Thursday, June 23, 2011

Salam Rindu...

Salam penuh kerinduan untuk semua. Izan dah selamat kembali ke Tanah air semalam. Izan sihat walafiat. Penat memang penat tapi kehidupan mesti diteruskan. Kerinduan pada Tanah suci Mekah masih menggamit rasa. Sayang dan sayu rasa hati untuk meninggalkan kota itu tapi, apakan daya itu saja waktu yang ada. Masa di sana Izan manafaatkan waktu yang ada sepenuhnya. Melakukan ibadah sehabis daya. Supaya tidak menyesal dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. 

Hari ini mungkin Izan tak banyak updated blog sebab banyak kerja yang perlu dibereskan. Almaklumlah cuti lama...kerja pun bertimbun-timbun. Banyak yang hendak Izan ceritakan. Jumpa lagi di entry seterusnya.
Wassalam...

semoga kerinduan terhadap rumah Allah itu sentiasa bertakhta di hati...

Friday, June 10, 2011

Doa Untuk Semua...

ehsan google

Ya Allah, kabulkan doa, harapan dan permintaan keluargaku, sanak saudaraku, teman-temanku yang menitipkan doa kepadaku untuk disampaikan di tanah suci-Mu ya Allah, baik yang telah terucap kepadaku mahupun yang masih terselit dalam hati mereka ketika mereka memandangku atau mendengar rencana keberangkatanku menunaikan umrah.

terima kasih atas doa kalian...sayang kamu semua....

Pesanan Terakhir Sebelum Pergi

terasa kaabah melambai-lambai menyambut kedatanganku
Salam untuk semua teman-teman yang sentiasa menjengah saya di alam blog ini. Izan akan berada di Bumi Anbia' untuk mengerjakan umrah pada sabtu ini 11 Jun sehingga 22 Jun 2011. Pastinya Izan akan merindui teman-teman di sini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Sedih untuk meninggalkan suami dan anak-anak. Harapan Izan semoga suami dapat menjaga anak-anak dengan baik.

Pesanan untuk Daddy---> Mummy ucapkan terima kasih sebab Daddy sentiasa berkorban untuk Mummy. Terima kasih sebab jaga anak-anak. Pastinya Mummy akan rindukan Daddy dan anak-anak.

Pesanan untuk Abang Danish ---> Abang Danish tentunya mengerti dan Mummy tau Abang Danish boleh jaga diri... Jaga adik dan jaga Daddy... Nanti Mummy doakan seperti yang Abang Danish nak..Mummy doakan Abg Danish pandai, jadi anak soleh, selalu dapat A, sentiasa sihat dan kuat.

Untuk Adik Adelia Soulha ---> Adik jangan nangis tau...nanti Mummy sedih. Mummy pergi beribadah... nanti Mummy doakan adik supaya sentiasa sihat. Adik dengar cakap abang, dengar cakap Daddy. takmau nakal-nakal.

 Izan juga ingin memohon maaf di atas segalanya sekiranya ada membuat salah kepada anda semua dan mohon kemaafan dari anda sekeluarga. Insyallah sepulangnya Izan nanti, ia akan menjadikan diri Izan seorang umat yg lebih solehah dan beriman kepadanya...amin…

Teman-teman, doakan keselamatan dan kesihatan daku di sana yer...!

datang sebagai tetamu Allah, pulang sebagai kekasih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...