Friday, June 03, 2011

Part 20 - panggilan Telefon Misteri

Kalau semua dah kenyang apa kata kita sambung lagi baca cerita misteri nenek kamsiaa. Mesti dah ramai yang tunggu Izan update cerita ni kan...^^
Sambungan ...

Siri yang lepas kita dah dapat tahu bagaimana Freddie kehilangan neneknya yang tersayang, satu-satunya ahli keluarga terdekatnya yang masih ada. Tak dinafikan, kisah Freddie yang menyayat hati, umpama babak yang berlaku dalam filem semata, tapi hakikatnya ia berlaku jugak dlm dunia nyata,yang aku alami sendiri. Kadang2 bila difikirkan, aku rasa nak keluar dari "filem" ni, aku tak nak lagi jadi "watak" dalam filem yang aku tak pasti apa kesudahan nya ketika itu.

Pada waktu tu, satu je yang terlintas di fikiran aku, mungkin kerana kasih sygnya begitu menebal pada Freddie, hingga perginya meninggal kesan. Kesan kasih syg yang abadi. Aku tahu, sebagai seorang Islam, apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputus lah ia dari urusan dunia. Tak mungkin mendiang nenek Freddie ada kelebihan itu sampai boleh telefon pulak bila dah meninggal. Ya,secara logik. Tapi jika difikir secara logik gak, aku seakan-akan tiada jawapan. Kalau nak biarkan semuanya tak terjawab,tinggal misteri, hati aku ni pulak seolah-olah digaru-garu untuk mencari jawapan (ayat tak bleh blah .. )

Beberapa hari selepas kenal dengan Freddie dan mendengar cerita dari pihak dia, aku dan Danny agak puas hati lah jugak, at least persoalan tu dah terjawab. Walaupun tak terjawab sepenuhnya,aku redha je. Nak menyiasat lebih2 pun, banyak mana sangat lah masa yang kitorang ada, aku sendiri sibuk, Danny pun sama gak. Freddie pulak, dah berkeluarga dan dah ada anak, kerjaya sendiri, takde masa kot nak fikir lebih2 tentang nenek call tu. Aku percaya, Freddie sendiri mesti teringin nak cakap dengan nenek tu, since nenek tu asyik call tempat kerja aku dan danny, tapi nenek tu tak pernah sekali pun call Freddie. Tertanya-tanya jugak,kenapa agaknya. Masih jugak tak terfikir apakah jawapan pd semua persoalan ni.

Mingu demi minggu berlalu, pada satu hari, sekali lagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon, dari nenek tu lagi. Siot je, aku baru nak lupakan tentang dia, dia call lagi. Aku boleh pulak jawab call tu macam biasa, dah takde berdebar sangat pun, dah terbiasa kot, tak macam dulu. Nenek tu,masih lagi ulang soalan yang sama,dengan nada yang sama. Sedih, sampai bila agaknya nenek ni nak cari Freddie. Kalau nenek masih hidup, pulang lah... kembalilah ke pangkuan Freddie nek, dia rindu.. hatiku berbisik.. Tapi,hampa.. bila nenek ni masih lagi call, seperti kebiasaannya.. Aku buntu.. Hal ni,aku rahsiakan dari pengetahuan Danny,tak tau kenapa. Mungkin sebab aku tak nak dia risau, atau pun mungkin sebab aku sendiri dah tak berminat nak cari siapa nenek ni sebenarnya.

Panggilan telefon misteri ni mengganggu tumpuan aku selama beberapa hari, aku mcm orang yang takde semangat nak kerja. Fikiran aku asyik ke situ. Sedangkan orang lain, maksud aku staff aku yang lain, yang pernah gak berkomunikasi dengan nenek ni, tak pulak ambik peduli. Tapi, kenapa aku, seolah-olah ada perasaan yang lain.. mungkin sebab aku rindu kasih seorang ibu, aku tiba-tiba teringat pada arwah mak aku yang dah lama pergi. Apa perasaan aku agaknya, kalau aku tau, arwah mak aku call seseorang,untuk cari aku? Mesti rasa terkejut,tak percaya dan sebak kan? Mungkin itu yang freddie rasa sekarang. Berat mata memandang kata org .. berat lagi bahu yg memikul.

