
Sememangnya gandaan pahala sedekah dan
menderma di hari-hari biasa -
apatah lagi di bulan
Ramadan - dipamerkan dalam banyak hadis
Rasulullah s.a.w.
Antaranya:
"Sesungguhnya Allah Taala menggandakan di kalangan kamu
(pahala derma) sebiji
kurma atau sesuap makanan, sebagaimana
digandakan di kalangan
kamu ternakan anak kuda atau anak unta,
sehingga derma itu menjadi
sebesar gunung Uhud." Dan dalam hadis
riwayat Ahmad, maksudnya:
"Tidak akan berkurangan duit orang yang
bersedekah."
Di sini saya nukilkan
kembali kisah tentang keajaiban sedekah, yang
dipetik dari buku Ajaibnya
Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya,
terbitan PTS. Moga-moga
kita beroleh manfaat bersama.
Kisah teladan cukup
bermanfaat
Sebaik pulang dari rumah
Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri
tercintanya, Fatimah
az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia,
adakah kamu mempunyai
manakan untuk suamimu?"
Fatimah menjawab: "Demi
Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit
pun. Tetapi ini ada enam
dirham yang saya terima daripada Salman
sebagai upah memintal.
Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan
Husain." Ali berkata:
"Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan
enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar
lagi bagi membeli makanan.
Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki
yang berkata: "Siapa
yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang
maha pengasih dan selalu
menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang,
Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam
dirham. Lalu dia pulang
dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat
suaminya pulang tanpa
membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya:
"Wahai Fatimah
mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu
pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali
menjawab: "Aku
meminjamkan wang itu kepada Allah."
Fatimah berkata:
"Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali
kemudian keluar rumah lagi
dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di
tengah jalan seorang Arab
Badwi yang sedang menuntun seekor unta
menghampirinya, dan
berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya
tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada
bila-bila masa," kata
Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak
mahal, 100 dirham
sahaja."
"Baiklah, saya
beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya
menuntun unta. Baru
beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain
menghampirinya dan
bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak
menjual unta ini?"
"Ya," jawab Ali.
"Berapa?" Tanya
Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya
beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300
dirham kepada Ali.
Ali segera pulang ke rumah
kerana hendak menceritakan peristiwa itu
kepada Fatimah. Setibanya
di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu
bawa itu wahai Abu
Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta
dengan harga 10 dirham,
kemudian saya menjualnya dengan harga RM300
dirham," jawab Ali.
Seterusnya Ali pergi
menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai
di masjid, Nabi tersenyum
dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu
mahu bercerita ataupun
biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang
bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu
Hassan, tahukah kamu siapa
orang Badwi yang menjual unta dan Badwi
yang membeli unta daripada
kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah
dan rasul-Nya yang lebih
tahu."
Nabi menjelaskan:
"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham
kepada Allah. Allah
memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap
satu dirham mendapat ganti
50 dirham. Orang Badwi yang pertama
menemuimu itu adalah
malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat
Mikail."
bila hujan begini terbayang2 alangkah sedap kalau dapat makan pisang goreng...hurmm