Monday, October 08, 2012

Boleh Test

Salam...
Selamat pagi semua. Dah breakfast? Kalau belum pegilah makan dulu nanti perut masuk angin lagipun elok makan pagi-pagi ni. Tips untuk kurus jugak tu. Takdelah tengahari nanti melantak nasi sampai 2 pinggan...hehe

Pagi ni sajalah nak menceriakan diri. Baca cerita lawak-lawak sikit untuk hilang mengantuk sebenarnya. Izan jumpa gambar ni. Terasa lawak lah pulak. saper suruh tulis "boleh test". Ada pulak makhluk yang buat macam ni...hahaha... pastu ada ker orang nak beli nanti... kot yer pun tuan kedai potonglah untuk orang rasa. Nampak benar tak ikhlasnya yer tak? hehe... Ini kalau tau dek Syarikat Apple boleh kena saman kot sebab di kira meniru nih...

Tak tahu lah kot tuang kedai pemalas pastu memang kat sini dia letak khas untuk test. Yang nak di jual ada dalam kotak ker...mana tau kan...hehe... pikir positif jer lah. 


rasa ngantuk tak hilang...gara-gara jaga budak takmau tido malam tadi...huhu

Friday, October 05, 2012

Roti Telur sahaja Pagi Ni

Assalamualaikum...
Dah pukul 10 pagi rupanya... Hari ni terasa cepat pulak masa berlalu. Al-maklumlah banyak kerja. Kalau takde kerja punyalah hazab rasa nak hadapi jam-jam berikutnya...hehe. Izan baru nak breakfast ni. Minum milo kosong bersama bekal roti telur sahaja. Dah lama tak buat roti telur. Roti ni simple jer buatnya. Izan campurkan 2 biji telur, fresh milk secukup rasa dan sedikit garam. Kocak dengan garfu dan celuplah roti tu dan goreng atas pan. Tak payah letak minyak pun takper. Tapi, Izan goreng letak butter sikit.

Biasanya Izan siapkan dengan sosej rebus. Tapi, pagi tadi dah tak sempat nak merebus sosej jadi makan jelah roti telur togel macam tu. Roti ni boleh juga makan dengan jem, sekaya atau peanut butter... Walahh... terliur pulak bila sebut jem.. tetiba teringat jem stoberi dan butter... hehe... Izan tak boleh berlama-lama menghapdet blog nih. Kerja tengah menunggu Izan siap menjeling lagi tuh... hehe...
Tata ;)


harapan semoga semua kerja settle hari ni.

Tuesday, October 02, 2012

Terlepas Rinduku Pada Si Jejemput

Salam...
Selamat petang semua. Petang-petang begini di kala mata mulai nak terkatup eloklah berehat seketika. Solat asar dulu ker bagi yang belum tuh! hilang sikit rasa mengantuk bila dah basahkan muka. Buat kopi sedap jugak lawan dengan kuih muih yang ada di gerai sekitar ofis. 

 Izan ni dah lama terasa-rasa nak makan jejemput pisang. Biasanya buat kat rumah jer takdelah sampai nak beli. Walaupun Izan sorang jer makan kat rumah tu gigih ler jugak buat walaupun dengan 2 biji pisang jer. Orang-orang kat rumah tu mana nak makan benda-benda gini. Lainlah kalau masakan ala-ala western tu. Perasan tak sedar diri kan walaupun lidah belacan dan budu. Agah! tak pandang makanan macam ni. *AGAH tu loghat kelantan maknanya sombong* Tapi sebab dah lamaa sangat tak jumpa pisang masak ranum nak dibuat jejemput, Izan beli jelah jejemput nih yang dah siap masak tinggal ngap jer.
 Nampak jer hitam tapi sedap tau. Lagi-lagi kuih keria tu. Nampak keras tapi lembut sangat-sangat. Pandai makcik tu buat. Rasa nakkkkk jer pergi mintak resepi ngan makcik tu *kalau tak malu mintak apa salahnya...* Eh! cakoi pun ada...hehe... alang-alang menyeluk perkasam kan... Kalau ikutkan hati semua nak beli tau tak. Ada macam-macam kuih lagi macam popia goreng, pau inti kacang, inti ikan bilis, bihun goreng pun ada, pisang goreng, keropok... haa...kau! macam-macam adaaa... letih nak menyebutnya letih lagi tangan makcik yang membuatnya... Kuih kat gerai makcik tu semua sedap-sedap. Tiada yang tak sedap melainkan sedap-sedap belaka. Pastu nak pulak makan panas-panas. Kalaulah gerai makcik tu sebelah rumah harus badan Izan ni bagai di pam-pam...hahaha...

Kuih cakoi ni sedap tau makan dengan sos kastad hijau tu. Sos dia sedap tak macam sesetengah gerai lain. Memang makcik ni ikhlas meniaga nak bagi orang makan ni. Setakat makan 3 4 ketul tu memang tak terasa lagi lah...hahaha... Eh! promote lebih-lebih ni ada apa-apa ker? erk! dah memang sedap saya kata sedap. Oh yer! kat gerai makcik tu jugak ada jual kuih cek mek molek... sedappp sangat!

Nak tahu lokasi gerainya? kat bawah pokok yer dekat dengan restorang Ar-riyad Taman Setiawangsa, berhadapan dengan Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Kalau datang pukul 6 petang memang tak dapatlah merasa sebab dah tutup...hehe..


kena fokus siapkan kerja nih! jap lagi dah nak balik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...