah seperti di bawah. Pewarna tersebut tidak akan jadikan gula basah.

Masukkan 3 sudu gula pasir ke dalam beg ZipLoc...

 Gunakan apa-apa untuk mencelup pewarna gel... seperti batang kayu. Celupkan sedikit pada satu masa kerana  gel cukup pekat.

Pastikan gula tidak berketul. Roll dengan pin rolling jika nampak berketul. Biarkan sebati.

Seal beg tersebut sehingga tiada udara masuk dan goncang-goncang supaya sebati.

Roll...roll...roll...shake...mix...shake...roll... lalala... sambil-sambil tu boleh nyanyi dulu

Haa.. dah jadi pun. Murah, cantik... seronok..!

Korang boleh buat macam-macam warna... dan ia menyeronokkan...^__^


Dah siap bolehlah hias di atas kek mengikut kreativiti korang...

Cantik kan.. ^__^
kredit to craftymoods.com untuk semua pic di atas


baru jer tadi makan...tetiba lapar balik...huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...