Tuesday, July 12, 2011

Lama Tak Sekodeng Orang...

Selamat pagi Selasa...^^
Dah bersawang nampaknya blog daku ni. Almaklumlah dah lama tak update. Tapi sepanjang Izan tak update ada juga Izan jengah blog kawan-kawan kita. Siapa yang kebetulan baru update masa Izan online tu jelah yang Izan sempat terjah...kekadang tu cuma sekodeng jer tapi tak sempat komen apa-apa... Sorry yer kawan-kawan...

Sebab dah lama tak menulis tetiba macam tak tau nak cerita pasal apa... Nak berfikir punyalah malas sebab sindrom kepala ting tong belum habis. Sekejap datang sekejap pergi...silih berganti orang kata... hurmmm nak buat macam mana...sabar jelah...

Sejak dua menjak ni macam-macam hal yang berlaku samada luar negara atau negara kita sendiri. Ada yang begitu ada yang begini. Ada yang suka ada yang tak suka. Dalam dunia ada macam-macam orang dan macam-macam ragam...seperti peribahasa "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam". Kalau semua manusia dalam dunia ni sama mesti dunia tak indah, tak syok...takde warna-warni orang kata. Apa yang penting masing-masing gunakan akal fikiran yang waras yer.

tahniah untuk Pinky Momma kerana menang "Star Cruise Libra"... syoknyaaa..rezeki baby tu...^^

Wednesday, July 06, 2011

# Wordless Wednesday - Jangan Terlalu Asyik & Romantik Ketika Banjir

1st time Izan join ni... walaupun tak wordless sangat..Layan jelah yer......^^

 *

 *

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*
 kan dah kena...hahahah....tengok muka sorang-sorang...
takyah lah nak romantika de amor sangat kan...

nak buat apa lagi lepas ni yer...hurmmm

Tuesday, July 05, 2011

Senarai Makanan Untuk Ibu Mengandung

Saja-saja buat list untuk peringatan diri sendiri. Izan kena banyakkan makan benda-benda ni semua buat masa sekarang. Semua makanan yang Izan senaraikan ini mengandungi folic acid. Menu yang bagus untuk ibu mengandung macam izan ni. Sekarang kandungan Izan dah 10 minggu maknanya dah 3 bulan. Okay, sekarang kita tengok apa yang patut di ambil atau dimakan oleh mak buyung.

Barli. Barli ni biasanya buat air jer. ada juga orang buat bubur.  Izan selalu amik ni waktu lunch. Sedap tau. Nak jimat buat sendiri. Nanti boleh minum berjug-jug..

Daging lembu. Izan taknak letak gambar nanti muntah pulak bila tengok gambar daging mentah. Buat masa sekarang tekak ni boleh makan daging goreng kunyit jer. Harap maklum.

Ragi yang ditapai. Izan tak faham maksud makanan ni. Adakah tapai ubi dan tapai pulut tu? Ada orang kata tak elok untuk ibu mengandung sebab panas. Jadi, Izan abaikan untuk makan 'ragi yang di tapai'...hehehe.

Beras perang. Tapi, Izan tak suka makan beras ni. Bila dah jadi nasi rupa dia sungguh tak menyelerakan kecuali kalau masak nasi goreng. Apapun kena makan jugak demi kesihatan. Beras ni banyak khasiat tau tak. Ingat! rupa tak penting....huhuhu.

Keju. Ni kalau letak dalam pizza bolehlah Izan telan. Kalau makan dengan roti begitu sahaja tekakku tidak boleh menerima buat masa sekarang.
Ayam. Semua tahu ayam kan..masaklah apa saja mengikut selera tekak anda yer. Gatal lak ayam ni nak berjoget...huh!


Buah kurma. Kurma ni Izan paling suka. Hilang loya tekak bila makan ni. Baik untuk baby tau.

Sayuran berdaun hijau. Apa sahaja sayur asalkan kaler hijau. Jangan cari yang pelik-pelik sudah. kang mabuk tak pasal-pasal...hehehe...

 Daging kambing. Semua tahu malas cari gambar.

 grrr...tetiba post izan takat sini jer..geramnyaaa...tadi kemain lagi taip panjang-panjang. Ni malas ni...grrrr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...