Hari-hari yang aku lalui tak lagi menakutkan, malah panggilan telefon dari nenek tu pulak yang aku tunggu2 hingga jadi usikan semua staff. " Panggil Aishah kejap, nenek dia call" ayat yang dah biasa aku dengar saban hari.

Hinggalah pada satu hari, berlaku satu perkara yang berada di luar jangkaan aku selama ni, aku rasa kalau aku ni ada sakit jantung, memang dah rebah kot. Nak dijadikan cerita, pada satu hari ni, nenek ni call seperti biasa. Tetapi apa yang memeranjatkan aku, bila nenek ni tiba2 menjerit seolah-olah tengah bergaduh dengan seseorang, aku agak bunyinya macam dia tengah berebut telefon dengan seseorang.

Aku pulak mcm orang hilang akal, bingung dengan situasi tu. Eh,nenek ni bergaduh dengan sapa pulak dalam kubur ni wei . Waktu aku tengah tak keruan tu,tiba2 orang yang tengah bergaduh dengan nenek tu berjaya pulak rampas telefon tu,dan mula bercakap dengan aku,tapi masih menggunakan bahasa cina hakka. Aku mula pening, ni drama episod apa pulak nih.

"Sorry i don't speak chinese" kata aku cepat2 dengan harapan supaya dia jawab, janganlah ko letak telefon dulu,sempat lagik nih aku berdoa bagai. Waktu aku mula bercakap dengan orang tu, kedengaran suara nenek tua tu marah2 kat belakang, mcm nak rampas balik telefon tu,dengan gigih sekali. Comel pulak, serius comel.

"Haaa...sorry sorry,ini siapa ya?Ini mana tempat ya?"
"Sy aishah. Ini restoren. Boleh i tahu u siapa, nenek tua tadi ur mother ke?"
"Hooo...bukan..bukan.. my grandma.. Sorry amoi,nenek sy ni nyanyuk sudah. Memang selalu kacau orang, telefon sana sini saja"
"U dari mana ni? Boleh i tahu?"

Orang tu pun explain dia kat mana (sorry tak leh reveal nama tmpt due to privacy).
"U ni betul2 orang ke apa ni?" soalan bodo pulak keluar,aku tepuk dahi sendiri.
"What do u mean ya?"
"Erm,sorry sir,sorry. I didn't mean to be rude here but.. erm,boleh i jumpa u? Jumpa ur grandma?"
"U siapa ya?U kenal kita ke?U kenal my grandma?"
"I tak kenal u,tapi ur grandma selalu call sini,sepanjang tahun. Ni baru 1st time i dengar suara u,i nak tau grandma u siapa,dia cari Freddie ke?"
"Tidak la amoi... My grandma ni memang nyanyuk sudah, few years ago asyik cakap pasal Freddie. Siapa Freddie tu pun kita tak tau"

Aku tersenyum sendiri je waktu dia bahasakan dirinya sebagai "kita", sounds cute pulak

"U takde keluarga nama Freddie ke?Ur grandma memang selalu call,cari Freddie"
"Tak ade la. Kita memang takde family yg nama Freddie. My grandma nyanyuk,biasa la mungkin dia tengok cerita tv ada freddie haha"

Eh cepat pulak mesra si cucu nenek nih ..

"Boleh i jumpa u? I rasa i patut bincang lah"
"Bincang apa ya?"
"Tentang grandma u.. tentang Freddie.. herm,i susah nak explain through phone,but i betul2 perlu jumpa u"
"U boleh tinggalkan contact number u? U siapa nama ye?"
"Aishah"
"Air Asia??"
"Aishah la... aiyoo... "
"Ooo ok ok" dia gelak lagi.
"Nama u siapa?" aku tanya.
"Nama kita ke?" adoiii cute betol.
"Ye lah,nama u"
"Just call me Kenny"

Lepas bertukar nombor telefon,tanpa buang masa,aku call Danny pulak.

"Danny,awk free tak malam ni?Jumpa nak?Pls,ada perkara penting nak bagitau awk"
"Nak melamar ke apa ni?" Sumpah tak lawak okay.
"Jangan melawak k. Ni pasal nenek tu, sy dah dapat dah orang yang ada related dengan dia."
"Maksud awak?"
"Jgn banyak tanya la, nak jumpa ke tak? Mlm ni eh,free kan?"
"Ok,anything for u sweetheart"
Aku terkedu.

