Monday, May 30, 2011

Part 10 - Panggilan Telefon Misteri

Boringnyaaa.... Izan sambung lagi cerita misteri nenek kamsiaa ni yer... Huhuhu...ngantuk giler sekarang ni...perut pulak dah lapar nih...grrr...
Sambungan ..

Kelibat nenek tua yang aku lihat pada malam tu, aku sendiri tak pasti sama ada benar-benar wujud ataupun hanya khayalan semata-mata. Orang cakap, kalau kita terlalu memikirkan sesuatu, fikiran kita dikuasai, benda tak wujud pun jadik wujud. Jadi mungkin apa yang aku nampak pada malam tu, nenek tua berkebaya nyonya sambil memegang kipas tangan, mungkin hanya sekadar gangguan otak kot? Lepas nampak nenek tu, aku terkejut, kaki aku spontan je tekan minyak dengan kuat (sampai habis tekan ke bawah tu),kereta terbabas ke tepi jalan. Dah la waktu tu aku tak pakai seat belt,satu habit buruk aku, kalau waktu malam, jarang nak pakai seat belt sebab takde road block polis/jpj,lagipun takde lah jauh benar pun rumah aku tu. Waktu kemalangan tu, aku tak cedera parah pun, cuma bahagian dahi luka,yang berhampiran dengn anak rambut tu,org panggil ape eh,dah lupa plak, kalau tak silap,ubun-ubun kepala kot? Aku pun tak tau mcmana boleh luka,mungkin terhantuk kot,tak pasti. Parut kat situ masih lagi kekal sampai sekarang cuma dah pudar sebab rajin bubuh bio-oil, tak nak bagi muka nampak spoil berparut, gigih ni sapu bio-oil tiap hari

Waktu kemalangan berlaku, Danny masih lagi follow dari belakang dan die hampir-hampir kemalangan jugak sebab sewaktu kereta aku terbabas, dia tak pandang kiri kanan, terus je drive pergi ke arah kereta aku terbabas tu, hampir-hampir dia nak langgar motorsikal yang memang tengah melalui jalan yang sama tapi dari arah bertentangan. Disebabkan kawasan tu sunyi, ada kereta yang lalu tapi takde sesiapa berhenti untuk beri bantuan. Pernah ada kes orang pura2 kemalangan, tapi bila orang keluar nak bantu, diorang dirompak pulak. Danny call Ryan untuk mintak tolong Ryan dtg bersama sesiapa yang boleh pandu kereta, untuk tolong bawa kereta aku balik rumah. Kereta aku cuma kemek kat bahagian depan sebab melanggar divider dan papan jalan, tapi tak teruk. Cuma aku dah tak dpt nak drive sebab perasaan terkejut tu masih ada. Lama aku kebingungan kat dalam kereta.

Danny pulak, ketuk pintu kereta slow2, macam takut kena maki je sebab sebelum tu kitorang bergaduh gara2 ketuk cermin punya pasal. Aku bukak pintu kereta, unexpected bila Danny cakap "Okayyy....jangan lari?" Muka die tu ha,memang memek muka menyindir habis lah,takut aku lari dan menjerit tak tentu pasal,siot betul lah. Danny langsung tak bertanya kenapa aku boleh kemalangan, mungkin tak nak aku rasa tertekan. Danny offer untuk hantar aku pegi klinik, tapi aku tak nak, klinik memang takde bukak malam, kalau nak jugak, memang terpaksa pegi General Hospital tapi agak jauh, memang malas nak pegi lagipun luka pun setakat tu je kat dahi, boleh je kalau nak tampal plaster.

Danny pun call lagi Ryan, tapi aku tak faham pulak sebab dorang masing2 guna bahasa Cina Hakka. Mungkin tanya Ryan dah kat area mana kot. Sementara tunggu Ryan sampai, Danny tolong bersihkan luka kat dahi aku guna tisu yang dibasahkan dengan air mineral and tampal guna plaster. Waktu tu, dia guna First Aid Kit yang ada dalam dashboard kereta aku, dalam dashboard tu pulak, ada tuala wanita yang aku saja simpan untuk ladies punya "emergency case".

"Tampal luka pakai ini boleh kan,cepat menyerap?" Aku toleh tengok dia, tuala wanita tu dah pun kat tangan dia sambil dia sengih, panas gila muka aku ok, ni nak melawak ke apa ni, bagi penampar kang, berterabur gigi kau. Aku diam je, sebenarnya segan sangat sebab barang peribadi, Danny sedar muka aku berubah, dia terus cakap sorry2. Aku sebenarnya tahan gelak, tapi dah tak tahan nak gelak, aku gelak lah, Danny pun gelak sama.

