Thursday, April 28, 2011

OdahOne Giveaway l Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya

Salam all... pagi ni buka blog jer... Eheh! ada orang nak kasi hadiah kat Izan... Free u... Cantik tak? cantik tak? Kepada sesiapa yang nak hadiah beg yang gojes ni...

kerongsang jurai elegant ni...

dan banyak lagi hadiah yang menarik...sila terjah blog OdahOne

 rugi ler saper yang tak nak hadiah ni... kepada yang nak tu...jadi, apa tunggu lagi... jom ramai kita terjah blog dia...

Izan tag AZIE_YANA dan Jusz
dan juga kepada semua yang membaca blog Izan...

Wednesday, April 27, 2011

Aku Suka Air Kelapa Muda

Izan sangat suka air kelapa. Kalau dapat minum hari-hari pun takpe. Panas-panas begini alangkah syoknya kalau dapat teguk air kelapa....^__^
kredit untuk ard1z.wordpress.com

 Air kelapa bukan saja boleh hilangkan dahaga tapi banyak khasiat, baik untuk ibu-ibu mengandung, kalau rajin minum air kelapa muda terutama di trimester ketiga kehamilan maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan cantik matanya.Air kelapa juga baik untuk penyakit chicken pox. Masalahnya sekarang, Mr Daddy dah beli air kelapa tapi budak cenonet tu tak nak minum pulak. Izan tengok muka dia pelik jer bila sedut air kelapa tu. Rugi-rugi...hurmmm...

Dulu pernah masa kecik umur 5 atau 6 tahun macam tu lah, Izan dengan anak-anak jiran main racun kat belakang rumah. Lepas tu mak kami cepat-cepat suruh minum air kelapa. Diorang takut kitorang termakan racun tu. Masa tu tak tahu pun sebab apa kena minum air kelapa. Rupa-rupanya air kelapa tu bagus untuk penawar racun.

P/s: nasib baik umur masih panjang...

Chicken Pox...Bukan Chicken Chop...

By taqidoc.com

Memandangkan sekarang ramai yang terkena penyakit chicken pox. Izan ingin berkongsi apa yang Izan dapat hasil dari menjelajah di alam maya ini.  

ayam pun kena jugak ker?

Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. 

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.

Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.
Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.

Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...