Salam semua untuk kawan-kawan. Terima kasih kasih kepada semua yang sentiasa menjenguk Izan di sini. Izan sangat terharu dengan kawan-kawan semua yang sentiasa mengambil berat tentang diri Izan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik anda semua.
Banyak yang Izan nak ceritakan di sini tapi, keserabutan dan gangguan emosi yang tidak stabil mematahkan semangat ini. Tuntutan kerja dan masa juga menjadi punca kenapa Izan lebih banyak mendiamkan diri.
Buat pengetahuan kawan-kawan semua, semasa Izan baru saja menjejakkan kaki di tanah air, Izan mendapat berita bahawa rumah kami sekali lagi kena pecah masuk oleh pencuri bedebah pada malam itu. Barang-barang yang hilang adalah 2 biji laptop dan 2 biji handphone. Tapi, nasib baik juga semua orang selamat. Tentang barang yang hilang tu siapa yang tidak sakit hati. Senang-senang sahaja mereka pecah masuk dan pilih barang apa yang mereka nak. Barang yang hilang boleh diganti, tetapi memori yang tersimpan di dalam tu mana nak cari balik? Sakitnya hati bukan kepalang. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan inilah dugaan yang terpaksa kami terima.
tak suka mengenang barang yang lepas, jika dikenang jiwa merana...



