Wednesday, May 02, 2012

[SOLD OUT] Lagi Kain Pasang Hot Terkini...!!!

KOREAN COTTON (3.5 M, bidang 60) 

RM50 (termasuk harga pos)

TERBARU DAN EKSKLUSIF... SUDAH BANYAK YANG LARIS SEBELUM MASUK ALBUM... RM70 DI PASARAN KINI HANYA RM50 SAHAJA TERMASUK POSTAGE HANYA DI LAWA COLLECTIONS...

 Kain ringan dan selesa dipakai. Tidak jarang. Corak sangat menarik dan paling terbaru...

KC 004 SOLD OUT-mizzkechique
KC 005 SOLD OUT- Zuraina
KC 007 SOLD OUT- Farhana
KC 009 SOLD OUT
KC 011 SOLD OUT - Kak Rohana
KC 012 SOLD OUT - Kak Rohana
KC 013 SOLD OUT
KC 015 SOLD OUT- Zuraina

berminat sila pm atau inbox yer... beritahu no kod yang anda suka...@ sms 017-3120 116

[SOLD OUT] Kain Pasang Untuk Raya...

Salam.... 
Kita ni dah tak lama dah nak raya... huhu... puasa pun belum lagi cik kak... maksud Izan sebenarnya, dah ramai tailor yang tak nak amik tempahan... macam mana ni?? apa ker ramai sangat orang jahit baju... semangat betul yek diorang ni nak raya... puasa dah abih ganti ker?? tuju untuk diri sendiri sebenarnya...hehehe... 

Sebelum ni start tahun 2008 lagi Izan meniaga kain secara offline jer... lagi senang kot... cepat laku dan tak payah nak amik gambar bagai. Tapi kena bukak mulut la... Kalau meniaga diam jer mana nak laku... yer dak?? Ada pulak kawan-kawan dan sedara mara dari jauh yang tak dapat tengok kain secara live.... ni yang cuba jual secara online pulak. Izan ada masukkan dekat facebook dan dekat blog ni. Jadi, tunggu apa lagi?? cepat-cepat pilih kain kat bawah ni dan cepat-cepat pergi tempah...

TERBARU DAN PALING HOT MASA KINI... KOLEKSI 100% ENGLISH COTTON DIGITAL RM50 (termasuk harga pos) 

SUDAH BANYAK YANG LARIS SEBELUM MASUK ALBUM... RM70-RM80 DI PASARAN KINI HANYA RM50 SAHAJA TERMASUK POSTAGE HANYA DI LAWA COLLECTIONS...

Kain ringan dan selesa dipakai. Tidak jarang dan tak mudah berkedut.



ECD 003 SOLD OUT - mizzkechique
~~~ECD 005:SOLD OUT~~~

KOLEKSI NABILA SILK DIGITAL 

RM50 (termasuk harga pos)

kain lembut dan sejuk dipakai

NSD 001:SOLD OUT

NSD 002:SOLD OUT

sesiapa yang berminat jangan malu dan segan bagitau Izan tau... inbox pun boleh... hanya bagitau no kod yang mana anda berkenan :-) @ sms 017-3120 116

Wednesday, April 25, 2012

Cerita Baby Waseem...

Salam...
Dah lama sangat tak update blog. Masuk-masuk jer dah tukar layout baru...prfhhh... terpening seketika...

Izan cuma nak kongsi cerita pasal baby Waseem. Dah lamaaaa sangat peram cerita ni. Baby waseem pun dah 4 bulan skrg. 

Ok, sambung cerita. Pembedahan kali ke 2 berjaya dilakukan. Tapi, Izan tengok baby Waseem selalu nangis bukan macam sebelumnya lebih tenang. Kami tak boleh berlama-lama teman baby sebab nurse tak bagi, katanya baby perlu rehat. Sedih sangat! 2 hari selepas pembedahan... masa tu kami on da way nak ke HKL, nurse tepon kami nak mintak sign untuk emergency operation... Apa? operate lagi... memang sangat terkejut masa tu... baru 2 hari lepas buat operation...huhuhu...

Sampai HKL terasa macam gugur jantung ni... nurse dan doktor dah ada sekeliling baby Waseem.... Ya Allah... apa yang telah terjadi kepada anakku... doktor yang mintak sign menerangkan kepada kami bahawa emergency operation ni akan dilakukan kerana jahitan pembedahan baby dah merekah atau lebih tepat lagi dah terbukak... Ya Allah!

Selepas urusan tandatangan surat kebenaran untuk operation selesai. Kami berkesempatan jumpa baby Waseem yang mana dia dah tak sedarkan diri. Perutnya dah ditutup dengan plastik mcm plastik tutup makanan tu. Yang mana kita boleh nampak isi perut dalam tu. Kesiannyaaa... hanya Allah saja yang tahu macam mana derita baby Waseem masa tu... tak sanggup nak tengok...

Okey, nanti ada masa Izan sambung lagi.... banyak lagi kerja tak siap nih...huhu...

Semoga Ahmad Waseem sentiasa dilindungi Allah...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...