Bersambung...

 kekenyangan...Alhamdulillah...

Kenapakah???

Kepalaku ding dong ding dong...lagi hebat dari bunyi bell. Tekak loya... 2 3 hari ni memang tak sedap perut... badan lemah jer nih...kenapakah??? Nak buat kerja pun takde semangat ni.... Adoiii...

Aku salah makan ker? Tak mungkin.. sebab orang lain pun beli nasi lemak sama jugak pagi-pagi. Makan tengahari macam biasa jugak. Orang lain pun takde mengadu sakit apa-apa. Apa yang salah sebenarnya niii...

Member-member ofis dan Mr Daddy pun dah usik Izan. Mungkin ada can dapat baby tu...hehehe... hah? apa?? betul ker ni...? Badan Izan pun dah naik sikit nih. lagipun dah sebulan tak datang period ni... ohh apakah?? Kalau betul ada syukur Alhamdulillah... Kami terima dengan hati gembira. Anak kan anugerah Allah ibarat hadiah dari syurga....^^ Lagipun si kecik Adelia dah nak masuk 3 tahun dahh...memang patut pun dapat adik lagi...hehehe...

Nak pegi jumpa doktor tu yang malas. Tunggulah kalau bulan ni tak datang period lagi baru pergi check. Nak check sendiri malas sebab kadang-kadang macam tak puas hati... 

Tahu tak? Izan tak pernah makan apa-apa pil perancang atau amik suntikan untuk jarakkan kelahiran. Izan takuttt... nanti tak pasal-pasal tak dapat anak lagi. Izan suka anak ramai. Tapi, nak jarakkan kena pakat dengan suami la... Macam mana caranya? Haa...yang itu kena belajar... Sebab lain Izan takut makan ubat segala adalah takut gemuk, takut naik jerawat... Ada kan bila makan pil perancang jadi macam tu... Ada kawan Izan tu dia cucuk setiap 3 bulan sekali. Sebab tu ker badan dia gemuk dan naik jerawat...takotnyaaa...

A ah la, baru Izan perasan..sejak 2 menjak ni Danish selalu minta nak adik boy, 2 lak tu...huhuhu... mana larat nak oii kalau 2.. kalau 3 lagi tak larat... Adeh! Mungkinkah dapat kembar kalau pregnant lagi? Tulah selalu terbayang...semuanya gara-gara selalu sangat masuk blog kembar terutamanya blog  
kisah seorang abang dan adik kembar 3

kenapalah boss ni suka sangat keluar masuk...grrr...

Thursday, June 02, 2011

Part 19 - Panggilan Telefon Misteri

Izan banyak kerja ni. Takmau banyak bebel... yuk sambung cerita lagi...
Sambungan ...

Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie,yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie,hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita.

Freddie hanya tersenyum apabila jiran memaklumkan tentang kematian nenek tersayangnya, di dalam hati terdetik rasa tidak percaya. Freddie nekad hendak membuktikan bahawa neneknya masih hidup, buktinya adalah Puan Nasha sendiri,yang menerima panggilan daripada nenek. Mungkin ada yang tidak senang padanya, membakar rumahnya dan menculik neneknya,mungkin? Pelbagai perkara terlintas di kepalanya.

Apabila melihat Freddie yang seperti tidak keruan, selagi lagi jiran Freddie memaklumkan hal yang sama, dengan harapan agar Freddie cuba untuk menerima kenyataan,walaupun pahit.

"Mustahil pakcik, bekas majikan sy kata, nenek baru je telefon ke pejabat pagi tadi bertanyakan tentang sy,dan sekarang, pakcik cakap nenek sy dah meninggal dunia beberapa hari lepas?" Freddie panas hati, terasa dirinya dipermainkan.

