Saja-saja buat list untuk peringatan diri sendiri. Izan kena banyakkan makan benda-benda ni semua buat masa sekarang. Semua makanan yang Izan senaraikan ini mengandungi folic acid. Menu yang bagus untuk ibu mengandung macam izan ni. Sekarang kandungan Izan dah 10 minggu maknanya dah 3 bulan. Okay, sekarang kita tengok apa yang patut di ambil atau dimakan oleh mak buyung.
Barli. Barli ni biasanya buat air jer. ada juga orang buat bubur. Izan selalu amik ni waktu lunch. Sedap tau. Nak jimat buat sendiri. Nanti boleh minum berjug-jug..
Daging lembu. Izan taknak letak gambar nanti muntah pulak bila tengok gambar daging mentah. Buat masa sekarang tekak ni boleh makan daging goreng kunyit jer. Harap maklum.
Ragi yang ditapai. Izan tak faham maksud makanan ni. Adakah tapai ubi dan tapai pulut tu? Ada orang kata tak elok untuk ibu mengandung sebab panas. Jadi, Izan abaikan untuk makan 'ragi yang di tapai'...hehehe.
Beras perang. Tapi, Izan tak suka makan beras ni. Bila dah jadi nasi rupa dia sungguh tak menyelerakan kecuali kalau masak nasi goreng. Apapun kena makan jugak demi kesihatan. Beras ni banyak khasiat tau tak. Ingat! rupa tak penting....huhuhu.
Keju. Ni kalau letak dalam pizza bolehlah Izan telan. Kalau makan dengan roti begitu sahaja tekakku tidak boleh menerima buat masa sekarang.
Ayam. Semua tahu ayam kan..masaklah apa saja mengikut selera tekak anda yer. Gatal lak ayam ni nak berjoget...huh!
Buah kurma. Kurma ni Izan paling suka. Hilang loya tekak bila makan ni. Baik untuk baby tau.
Sayuran berdaun hijau. Apa sahaja sayur asalkan kaler hijau. Jangan cari yang pelik-pelik sudah. kang mabuk tak pasal-pasal...hehehe...
Daging kambing. Semua tahu malas cari gambar.
grrr...tetiba post izan takat sini jer..geramnyaaa...tadi kemain lagi taip panjang-panjang. Ni malas ni...grrrr