Waktu kitorang gelak sama-sama tu lah, kedengaran suara nenek tua gelak bersama-sama. Aku tersentak. Aku pandang Danny untuk tengok reaksi dia, sama! Dia pun macam tersentap, raut wajah dia, seolah-olah dia nak tanya aku "awk dengar tak apa yg saya dengar?".. aku mengangguk kepala, Danny faham yang aku dengar apa yang dia dengar. Tapi, ketawa nenek tu kedengaran tak lama, bila kitorang stop ketawa, suara nenek ketawa tu pun dah takde. Waktu ni,aku terlalu takut tapi aku cuba lawan, aku tak nak terlalu mengikut emosi.

Ryan tiba tak berapa lama kemudian, bersama adik lelaki dia. Adik lelaki dia drive kereta Ryan, Ryan pulak drive kereta Danny. Danny ambik alih, drive kereta aku dan hantar pulang ke rumah. Sampai je kat rumah, aku lega sangat sebab abang aku masih lagi berjaga, lepak dengan member dia dari rumah sebelah, tgh spray gitar. Dia terkejut gak tengok aku yang balik rumah dengan dahi bertampal plaster, just mention dengan dia, kereta aku terbabas, kemalangan kat simpang sekolah yg tak jauh dari rumah. Tapi aku tak cerita langsung yang aku ternampak nenek tu, aku rasa bukan masanya untuk bgtau, lain kali je aku akan cerita pada dia, kalau terbukak hati nak cerita la.

Abang aku jemput Danny,Ryan & adik die masuk rumah,tapi Danny cakap takpe,niat nak hantar aku balik je,lagipun dah lewat.

Malam tu,aku tak tido dalam bilik. Aku masih rasa seram. Aku pura-pura tertido kat ruang tamu sebab abg aku memang selalu tido kat situ sebab kat bilik panas,katanya, aku rasa seram pulak nak tdo sorang2 dalam bilik. Abg aku pun kejutkan aku suruh masuk tido dalam bilik, aku cakap malas nak bangun dah, mata berat sangat. So, abang aku biar je. Mungkin disebabkan aku tido dengan keadaan aku yang letih sangat, aku bermimpi ..

Dalam mimpi tu, nenek tua tu datang pada aku,bawa bunga. Tapi bunga tu diperbuat dari straw. Straw yang dilipat-lipat jadik bentuk bunga. Dia bagi kat aku, aku ambik dan letak atas kepala, aku cakap "Kamsiaaa". Aku terjaga je dari tido, hati aku berdebar-debar,nasib baiklah mimpi nenek bg bunga, tak lah menakutkan sangat pun,tapi still gak rasa seram.

Keesokan harinya, aku bangun awal pagi nak bersiap pergi kerja. Tapi badan rasa sakit sgt, bahagian kaki pulak lebam, malam sebelum tu tak pulak rasa sakit. Disebabkan tak tahan, tak sedap badan, aku call tempat kerja, inform dengan manager yang aku amik sick leave. Aku bantai tido je sampai pukul 10 pagi mcm tu, bangun mandi & bersiap nak keluar beli brg dapur sikit.

Sebelum keluar tu, baru perasan ada sms dari Danny.

"Salam..sorry if disturbing. Sy dah dapat tahu tentang Freddie,x byk info tp boleh jadi clue. Bila nak meet up? If rasa x sihat,rehat la dulu."

Aku tak tunggu lama, terus call Danny untuk tanya siapa Freddie. Tp waktu dia nak mula cerita tu, aku perasan yg aku sorang kat rumah, sebab motor abg aku takde pulak kat rumah. Aku pun ajak je Danny jumpa,tapi die kena ambik aku sebab kakak aku awal2 pagi dah ambik kereta dia untuk repair kemek tu (kereta kakak aku sebenarnya yg aku pakai sampai accident tu,aku mana de kereta sndiri )... Aku decide tak nak dengar cerita Danny melalui phone, sebab aku rasa aku tak "kuat" sgt untuk dengar,takut aku lemah semangat,dah la sorang2.

Danny pun ajak makan kat Marrybrown dan aku setuju je. Waktu tu lah Danny rungkaikan persoalan selama ni,persoalan kami hampir terjawab bila Danny dah call Syarikat Kayu tu,dan bertanya tentang Freddie, staff sana mengakui akan kewujudan Freddie di syarikat mereka, beberapa tahun yg lalu ..Satu jawapan yang agak mengguris hati aku sebagai seorang wanita. Sekali lagi, perasaan takut tu bertukar menjadi simpati...

