Sunday, April 10, 2011

Bun Asas Dari Chef Anuar

Sebenarnya bun ini dah selalu Izan buat tapi tiada masa nak buat enrty. Resepi roti dari Chef Anuar ni sangat mudah dan menjadi. Ada juga disediakan tips untuk memudahkan anda membuat roti ini. Anda boleh letak apa saja inti kesukaan. Seperti di bawah Izan letak inti cheese di dalamnya, tabur cheese di atasnya atau anda boleh bentuk seperti cinnamon bread. Izan suka bentuk doh dalam kuantiti yang kecil biasanya dalam 30 gm setiap doh, Senang nak ngap..budak-budak pun kurang membazir.


By Chef Anuar

Bahan-bahannya:
  • 400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
  • 12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) - kalau guna freash yeast double the quantity
  • 1 gm bread improver (optional)
  • 6 gm garam
  • 50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
  • 48 gm gula castor
  • 12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
  • 60 gm marjerin
  • 190 ml air

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
  2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tanganTutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
  3. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
  4. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
  5. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
  6. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190 darjah celcius selama 15-20 minit.


Cinnamon bread dalam proses membakar

tu diaaaa...dah siap dibakar...ada macam kat cinnabon tak... 

Roti yang ada inti cheese tangah rehat...tengah tunggu kembang

Roti inti cheese sedia di ngap...

  
tabur dengan grated cheddar cheese
P/s:
  1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air. 
  2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.
  3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak

Tetap Cute Walaupun Tak Gosok Gigi

Semasa Izan nak tulis entry ini terasa macam nak temuntah pun ada. Tapi, layankan ajer yer...hukhukhuk....



Girl tidak berus gigi selama 10 tahun

Setiap orang mempunyai kebiasaan khusus. Namun, kadang-kadang mereka boleh membuatkan orang lain terkejut.

Martian Virus, sebuah program TV popular dari TVN berpusat di Seoul, memperkenalkan mereka dengan kebiasaan atau ciri-ciri yang aneh, tetapi mereka mereka tetap bangga.
 
Acara ini adalah untuk memperkenalkan seorang gadis yang tidak sesuai dengan kebiasaan penampilan cantik luar nya. Ia dikenali sebagai 'Cutey yellowish', ia berhenti menggosok gigi satu dekad yang lalu.
 
Kali terakhir ia ingat melakukannya ketika ibunya menggosok gigi untuknya.

"Saya tidak faham mengapa orang harus berus gigi, kerana tidak ada orang lain akan melihat ke dalam mulut anda," kata Ji Hyun Ji, 20. "Seperti tumpukan sisa makanan, mereka benar-benar akan melindungi gigi saya."

Dia hanya mengesat gigi depannya dengan tisu pada tempat khusus.

Acara ini merancang untuk mendedahkan diagnosis doktor gigi, mereka menyatakan paling mengejutkan dari kerjaya mereka.
 
Walaupun Ji telah melupakan cara memberus gigi, menurut penerbit Lee Geun Chan, program ini juga akan cuba untuk memujuk Ji untuk melakukannya lagi.
 
Source: Korea Herald/ANN
Published April 6 2011
 
Orangnya sangat comel. Mungkin korang semua tak kisah walau berapa lama dia tak gosok gigi kan...hehehe... 

Friday, April 08, 2011

Petua Dapur...Mesti Cuba..!

Elak mentega melekat pada penyukat

Biasanya apabila menyukat mentega, ia akan melekat pada penyukat. Ini menjadikan sukatan kurang tepat. Untuk mengelakkannya, penyukat hendaklah direndam dahulu ke dalam air sejuk sebelum digunakan.

Tips kuali baru

Ikan atau ayam yang digoreng dalam kuali baru selalunya akan melekat. Atasinya dengan menggorengkan sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga hampas kelapa itu kekuningan. Basuh kuali tersebut sebelum menggunakannya untuk mengoreng.

Melembutkan tauhu yang keras

Cara mudah bagi melembutkan tauhu yang keras ialah dengan merendamkan dengan air panas selama 10 minit. Kemudian tos airnya dan sedia dimasak mengikut citarasa anda.

Cara mudah tentukan telur rebus masak sempurna

Selalunya semasa merebus telur kita khuatir telur tersebut tidak cukup masak terutama jika ia dimasak dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, cara untuk mengetahui ia telah masak, masukkan telur kedalam periuk bersama-sama dengan sedikit beras dan air. Apabila beras telah menjadi nasi bermakna telur itu sudah masak sebaiknya.

P/s: Kredit to encik google for gambar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...