Salam..
Entry apa pula kali ni?? nak merepek meraban benda tak ketahuan hala boleh tak? Idea memang takde. Kalau korang sudi sila baca...hehe
Alkisah malam tadi buat pizza sendiri yang di namakan pizza kasih sayang... walah! nama tak menahan... Begitulah daku, bila dah lama tak membaking boleh jadi sasau di buatnya. Dah lama tak buat pizza. Macam-macam alasan timbul. Itu takde ini takde. Mana nak ada yer tak... ku dah lama tak jengah supermarket atau kedai bakeri...huhu. Alasannya takde masa. Memang ku takde masa di sebabkan kesihatan anakku Ahmad Waseem yang belum begitu sihat. *nanti ada masa izan update entry pasal dia kay Sekarang Dah ok, Alhamdulillah. Kalau tak macam mana nak masuk dapur. Sila makan nasi dengan telur mata dan kicap sahaja. Betul. Tak bergurau.
Okay! sila lihat gambar tayangan berikut. Sila abaikan tutup periuk dan tangan gemuk itu....hahaha. Tu tangan Mr Daddy terchenta. Anda mesti fokus pada pizza itu sahaja yer ;)
Kalau nampak gambar kat atas tu
macam tak sabar nak makan kan... memang pun. Tapi tuan punya tangan itu terpaksa
kaku sekejap kerana kena paksa dengan bini dia nak amik gambar dulu... kalau gerak-gerak
nanti gambar jadi blur...hahaha... oh! henpon cap ayamku.
Tetiba lapar pulak dan teringat-ingat pizza kat rumah. Sekian dulu. Sekejap lagi dah nak keluar pegi lunch. Tata ;)
comel tak teddy ni...? hehe...