Tuesday, October 02, 2012

Rindu Nokia 3310

Salam...
Korang generasi baru tahu tak nokia 3310 tu yang mana satu? Henfon ni wujud sekitar tahun 2002 kalau tak silap Izan. Kalau tak tau nih Izan letak gambar. Kihkihkih... Serius rindu dengan henfon nih!
Dedulu henfon nih siap boleh tukar mcam-macam housing dan kalau nak tukar ringtone gigihla menaip sampai jari kematu... huhuhu... kalau silap kena check satu-satu...huwaaa... nak tukar ringtone punya pasal.
Pastu kan game yang paling femes masa zaman 3310 ialah...hehehe... game snake!
Henfon 3310 ni kalau jatuh pun takde kesan kot... kesan pada lantai mungkin... lantai boleh retak...haha.. kalau jatuh berkecai sekali pun, on balik okay jer. Pernah henfon kawan jatuh dari tingkat 3. Meraung kawan tu pegi amik henpon dia. Bila on balik okay lagiii... saper sangka! Henfon ni masuk air pun masih ok. berbanding dengan iphone yang sangat manja. Jatuh sikit alamatnya berkecai takpun retak... Korang yang ada iphone tu, dah berapa kali korantg tukar screen tahun ni? hehe...
 
ni haa... nak tambah lagi...
 
Public phone : tak payah nak kecoh la.....aku hari-hari berembun, kena hujan panas, kena conteng, tampal iklan haram, sepak terajang....rileks je.....

Phone rumah : rilek rilek jgn gaduh....meh laa jemput ke rumah.. kan raya ni..

Okay, seterusnyaa... Bagi budak-budak main macam nak mendera kot. Mana taknya... tengoklah akibatnya tuh! hahaha... kesiann...



adeh! ngantuknyaaa...

Monday, October 01, 2012

JUALAN PENGHABISAN STOK RAYA

Salam sejahtera semua...
Lawa Collections kini mengadakan jualan hebat selepas raya. Kain Viscose Cotton kini di jual dgn harga RM50/pcs & Kain Korean Cotton RM40/pcs. Harga adalah temasuk kos pos. Semua design terbaru & cantik.... Cepatttt sebelum kehabisan... !!!!

Apa Ker lemaunya Hari Ni

Salam...
Izan biasanya ok jer hari isnin. Tapi tak tahulah hari ni rasa macam biskut meri lemau sangat-sangat... Kalau makan biskut meri lemau pun tak rasa macam ni kot. Arghhh... banyak sebab jadi lagu ni...huhuhu.. teringat anak pun yer... Baby Ahmad Waseem tak berapa sihat.. demam la pulok.
Malam tadi kami berkejar bawak dia ke hospital. Izan suspek dia kena denggi sebab deman dah seminggu kejap baik kejap ok. Pastu macam ada bintik-bintik merah kat badan dia. Pergi hospital apa lagi kena amik darahlah... Masa nak amik darah doktor dan nurse suruh kami keluar sekejap. Tinggalkan baby Waseem sekejap dengan diorang. Izan kata takper kami dah biasa tengok dia kena amik darah. Nurse kata tak boleh kena keluar jugak sebab itu procedure diorang... Lepaklah kami kat luar bilik... tapi masih kedengaran laungan Ahmad Waseem... mana tak meraung... kena cucuk tu amik darah...huhuhu... Mr Daddy tegur Izan. "Hah! tu kenapa muka nampak berubah...lain macam jer tuh! kata dah biasa konon"... huhu... lain yeh? Katanya muka Izan macam nak nangis... Jadi, fail lah ni kerana tak dapat menyembunyikan perasaan sebenar. Saya ingat saya terror. Saya ingat saya kuat. Rupanya tidak!
 
Setelah dapat result darah, Alhamdulillah... Ahmad Waseem tak kena denggi pun. Doktor kata itu hanyalah jangkitan kuman sebab dia demam. Nasib baik! kalau tak bermalam kat hospital lah kami jawabnyaa... Doktor bagi ubat demam dan calamine lotion untuk sapu kat badan dia. 

Hari ni Izan terpaksa datang jugak kerja. Tak bolehlaa dah banyak sangat cuti. Nanti orang lain bising pulak asyik cuti jer manjang. Jaga anak sakit macam tulah. Ni yang terasa nak berhenti kerja sangat-sangat nih. Datang kerja pun duk teringat-ingat anak. Pastu buat kerja pun macam blur-blur jer nih! Izan harap sangat Ahmad Waseem cepat sihat dan takde penyakit apa dah selepas ni. Kesian dia. Lepas satu, satu yang datang.


lapar la pulok... takde ker orang nak tolong top up milo kat pantry...hukhukhuk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...