Friday, September 07, 2012

It's Jumuah "Friday"

Salam jumaat yang penuh kecerian kepada muslimin dan muslimat. 
Dengarkan lagu ini yer. Izan amat suka rentak lagu ini dan liriknya mempunyai makna yang mudah difahami. Dengar ulang-ulang pun tak jemu. Siap buat ringtone lagii...hahaha.. tak menahan :p


hari ni kat ofis Izan buat potluck raya... jadi moh ler kita beraya sakan...

Wednesday, September 05, 2012

Gandaan Pahala Sedekah



Sememangnya gandaan pahala sedekah dan menderma di hari-hari biasa -
apatah lagi di bulan Ramadan - dipamerkan dalam banyak hadis
Rasulullah s.a.w.

Antaranya: "Sesungguhnya Allah Taala menggandakan di kalangan kamu
(pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana
digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta,
sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud." Dan dalam hadis
riwayat Ahmad, maksudnya: "Tidak akan berkurangan duit orang yang
bersedekah."

Di sini saya nukilkan kembali kisah tentang keajaiban sedekah, yang
dipetik dari buku Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya,
terbitan PTS. Moga-moga kita beroleh manfaat bersama.

Kisah teladan cukup bermanfaat

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri
tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia,
adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?"

Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit
pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman
sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan
Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar
lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki
yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang
maha pengasih dan selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam
dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat
suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya:
"Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"

"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali
menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."

Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali
kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di
tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta
menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."

Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada
bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak
mahal, 100 dirham sahaja."

"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya
menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain
menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak
menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.

"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.

"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300
dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu
kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu
bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta
dengan harga 10 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300
dirham," jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai
di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu
mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"

"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu
Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi
yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah
dan rasul-Nya yang lebih tahu."

Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham
kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap
satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama
menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat
Mikail."

bila hujan begini terbayang2 alangkah sedap kalau dapat makan pisang goreng...hurmm

Tuesday, September 04, 2012

Tak Tahu Nak Mula

Salam semua...
Sudah lama tak bersua. Rindu nak menaip tapi tak tahu nak mula dari mana. Banyak yang hendak dikongsikan tapi sebab banyakkkk sangat jadi terbantut... huhu... penangan akibat dah lama tak menaip kat blog.
Izan akan cuba sedikit demi sedikit memupuk hobi yang suatu ketika dahulu Izan minat sangat iaitu menaip dan berceloteh di sini...hehe... Tanggungjawab dan kerja yang banyak adalah salah satu sebab kenapa blog ini dah lama menyepi. 
Dalam pada tak menaip dan berceloteh di sini, Izan selalu jugak pegi sekodeng blog org lain. Kalau rajin komen, kalau malas tak tinggal jejak langsung...ekeke.. jangan marah yer.
Izan rasa blog ni dah jadi macam caca marba pulak. Bercampur aduk. Semua nak dimasukkan. Kadang-kadang macam konpius pun ada. Tak tahu nak di tulis pasal apa... 
Okay! sekarang dah tak tahu nak merepek apa. Sekian.
Sila tengok gambar customer LawaCollections yang bergaya dengan kain pasang yang dibeli di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...