Friday, June 10, 2011

Doa Untuk Semua...

ehsan google

Ya Allah, kabulkan doa, harapan dan permintaan keluargaku, sanak saudaraku, teman-temanku yang menitipkan doa kepadaku untuk disampaikan di tanah suci-Mu ya Allah, baik yang telah terucap kepadaku mahupun yang masih terselit dalam hati mereka ketika mereka memandangku atau mendengar rencana keberangkatanku menunaikan umrah.

terima kasih atas doa kalian...sayang kamu semua....

Pesanan Terakhir Sebelum Pergi

terasa kaabah melambai-lambai menyambut kedatanganku
Salam untuk semua teman-teman yang sentiasa menjengah saya di alam blog ini. Izan akan berada di Bumi Anbia' untuk mengerjakan umrah pada sabtu ini 11 Jun sehingga 22 Jun 2011. Pastinya Izan akan merindui teman-teman di sini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Sedih untuk meninggalkan suami dan anak-anak. Harapan Izan semoga suami dapat menjaga anak-anak dengan baik.

Pesanan untuk Daddy---> Mummy ucapkan terima kasih sebab Daddy sentiasa berkorban untuk Mummy. Terima kasih sebab jaga anak-anak. Pastinya Mummy akan rindukan Daddy dan anak-anak.

Pesanan untuk Abang Danish ---> Abang Danish tentunya mengerti dan Mummy tau Abang Danish boleh jaga diri... Jaga adik dan jaga Daddy... Nanti Mummy doakan seperti yang Abang Danish nak..Mummy doakan Abg Danish pandai, jadi anak soleh, selalu dapat A, sentiasa sihat dan kuat.

Untuk Adik Adelia Soulha ---> Adik jangan nangis tau...nanti Mummy sedih. Mummy pergi beribadah... nanti Mummy doakan adik supaya sentiasa sihat. Adik dengar cakap abang, dengar cakap Daddy. takmau nakal-nakal.

 Izan juga ingin memohon maaf di atas segalanya sekiranya ada membuat salah kepada anda semua dan mohon kemaafan dari anda sekeluarga. Insyallah sepulangnya Izan nanti, ia akan menjadikan diri Izan seorang umat yg lebih solehah dan beriman kepadanya...amin…

Teman-teman, doakan keselamatan dan kesihatan daku di sana yer...!

datang sebagai tetamu Allah, pulang sebagai kekasih...

Thursday, June 09, 2011

Panggilan Misteri Si Gila Seks

 gambar ehsan google

Malam tadi sedang enak di ulit mimpi Izan diganggu oleh panggilan video. Masa tu lebih kurang pukul 2 pagi. Ingatkan Mr Daddy saja nak mainkan Izan, nak test atau sebagainya. Masa tu Mr Daddy ada depan komputer. Betul-betul masa tu Izan ingat dia nak test guna komputer dia buat video call. Dia terror bab-bab komputer, sedangkan dia boleh detect orang yang curi komputer dan tengok apa yang orang tu buat dengan komputer dia. 

Bila tersedar dalam mamai-mamai tu mulut ni mengomel juga. kenapalah malam-malam macam ni jugak nak buat video call, pagi esok tak boleh ker? Grrr...hati geram... Daddy cakap mungkin Abah yang call sebab malam sebelum tidur Izan ada call Abah nak wish birthday tapi tak angkat. Oh, ya! semalam birthday Abah & Ma...tarikh lahir mereka sama. Yer, birthday adik ipar pun hari sama... (tetiba teringat kek secret receipe yang masih banyak berbaki...apakah??...) Sorry, banyak iklan pulak....hehehe

Izan angkat telefon...Masa Izan angkat tu tak syak apa-apa, tapi hati-hati jelah. Angkat pun letak jauh-jauh dan hala handphone ke atas. Tapi orang di sana diammm membisu... buat video call tapi tak nampak apa...gelapp jer... Hampeh betul! Mungkin orang tu silap nombor. Izan letak dan abaikan lepas tu sambung tidur balik. Tak sampai beberapa minit ada lagi makhluk tu call. Kali ni Izan suruh Mr Daddy pulak handle. Mr Daddy kata orang tu tunjuk seluar dan perut. Kalau berani sangat tunjuk mukala.. Lepas letak orang tu call lagi lepas tu sms ayat-ayat lucah pulak.... uwekkk... Dah sah! memang orang gila seks. Lepas 2 kali dia sms, Izan off hp dan sambung tidur.

Terfikirjugak makhluk mana yang sanggup pedajal Aku malam-malam buta. Takde kerja lain yang senonoh sikit ker nak buat. Huh! Kalau lagi sekali Izan dapat call dari nombor tu... Izan tak akan teragak-agak buat laporan polis. Sila ambil perhatian orang yang berkenaan yer! Korang pernah terkena macam ni tak? Kalau terjadi kat korang, apa korang buat?
Oh, ya! ini no tel makhluk haram jadah tu...(maaf ada sedikit kekasaran bahasa di situ)
014-2389453
Kalau korang dapat call dari nombor ini, sila hati-hati yer...

tak suka kena kacau...lagi-lagi dari orang yang tak dikenali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...