Bersambung ..

 apa nak buat ni..? ngantuknyaaa...

Pagi Yang Selo...

Selamat pagi isnin...
Semua ceria ker hari ni? Izan tak ceria langsung. badan penat sangatttt... Walau penat tapi tetap hepi jugak sebab Mr Daddy dah balik. Weekend lepas banyak sangat aktiviti... Penuh jadual tau. Dengan orang bertunang, nikah, kawin dan macam-macam. Sekarang ni kan dah start cuti sekolah...maknanya musim mengawan la...jadi ramaila yang buat kenduri...hehehe...
gambar ehsan google

Izan tak tau nak bebel apa sebenarnya. Badan letih, otak penat... fikir pun selo jer. Tu yang malas buat kerja ni. Oh, ya! sebenarnya otak dah menerawang ke Mekah dah ni. Dalam suka nak ke sana ada sedih juga. Terfikir jugak macam mana Izan nak tinggalkan buah hati Izan yang umur 5 dan 2 tahun tu. Sebelum ni tak pernah terpisah dengan diorang dalam jangkamasa yang lama. Kalau dengan Daddy diorang dah biasa kena tinggal...sebab daddy diorang selalu pergi offshore.. Huhuhu... macam manalah agaknya nanti.

Lepas tu yang Izan risaukan, biasanya kalau Izan nak ke mana-mana boleh harapkan adik ipar. Macam boleh jadi pengganti Izan sebab diorang memang manja dengan Auntie Dikla dan Auntie Sarah diorang. Izan takde pun diorang tak kisah. Tapi, yang sedihnya kami semua akan buat umrah bersama... 

Harapan izan semoga semua berjalan lancar. Takmau fikir bukan-bukan lagi. Biarlah mereka kat sini pulak yang uruskan semua tu nanti.. Izan nak tumpukan semuanya pada ibadah....^^

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...

Friday, May 27, 2011

Part 9 - Panggilan Telefon Misteri

Okey, ini mungkin entry terakhir untuk hari ini. Kita sambung lagi yer cerita yang entah bila akan sampai penghujungnya. Tapi Izan jamin cerita ni tak macam cerita indon yang sampai beratus episod yer... Part sebelum ni di sini. Semoga terhibur...^^
Sambungan ..

Selepas 2 atau 3 bulan aku dan Danny tak hirau lagi nak cari nenek tua tu since Danny dah dpt kerja, kitorang kembali ke plan asal untuk sambung balik siasatan, semuanya gara-gara nenek tua tu dah tak lagi call restoren tempat aku kerja, tapi nenek tu call office Danny pulak. Kitorang memang dah agak ini mungkin satu misteri yang takkan terungkai, tapi kalau tak cuba, mana nak tau hasilnya kan? Pada mulanya, aku tak tau mana nak mulakan siasatan, aku kerja kat restoren, Danny pulak dalam bidang perhotelan, jauh bena dengan skill nak CSI ke apa, skill masak ade lah kot Jadi, aku dengan Danny pun plan nak jumpa, untuk bincang tentang hal ni dengan mereka yang mungkin lebih arif. Aku ambik keputusan untuk bawa sekali account clerk kitorang, yang aku panggil Nisa. Dan Danny pulak bawa sepupu die, Ryan iaitu anak sulung kepada Mdm Wong tauke telur Ryan ni peminat kisah mistik atau misteri & pernah involve dalam pencarian entiti paranormal waktu die kat Australia. Australia atau New Zealand,aku lupa pulak, tak sure.

Tiba malam yang dijanjikan, aku pun pergi jumpa Danny, Ryan dan Nisa kat salah sebuah kedai makan. Lepas order makan & sesi kenal-mengenal antara satu sama lain (sebab aku tak pernah jumpa si Ryan dan Ryan pun tak pernah jumpa aku dan Nisa, jadi kira mcm intro lah, hik hik). Topik tentang nenek ni, menjadi topik utama perbualan kitorang, dan mcm biasa lah, timbul pulak macam2 spekulasi.

Ryan mencadangkan untuk kitorang cuba mencari siapa pemilik asal nombor restoren tu. Ryan cakap, ada kemungkinan nombor tu adalah milik tempat kerja Freddie pada asalnya, lepas tu dorang potong line ke apa, dan nombor tu digunakan oleh restoren kitorang pulak, kiranya mcm nombor recycle la. Bila Ryan cakap mcm tu je, Nisa terus menyampuk ..

