Wednesday, September 12, 2012

Sebab Utama Jem Teruk Pagi Tadi

Salam...
Korang semua tau tak sebab apa pagi tadi jem teruk luar biasa kat MRR2?
nilah sebabnyaa... sorryla ku tak sempat nak amik gambar dengan lebih jelas. Korang tenung-tenunglah sendiri yer. Kalau tak nampak tu buat-buat nampak yer... hahaha. Nanti kang lagi jem teruk ada laa... Jalan clear macam biasa jer. Yang buat jem sebab orang slow nak tengok jer pun... Orang kita...huhuhu... kucing mati tengah jalan pun boleh buat jalan slow. Nampak sangat ramai tukang kepoh. Aku yang pot pet ni pun termasuk la ni...hahaha...
Ramai jugak makhluk Allah yang berhenti tepi jalan untuk amik gambar dan sebagainya... sanggup tu. Tak taulah pulak kot wartawan ker kan...


korang dah solat zohor belum??

Tuesday, September 11, 2012

Buat sendiri Lebih Baik

Salam..
Entry apa pula kali ni?? nak merepek meraban benda tak ketahuan hala boleh tak? Idea memang takde. Kalau korang sudi sila baca...hehe
Alkisah malam tadi buat pizza sendiri yang di namakan pizza kasih sayang... walah! nama tak menahan... Begitulah daku, bila dah lama tak membaking boleh jadi sasau di buatnya. Dah lama tak buat pizza. Macam-macam alasan timbul. Itu takde ini takde. Mana nak ada yer tak... ku dah lama tak jengah supermarket atau kedai bakeri...huhu. Alasannya takde masa. Memang ku takde masa di sebabkan kesihatan anakku Ahmad Waseem yang belum begitu sihat. *nanti ada masa izan update entry pasal dia kay Sekarang Dah ok, Alhamdulillah. Kalau tak macam mana nak masuk dapur. Sila makan nasi dengan telur mata dan kicap sahaja. Betul. Tak bergurau. 
Okay! sila lihat gambar tayangan berikut. Sila abaikan tutup periuk dan tangan gemuk itu....hahaha. Tu tangan Mr Daddy terchenta. Anda mesti fokus pada pizza itu sahaja yer ;)
Kalau nampak gambar kat atas tu macam tak sabar nak makan kan... memang pun. Tapi tuan punya tangan itu terpaksa kaku sekejap kerana kena paksa dengan bini dia nak amik gambar dulu... kalau gerak-gerak nanti gambar jadi blur...hahaha... oh! henpon cap ayamku. 
Tetiba lapar pulak dan teringat-ingat pizza kat rumah. Sekian dulu. Sekejap lagi dah nak keluar pegi lunch. Tata ;)

comel tak teddy ni...? hehe...

Nak Ubah Suai Blog

Salam...
Nak tanya ni... korang bila masuk blog ni rasa serabut tak? ataupun lambat loading ker? Izan rasa macam nak renovate blog ni. Macam dah boring pulak dengan susun atur yang tak tersusun dalam ni...huhuhu... Pening kepalaku. Ada tak saper2 yang pakar dalam ubah suai blog? Izan nak yang simple2 jer. Yang sedap mata memandang.
ehsan pakcik google

 
banyak nak tulis entry tapi di sebabkan tak boleh upload gambar semuanya tergendala...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...