Memandangkan sekarang ramai yang terkena penyakit chicken pox. Izan ingin berkongsi apa yang Izan dapat hasil dari menjelajah di alam maya ini.
ayam pun kena jugak ker?
Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.
Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.
Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.
Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.
Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.