Sunday, April 10, 2011

Tetap Cute Walaupun Tak Gosok Gigi

Semasa Izan nak tulis entry ini terasa macam nak temuntah pun ada. Tapi, layankan ajer yer...hukhukhuk....



Girl tidak berus gigi selama 10 tahun

Setiap orang mempunyai kebiasaan khusus. Namun, kadang-kadang mereka boleh membuatkan orang lain terkejut.

Martian Virus, sebuah program TV popular dari TVN berpusat di Seoul, memperkenalkan mereka dengan kebiasaan atau ciri-ciri yang aneh, tetapi mereka mereka tetap bangga.
 
Acara ini adalah untuk memperkenalkan seorang gadis yang tidak sesuai dengan kebiasaan penampilan cantik luar nya. Ia dikenali sebagai 'Cutey yellowish', ia berhenti menggosok gigi satu dekad yang lalu.
 
Kali terakhir ia ingat melakukannya ketika ibunya menggosok gigi untuknya.

"Saya tidak faham mengapa orang harus berus gigi, kerana tidak ada orang lain akan melihat ke dalam mulut anda," kata Ji Hyun Ji, 20. "Seperti tumpukan sisa makanan, mereka benar-benar akan melindungi gigi saya."

Dia hanya mengesat gigi depannya dengan tisu pada tempat khusus.

Acara ini merancang untuk mendedahkan diagnosis doktor gigi, mereka menyatakan paling mengejutkan dari kerjaya mereka.
 
Walaupun Ji telah melupakan cara memberus gigi, menurut penerbit Lee Geun Chan, program ini juga akan cuba untuk memujuk Ji untuk melakukannya lagi.
 
Source: Korea Herald/ANN
Published April 6 2011
 
Orangnya sangat comel. Mungkin korang semua tak kisah walau berapa lama dia tak gosok gigi kan...hehehe... 

Friday, April 08, 2011

Petua Dapur...Mesti Cuba..!

Elak mentega melekat pada penyukat

Biasanya apabila menyukat mentega, ia akan melekat pada penyukat. Ini menjadikan sukatan kurang tepat. Untuk mengelakkannya, penyukat hendaklah direndam dahulu ke dalam air sejuk sebelum digunakan.

Tips kuali baru

Ikan atau ayam yang digoreng dalam kuali baru selalunya akan melekat. Atasinya dengan menggorengkan sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga hampas kelapa itu kekuningan. Basuh kuali tersebut sebelum menggunakannya untuk mengoreng.

Melembutkan tauhu yang keras

Cara mudah bagi melembutkan tauhu yang keras ialah dengan merendamkan dengan air panas selama 10 minit. Kemudian tos airnya dan sedia dimasak mengikut citarasa anda.

Cara mudah tentukan telur rebus masak sempurna

Selalunya semasa merebus telur kita khuatir telur tersebut tidak cukup masak terutama jika ia dimasak dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, cara untuk mengetahui ia telah masak, masukkan telur kedalam periuk bersama-sama dengan sedikit beras dan air. Apabila beras telah menjadi nasi bermakna telur itu sudah masak sebaiknya.

P/s: Kredit to encik google for gambar

Syhhhh...Resepi Rahsia Telur Tiruan...Pls Don't Try This At Home


Bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat?

’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

'Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam larutan kalsium klorida


Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.


Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.


Berhati-hati lah, sekarang telur pun boleh dibuat di makmal. (telur tiruan). China semua boleh buat….tgk gambar dibawah..bagaimana proses buat telur palsu ini.


Tengook, sejibik macam telur Original


Kos untuk membuat telur tiruan itu jauh lebih murah, hanya lebih kurang 0,55 yuan (0,07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 biji telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0,8 dolar AS.)

Bahan utama dalam telur-telur buatan tersebut adalah bahan tambahan makanan, getah damar, kanji, pengeras, dan pigmen-pigmen. Kandungan yang berlebihan atas bahan-bahan tersebut akan merosak perut dan menyebabkan gejala-gejala seperti kehilangan ingatan dan keterlambatan mental, dll.

Aku pun dah confuse dengan telur-telur nih...macam-macam hal yang menakutkan sekarang...nak menangis pun ada nih. Adakah aku pernah TERmakan telur palsu ini... dalam roti canai, murtabak, char kue tiaw. Ooohh, sangat menakutkan. Walau apapun telur yang asli mesti ada bau hapak ayam dan taik dikulitnya...hohoho...lepas ni nampaknya kena beli telur yang ada taik sajalah jawabnya... Terjamin ketulenannya...

Jom kawan-kawan kita bezakan antara telur PALSU dan ASLI
kredit to Manami


P/s: Takutlaa...sekarang dah macam-macam tiruan ada...kang tak pasal-pasal dah takut nak makan telur...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...