Tuesday, November 08, 2011

Lapar :(

Salam...
Sekarang dah pukul 12 lebih...perut Mommy ni dah keroncong...huhuhu... Tapi, bukannya nak makan nasi tapi terasa nak makan ni...

gambar ehsan google

Jangan marah yer keluarkan entri makan-makan lagi... Izan memang suka makan nak buat camana...hehehe... Sekarang nasi kurang berselera sikit... suka sangat makan benda-benda macam kuih muih atau goreng-goreng. Nasib baik senang nak cari area ofis Izan ni. Nak yang sedap kena bercinta la beratur menunggu turn...huhuhu. Tak tahan dah tengok gambar kat atas tu.. Daa... nak cari pisang goreng jap lagi... Selamat makan tengah hari semua... ^^

bila terasa nak makan memang tak boleh di tahan-tahan...

Monday, November 07, 2011

Shepherd's Pie

Salam...
Semalam buat pertama kalinya Izan cuba buat shepherd's pie. Biasanya adik ipar yang buat. Ni rupa bentuknya... ini jelah menu pagi raya kami...
 Jadi tak? jadi tak? hehehe... Baru jer angkat, ada yang tak sabar-sabar nak makan... 

Okay! saper nak resepi amik nih...

sumber: CariForum
Mashed Potato
8 biji kentang -rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur -dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara

  • Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
  • Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
  • Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar -potong dadu
2 biji karot -potong dadu
2 biji tomato -potong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable 




*Izan tambah 1 sudu besar serbuk kari

Cara-cara

  • Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
  • Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
  • Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
  • Masukkan garam, kacau sebati.
  • Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd Pie

  • Sediakan bekas, masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
  • Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
  • Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
  • Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
  • Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.

 * Izan tabur grated cheese diatasnya.



ini tengah bakar..

Okay! sekejap lagi nak masak shepherd's pie lagi sebab potato banyakkk lagi kat dapur tu... 

saper tak cuba rugi tau sebab kuih ni sedappp sangat...

Mood Dah Mula Datang Dah!

Salam untuk semua... kalian semua sihat ker?
Lamanya Izan tak pot pet pot pet kat sini... rasa blur dah tau nak taip apa... tulaa dah lama sangat tinggal, blog ni pun dah merajuk dengan Izan...huhuhu... Rasanya dah 3 bulan lebih meninggalkan blog ini kerana mengikutkan mood. Mood ibu mengandung...hehehe.. Dari bulan puasa lepas sampai dah raya haji baru ada mood...hehehe

Okeh! cerita pasal raya haji...korang semua beraya kat mana? Kami tahun ni Kelantan pun tak balik... JB (rumah nenek Mr. Daddy) pun last minit tak jadi balik... Jadi, kat KL jerlah...sekurang-kurangnya dapat gakla beraya. Petangnya kami ke rumah Auntie kat USJ sebab family diorang pun tak balik JB... Izan dah tak larat nak travel jauh-jauh...semput mak buyung...huhuhu...

Aduhh...bila duk layankan perasaan tak balik kampung ni...rindunya nak makan daging fresh... daging goreng kunyit, daging singgang, gulai daging masak kicap... dannn yang paling best perut dengan air asam... melelehh jer bila teringat semua tu... sabar jelah..

Oleh kerana malas nak layan perasaan kotla meleleh pulak air mata ni...Semalam Izan sibukkan diri kat dapur. Masak jer kerjanya. Tapi, masak takde kena mengena dengan menu raya yer... Okay! nanti entri seterusnya Izan nak tepek apa yang Izan masak semalam. Entri basi pun takpelah yek! hehehe...

Tengoklah nanti bila Izan dah mula jengok dan menaip kat blog...korang pulak tak larat nak baca nanti...muahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...