gambar ehsan google
Malam tadi sedang enak di ulit mimpi Izan diganggu oleh panggilan video. Masa tu lebih kurang pukul 2 pagi. Ingatkan Mr Daddy saja nak mainkan Izan, nak test atau sebagainya. Masa tu Mr Daddy ada depan komputer. Betul-betul masa tu Izan ingat dia nak test guna komputer dia buat video call. Dia terror bab-bab komputer, sedangkan dia boleh detect orang yang curi komputer dan tengok apa yang orang tu buat dengan komputer dia.
Bila tersedar dalam mamai-mamai tu mulut ni mengomel juga. kenapalah malam-malam macam ni jugak nak buat video call, pagi esok tak boleh ker? Grrr...hati geram... Daddy cakap mungkin Abah yang call sebab malam sebelum tidur Izan ada call Abah nak wish birthday tapi tak angkat. Oh, ya! semalam birthday Abah & Ma...tarikh lahir mereka sama. Yer, birthday adik ipar pun hari sama... (tetiba teringat kek secret receipe yang masih banyak berbaki...apakah??...) Sorry, banyak iklan pulak....hehehe
Izan angkat telefon...Masa Izan angkat tu tak syak apa-apa, tapi hati-hati jelah. Angkat pun letak jauh-jauh dan hala handphone ke atas. Tapi orang di sana diammm membisu... buat video call tapi tak nampak apa...gelapp jer... Hampeh betul! Mungkin orang tu silap nombor. Izan letak dan abaikan lepas tu sambung tidur balik. Tak sampai beberapa minit ada lagi makhluk tu call. Kali ni Izan suruh Mr Daddy pulak handle. Mr Daddy kata orang tu tunjuk seluar dan perut. Kalau berani sangat tunjuk mukala.. Lepas letak orang tu call lagi lepas tu sms ayat-ayat lucah pulak.... uwekkk... Dah sah! memang orang gila seks. Lepas 2 kali dia sms, Izan off hp dan sambung tidur.
Terfikirjugak makhluk mana yang sanggup pedajal Aku malam-malam buta. Takde kerja lain yang senonoh sikit ker nak buat. Huh! Kalau lagi sekali Izan dapat call dari nombor tu... Izan tak akan teragak-agak buat laporan polis. Sila ambil perhatian orang yang berkenaan yer! Korang pernah terkena macam ni tak? Kalau terjadi kat korang, apa korang buat?
Oh, ya! ini no tel makhluk haram jadah tu...(maaf ada sedikit kekasaran bahasa di situ)
014-2389453
Kalau korang dapat call dari nombor ini, sila hati-hati yer...
tak suka kena kacau...lagi-lagi dari orang yang tak dikenali...