Wednesday, April 25, 2012

Cerita Baby Waseem...

Salam...
Dah lama sangat tak update blog. Masuk-masuk jer dah tukar layout baru...prfhhh... terpening seketika...

Izan cuma nak kongsi cerita pasal baby Waseem. Dah lamaaaa sangat peram cerita ni. Baby waseem pun dah 4 bulan skrg. 

Ok, sambung cerita. Pembedahan kali ke 2 berjaya dilakukan. Tapi, Izan tengok baby Waseem selalu nangis bukan macam sebelumnya lebih tenang. Kami tak boleh berlama-lama teman baby sebab nurse tak bagi, katanya baby perlu rehat. Sedih sangat! 2 hari selepas pembedahan... masa tu kami on da way nak ke HKL, nurse tepon kami nak mintak sign untuk emergency operation... Apa? operate lagi... memang sangat terkejut masa tu... baru 2 hari lepas buat operation...huhuhu...

Sampai HKL terasa macam gugur jantung ni... nurse dan doktor dah ada sekeliling baby Waseem.... Ya Allah... apa yang telah terjadi kepada anakku... doktor yang mintak sign menerangkan kepada kami bahawa emergency operation ni akan dilakukan kerana jahitan pembedahan baby dah merekah atau lebih tepat lagi dah terbukak... Ya Allah!

Selepas urusan tandatangan surat kebenaran untuk operation selesai. Kami berkesempatan jumpa baby Waseem yang mana dia dah tak sedarkan diri. Perutnya dah ditutup dengan plastik mcm plastik tutup makanan tu. Yang mana kita boleh nampak isi perut dalam tu. Kesiannyaaa... hanya Allah saja yang tahu macam mana derita baby Waseem masa tu... tak sanggup nak tengok...

Okey, nanti ada masa Izan sambung lagi.... banyak lagi kerja tak siap nih...huhu...

Semoga Ahmad Waseem sentiasa dilindungi Allah...



4 comments:

mizzkechique said...

dh lama xdgr citer akak.. semoga baby waseem kuat n akak pun byk² bersbr ye..

Fai Shaklee said...

semoga waseem sihat sentiasa ya kak ;)

Zafirah said...

blogwalking. bykkan bersabar ye sis.. semoga Allah melindungi anak sis. btw, feel free to vsit my blog..

bEe HoNeY said...

semoga bb wasem cpt smbuh ya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...