Wednesday, June 29, 2011

Part 23 - Panggilan Telefon Misteri

Untuk tidak menghampakan rakan-rakan semua Izan sambung balik cerita ni. Nampaknya Izan sendiri pun hampir terlupa jalan cerita sebenar. Izan sambung cerita ni berdasarkan penulis sebenar. Cepat cerita ini ditulis maka cepatlah Izan paste kat sini. Untuk part sebelum ni kat sini yer Part 22
Sambungan ..

Lepas dapat idea tu, aku pun berpakat dengan Freddie untuk stay di tempat aku bekerja pada waktu dia tak bertugas,hanya untuk menunggu panggilan dari nenek misteri. Freddie setuju tapi dia tak le stay dalam office tempat aku kerja tu, sebab bos aku pun memang kadang2 akan datang secara mengejut nak check keadaan staff, aku tak nak la nanti tak pasal-pasal kena marah sebab bawa orang luar atau bukan authorised person untuk ke dalam office. Disebabkan office yang kecik comel tu pun memang letaknya di dalam restoren, jadi Freddie lepak je minum2 kat tempat customer di bahagian luar, sambil2 tu dia online sebab aku nasihatkan die untuk bawak laptop sekali, kot2 bosan ke, boleh je online guna wifi restoren.

Asyik2 tanya je, nenek tu dah call ke belum. Aku cakap belum lagi. Staff2 pun dah pelik, sape la pulak Freddie ni,lama pulak tu stay kat restoren,datang beberapa hari berturut-turut. Aku pulak tak pernah mention dengan dorang tentang Freddie tu lah orang sebenar yang nenek tu cari, aku cuma tak nak timbul sebarang kekecohan pulak nanti, tambah2 lagi salah sorang dari staff aku ni, ada hubungan darah dengan bos kitorang,tak reti plak mcmana nak explain hubungan tu, lebih kurang mcm adik beradik biras lebih kurg mcm tu ar. Aku agak risau gak lah kot2 budak tu nanti report pulak dengan bos aku sebab pernah sekali, bos aku warning supaya tak perlu panjang2 kan kes nenek tu, dia suruh biar dan diamkan je. Tapi disebabkan aku mcm dah terlibat dalam kes ni lebih dari separuh jalan dah pun, aku nekad nak redah je, even dengan cara senyap2, apa nak jadi, jadi lah.

Freddie singgah di restoren tu,beberapa kali seminggu. Masuk minggu kedua,Freddie dah give up. Sebab .. nenek tu takde call langsung. Bukan setakat freddie yang give up, dengan aku sekali memang dah give up. Org kata, penantian tu penyiksaan, hah betol ar tu. Memang seksa sangat ok, aku pun cakap kat Freddie,tak pe lah,kalau mcm ni la keadaannya,aku rasa tak perlu la datang lagi. Aku stay je duduk dengan Freddie waktu tu, dia cakap dia yakin akan dapat cakap dengan nenek tu di saat2 awal lagi, tp bila dah masuk minggu kedua, dia pun dah tak nak try lagi dah.

Sebelum Freddie balik, kitorang masih lagi sembang2 tapi bukan lagi pasal nenek tu. Mcm ni sebenarnya, mula2 tu aku ternampak kat beg freddie, ada keychain berbentuk t-shirt jersi Manchester United,dekat belakangnya ada nombor 56 & nama Freddie. Aku tanya lah,mane die tempah keychain tu,lawa. Die cakap la bini die jahit sendiri. Aku pun excited la sebab aku minat benda2 mcm tu tau, barang2 handicraft ni. Aku pun waktu tu tanya la Freddie,boleh request buat car charm ke, untuk gantung lam kereta, sebab bulan berikutnya, birthday kawan baik aku dari Sabah, aku ni plak mmg tengah fikir bagai nak rak,nak bagi ape. Bagi car charm yang ada bentuk yang kita request & boleh tulis nama mcm tu,aku rasa mesti kawan aku tu suka, maklum lah kawan aku tu baru beli kereta, bagi car charm ni memang molek bena lah tu, sempat aku fikir lagi.