"Laaa.. kalau mcm tu, memang Nisa dah lama tau, nombor tu syarikat balak punya lah, dorang jual kayu"
"Apsal kau tak pernah cakap pun? Apsal aku tak tau eh?" aku pun tanya, sedikit bengang lah sebab sepatutnya Nisa inform aku pasal ni, tiba2 aku rasa segan pulak sebab Nisa, lebih tau daripada aku.

Nisa cakap, dia tak pernah bagitau sebab hal tu dah terlalu lama sangat. Waktu restoren kitorang baru mula beroperasi, menurut Nisa, memang beberapa kali ada orang call mintak quotation harga kayu lah, tanya ada buat perabot ke tak, kilang balak kat mana lah, macam-macam. Nisa cakap ni restoren,takde deal dengan kayu-kayu semua ni, orang yang call pun terkejut dan tanya, eh ni bukan Syarikat Kayu XYZ ke (sekadar nama syarikat samaran,bukan nama betul syarikat tu k). Nisa pun pernah beberapa kali terima fax daripada org yg tak dikenali, kat atas kertas tu bertulis "Attn to Account Dept,Syarikat Kayu XYZ" lebih kurang mcm tu lah, dan beberapa kali Nisa terpaksa call back untuk inform yang kitorang ni restoren,bukan syarikat kayu balak.

Patut lah aku tak pernah tau pasal tu sebab kebanyakan waktu aku memang berada di bahagian luar opis, dan yang selalu jawab telefon ialah Nisa, dia tak pernah maklumkan sebab dia tak pernah terfikir pun info tu dapat membantu kitorang cari siapa freddie atau siapa nenek tu. Lagipun lepas beberapa bulan, dah takde orang call untuk tanya pasal syarikat kayu tu, mungkin sebab syarikat kayu tu dah pun inform dengan customer dorang tentang penukaran nombor. Aku pun cadangkan kitorang google je lah nama syarikat tu, for sure ada alamat dan contact number dorang.

Dengan menggunakan handphone Ryan, kitorang pun sama2 google syarikat tu. Sah, masih wujud dan website dia active. Syarikat tu syarikat kayu balak yang supply kayu balak (eh,memanglah ) dan ada jugak supply barang2 untuk bina bangunan macam simen,cermin,etc. Danny cepat-cepat save nombor telefon office syarikat kayu tu, sekali dengan nombor fax dan email sekali. Danny ni ambik langkah berani sikit lah konon, die dail je nombor tu walaupun kalau ikut secara logik, mane lah ada orang kat opis malam2.

"Mana tau nenek tu angkat ke,kan? Cuba jeeee.." Danny melawak, Nisa dengan Ryan dah ketawa dah, tapi aku, diam. Memang aku takut, kot2 mana lah tau nenek tu betul2 pulak jawab telefon tu, tak ke naya makin banyak pulak misteri yang tak terungkai. Tapi panggilan telefon yang Danny buat tu, tak berjawab. Fuh,aku lega.

Tiba-tiba handphone Danny berbunyi, kitorang semua tersentak, bila Syarikat Kayu tu yang call balik. Suasana yang tadi bukan main riuh dengan gelak tawa Nisa dan usikan Ryan, semua berubah jadi senyap. Danny tekan punat call,on loudspeaker supaya kitorang dapat dengar.

"Hello?" Kata Nisa,eh budak ni, die pulak yang cakap Hello, sepatutnya Danny sebab tu handphone dia.
"Hello?" Kata Ryan pulak, eh memang mintak sekeh kot dorang berdua ni.

Tapi, tiada jawapan .. Danny terus putuskan je talian. Muka masing-masing pucat,ketakutan. Terutamanya aku, aku rasa berdebar sangat, sedangkan kalau ikutkan lah, Nisa ni yang lebih penakut daripada aku, tapi aku tak dapat nak kawal diri.