Aku pun request la dari Freddie, dapat ke bini dia buat untuk aku. Freddie cakap tak sure sebab bini dia just buat ni suka2,tak pernah pun amik tempahan. Setakat buat untuk hadiah orang2 rapat dengan dia je. Aku cakap lah, aku upah bini dia wat,bukan aku mintak free, hehe. Freddie pun waktu tu call bini dia, bini dia cakap ok je,boleh tapi bukan dlm minggu ni,dia busy sikit. Minggu depan boleh la kot, siap... Aku on je lagipun birthday kawan aku tu bukannya dalam bulan tu jugak,ok ar tu.

Dipendekkan cerita, selepas car charm yang aku request tu siap, Freddie pun anta la ke restoren tempat aku keja. Waktu tu lah, nenek tu call,tapi bukan aku yang jawab, si clerk yang sorg tu jawab, mcm biasa la dia jerit je nama aku cakap nenek call (sebab dia malas nak layan nenek tu). Waktu ni aku dengan Freddie berpandangan, eh waktu Freddie tak tunggu call, nenek tu call pulak. Aku bagi isyarat dengan Freddie untuk dia ikut aku masuk ke dalam office. Mula2 dia tak nak, mcm segan gitu kan staff2 lain pandang2 dia. Tapi aku cakap, masuk je, pandai2 lah aku cover nanti.

Di saat telefon tu beralih ke tangan Freddie, aku nampak dia sedikit gelisah. Tak tau la mungkin dia nervous ke apa. Sekali lagi, perbualan dalam bahasa Cina Hakka.. kalau dulu, antara Danny dan nenek, kali ni antara Freddie dan nenek pulak. Apa yang jadi eh, korang agak?

Freddie meletakkan gagang telefon ke telinga. Dia senyap, tak berkata apa-apa, tapi pada waktu yang sama, nenek tu masih lagi "membebel" tanpa menyedari yang tadi, takde orang pun tengah dengar apa die cakap, mesti nenek tu bengang sebab takde respon.

Ini adalah perbualan antara Freddie dan nenek, yang dah aku alihbahasa ke bahasa melayu, hasil penceritaan Freddie sendiri..

"Nenek?"
"Freddie!!!" -> masa ni nenek ni menangis,meraung. sempat jugak aku dengan freddie gilir2 dengar..

"Nenek siapa sebenarnya?Nenek kenal sy?"
"Freddie,lama nenek call kamu,kenapa tak balik?"
"Nenek..sy tak faham. Nenek di mana ni? Dari mana?"
"Hishhh Freddie....Freddie... dah la bekal makanan kamu tak bawak,nenek call,kamu selalu tak ada je!!"
"Nenek tunggu kamu pulang Freddie..Nenek tunggu kamu"

Freddie kemudiannya bertanya sesuatu untuk confirmkan yang call tu,adalah nenek dia..

"Nek,jam tangan yang sy baru beli tu,hilang..tak tau mana tercicir"
"Hilang apanya pulak... ada ni ha nenek simpan,kamu yang tertinggal kat meja"

Freddie terkedu.. Freddie masih ingat lagi,beberapa hari sebelum dia berangkat ke Australia, dia ada beli sebuah jam tangan baru. Disebabkan pagi tu dia kelam kabut sangat nak ke airport, dia tertinggal jam tu di atas meja,berhadapan dengan tv di ruang tamu. Dan sekarang, bila ditanya balik tentang jam itu, nenek tu tahu. Tapi.. neneknya dah mati beberapa tahun yang lalu, bersaksikan jirannya sendiri, masuk police report dan jugak suratkhabar tempatan. Gambar pun ada menjadi bukti dan beberapa saksi yang tak mungkin lah diorang akan menipu.

Freddie menarik nafas panjang...cuma untuk bertenang dengan kejadian yang tak disangka-sangka ni..

"Freddie..pulang tak?Nenek ada masak ni"
"Nenek...."
" Pulang ke? Kamu tu ada gastrik.."
"Nenek... dengar ckp sy nenek, sy tak perlu pulang..nenek yg perlu 'pulang' nek.. Dunia ni bukan tempat nenek lagi"

Nenek diam,tak kata apa2..

"Nek..nenek 'pulang' ya?Jangan balik sini lagi,ni bukan tempat nenek. Nenek 'pulang' lah,sy tak apa-apa"
"Kau tak pulang ke?"
"Tak nek... ni dunia sy,tempat sy.. nenek pulang lah.."
"Nenek tau Freddie.. kau tak pernah pulang.. dan tak akan pulang"

Talian terputus..

Bersambung...
 
 jika ada sambungan lagi Izan akan update secepat mungkin...

Sekali Lagi Diuji OlehNya

Salam semua untuk kawan-kawan. Terima kasih kasih kepada semua yang sentiasa menjenguk Izan di sini. Izan sangat terharu dengan kawan-kawan semua yang sentiasa mengambil berat tentang diri Izan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik anda semua.

Banyak yang Izan nak ceritakan di sini tapi, keserabutan dan gangguan emosi yang tidak stabil mematahkan semangat ini. Tuntutan kerja dan masa juga menjadi punca kenapa Izan lebih banyak mendiamkan diri. 

Buat pengetahuan kawan-kawan semua, semasa Izan baru saja menjejakkan kaki di tanah air, Izan mendapat berita bahawa rumah kami sekali lagi kena pecah masuk oleh pencuri bedebah pada malam itu. Barang-barang yang hilang adalah 2 biji laptop dan 2 biji handphone. Tapi, nasib baik juga semua orang selamat. Tentang barang yang hilang tu siapa yang tidak sakit hati. Senang-senang sahaja mereka pecah masuk dan pilih barang apa yang mereka nak. Barang yang hilang boleh diganti, tetapi memori yang tersimpan di dalam tu mana nak cari balik? Sakitnya hati bukan kepalang. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan inilah dugaan yang terpaksa kami terima.

tak suka mengenang barang yang lepas, jika dikenang jiwa merana...

Tuesday, June 28, 2011

Hormonku Tidak Stabil...seksanyaa...

Salam semua kawan-kawan. Sorry sangat-sangat sebab Izan macam tak mempedulikan blog ini. Ramai kawan-kawan yang selalu bertanya khabar Izan terutamanya Pinkymomma, MK, ladydea dan ramai lagi. Sorry yer kawan-kawan. Tapi apakan daya mood untuk berblog jatuh merundum. Padahal buat apapun memang takde mood sangat-sangat.

Sebenarnya Izan sekarang tengah pregnant lebih kurang 9 minggu. Tak tahu kenapa macam malassss sangat nak buat sesuatu benda tuh. Mungkin hormon tak stabil kot. Kepala selalu pening dan kurang selera makan. Izan hanya berselera makan nasi kerabu jer buat masa sekarang. Pagi petang siang malam hanya nasi kerabu idaman kalbu. Kalau nasi lain jangan harap. Tengok saja pun buat tekak ni mual dan loya....huhuhu...seksanya. Kalau tak dapat nasi kerabu alamatnya melepek jer badan ni... rela makan megi tau...hukhukhuk... 

Itu baru bab kurang selera makan. Bila dah makan kurang, diri pun dah tak terurus. Datang kerja pun selebet jer...adehla... asal siap sudah...! Masa pregnant sebelum ni, kandungan dah 5 bulan ke atas barulah selera makan bertambah. Haa masa tu nampak makanan apapun sedap...hehehe. Izan harap sangat-sangat diri ini akan stabil semula bila kandungan dah 3 atau 4 bulan ke atas. Tak larat dah macam ni. 
 nasi kerabu ehsan google

tengoklah nasi kerabu yang sedap tuh...tak sabar dah tunggu waktu lunch...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...