"Aishah, awk ok ke?" Danny tanya. Aku tak jawab,aku terus ajak balik. Tapi,aku memang takut. Tak pernah rasa mcm ni dan kepala otak aku ni dah bayangkan nenek tu duduk belakang kereta aku

Kitorang ambik keptusan untuk balik dan apa2 perbincangan akan dibincang lagi lain hari, yang belum ditetapkan bila. Aku duduk dalam kereta, aku ketakutan sangat. Menyesal pulak aku tak ajak Nisa balik sama, aku rela tinggalkan kereta aku kat situ, dan balik bersama Nisa dengan satu kereta. Aku cuba call Nisa, tak dapat. Sms tak dapat,rupanya kredit aku habis pulak,tinggal beberapa sen je,dalam hati ni memang dah menyumpah seranah,mula lah nekad nak beli postpaid

Aku cuba untuk drive balik ke rumah, tapi ayat tu, terngiang-ngiang di telinga aku..
"Freddie tak pulang..tak pernah pulang.. dan tak akan pulang.."
Tangan aku menggeletar,aku cuba nak bertenang dan bgtau diri aku sendiri "Aishah,kau tak pernah mcm ni. Jangan mcm ni, takut dengan sesuatu yang tak pasti. Jgn jadi bodoh lah" Aku cuba tanamkan tu dlm minda aku, tapi perasaan takut tu makin menjadi.

Tiba-tiba ....cermin kereta aku diketuk,cermin kereta pada pintu yang sebelah kiri. Aku terperanjat, Ya Allah memang aku terperanjat sangat2 sampai aku menjerit takut, buka pintu kereta dan terus lari tak tentu hala dan menjerit. Bayangkanlah dah nak dekat tengah malam, aku berlari ke tengah jalan, lari dari sesuatu yang menakutkan, yang aku tak tau apa.

Aku macam dalam dunia aku sendiri, Danny terus tangkap aku dari belakang dan genggam lengan aku kuat supaya aku tak lari, waktu ni orang dah mula mengerumun kami berdua, terkejut dengan apa yang berlaku.

"Aishah.. hei,apasal ni? Ini Danny lah.. hei, tengok sy betul2,awak ni kenapa mcm ni??" Suara Danny,kedengaran marah, dia tak pernah tinggikan suaranya pada aku, dan malam tu, pertama kali aku dengar dia berbahasa kasar seperti tu. Aku terpinga-pinga, owh rupanya Danny yang ketuk cermin kereta tu tadi. Waktu ni kami berdua bertengkar.

"Yang awak ketuk cermin kereta sy,apa hal?Nak tunjuk hero sangat ke?" Aku pun tinggikan suara,selepas dia dulu yang mulakan.
"Sy ingat nak follow awak smpai awk balik rumah. Kan dah mlm, lagipun Ryan tadi follow Nisa" balas Danny.
"Tak boleh ke awk ketuk cermin kereta yg kat sebelah kanan,dekat tmpt yg sy duduk. Tunjuk muka awk tu,bukannya ketuk2 mcm tu dari sebelah kiri, awk ingat sy sempat ke nak fikir panjang siapa yg ketuk? Awk ingat sy ni berani sgt ke??"

Danny diam,tapi belum lagi lepaskan lengan aku yg die pegang kuat. Takut aku lari mcm nampak ponti kot.

"Td sy dah call awk,nak suruh awk jalan,sy follow blkg. Tp awk takde respon pun. Sy tgk awk masih dlm kereta tu,tapi tak gerak2 lagi,tu yg sy dtg tengok, itu aje. Jgn lah emosi sgt mcm ni. Awk ada fikir sesuatu eh dlm otak awk tu?"

Aku diam je,tanpa jawapan. Tiba2 rasa segan pulak dengan mata-mata yang memandang dan berbisik sama sendiri, mesti dorang ingat aku dengan Danny ni bergaduh soal cinta pulak, aduh. Serta merta je rasa takut tadi dah lenyap. Aku suruh Danny balik je rumah, tak perlu follow sebab aku ok. Cuma tadi je tak ok, perasaan takut tu terbawa-bawa. Tapi, Danny tak pedulikan arahan tu, die follow je aku dari belakang untuk hantar aku ke rumah.

Ada la satu simpang tu, kawasan ni agak sunyi, kawasan sekolah rendah. Simpang tiga, dan kat simpang tu ada satu pondok tempat menunggu, budak-budak sekolah selalu lepak kat pondok tu sambil2 dorang tunggu parents or bas sekolah ambik. Waktu melalui simpang tiga ini lah, mata kepala sendiri ternampak seorang nenek tua memakai kebaya nyonya, sambil bawa kipas tangan dan melambai ke arah aku. Sekali lagi aku terkejut, kereta yang aku pandu terbabas dan aku kemalangan.

Bersambung ..

 sorry kalau ada type error ker apa..sebab nak cepat pergi airport jemput Mr Daddy dan my in laws...^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...