" Pakcik tak sampai hati nak, tp kamu tau kan anak pakcik kerja sebagai wartawan. Anak pakcik sendiri yang ambil gambar mayat mendiang nenek kamu Freddie, kalau kamu tak percayakan pakcik, kamu percaya lah laporan akhbar tu. Pakcik kenal kamu sejak kecil lagi, perkara mcm ni, pakcik tak main-main. Kamu tu dah mcm anak pakcik sendiri" Getar suara jirannya kedengaran sayu, walaupun jarang bertegur sapa dengan nenek tua itu atas sebab kesukaran berkomunikasi, tetapi baginya nenek tua itu baik hatinya, menghormati orang lain, dan sekali-sekala menghadirkan diri ke majlis keramaian sekiranya dijemput. Sewaktu anak daranya berkahwin, nenek tua itu lah yang bersungguh-sungguh membantu itu dan ini kerana majlis hanya di buat di kampung, kerahan tenaga nenek itu seperti membantu ahli keluarga sendiri. Hanya senyuman dan anggukan nenek tua itu setiap kali berjumpa sahaja sudah menunjukkan kelembutan hatinya.

" Pakcik rasa,elok lah kamu bertanya pada Encik Wong (nama samaran), dia lah yang menguruskan pengebumian nenek kamu Freddie,setelah 3 hari kami cari kamu, tapi tak pernah dapat. Baru kelmarin pengebumian nenek kamu diteruskan saja, walaupun tanpa kamu. Bukan pakcik tak pernah hubungi, tapi kamu yang tak dapat dihubungi langsung. Pakcik minta maaf, pakcik tau kamu kecewa. Marilah, pakcik temankan kamu pergi melawat kubur nenek kamu, dia dah pergi.. Kamu perlu teruskan hidup, jangan mcm ni Freddie" Jirannya, seorang lelaki yang sudah berumur itu, terus memujuk.

Freddie terduduk. Menangis. Kekesalan yang amat, dia tahu tiada gunanya lagi, nenek telah pergi ... jauh ..

Beberapa bulan kemudian ...

Freddie telah menerima hakikat bahawa neneknya sudah tiada,sudah tiba masanya untuk Freddie,meneruskan kehidupannya. Tanpa Joana, tanpa nenek yang telah dianggap seperti ibu kandung. Air mata sering mengalir di pipinya, menyesali apa yang berlaku, membuatkannya nekad untuk terus bangun dan tidak lagi mengecewakan sesiapa. Freddie sedar, kemewahan tetap tidak mampu mengembalikan segalanya.

Freddie membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat lain,ke tempat yang tiada sesiapa pun mengenali dirinya, untuk memulakan hidup baru. Sebelum Freddie berpindah, Freddie sempat mengunjungi tempat kerja lamanya,hanya sekadar untuk bertanya khabar.  Kedatangan Freddie ke situ setelah beberapa bulan menghilang, mengejutkan Puan Nasha. Tanpa berlengah, Puan Nasha terus bertanyakan khabar nenek Freddie.

"Nenek sy dah meninggal Puan .. meninggal sebab terperangkap dalam kebakaran" jelas Freddie.

Puan Nasha hanya berkerut dahi, menggeleng kepala dan tersenyum. "Kamu ni Freddie,suka sgt bergurau. Hal-hal mcm ni suka gak bergurau eh" Kata Puan Nasha, Freddie hairan, raut wajahnya memohon penjelasan.

"Nenek kamu tu, masih lagi telefon sini Freddie. Maaf lah kalau awk tersinggung,tapi sy rasa agak terganggu, sebab tu sy terpaksa tukar nombor telefon ni, walaupun sukar terpaksa maklumkan dengan semua client,tapi nampaknya mcm sy tiada pilihan.Kalau nak disekat pun panggilan nenek awk tu, banyak pula prosedur nya" Kata Puan Nasha,selamba.

" Puan,bila kali terakhir nenek sy call?"
"Herm,bulan lepas kot. Nombor baru ni pun baru kami tuka dalam bulan ni"
"Mustahil....mungkin org lain tak"
"Tak lah, nenek tu memang ada sebut nama awak tiap kali dia call"
"Mustahil Puan... nenek sy dah meninggal,kalau Puan tak percaya, Puan boleh ikut sy, sy bawa Puan pergi ke kubur nenek sy.
Atau pun kalau Puan takde masa,bila2 sy free nanti, sy boleh fax pada Puan, sijil kematian nenek sy"

Kali ini,Puan Nasha pula yang terpinga-pinga. Persoalan misteri itu masih tidak berjawab, sehinggalah pada hari Freddie berpindah ke tempat baru,persoalan itu masih tinggal misteri,tanpa jawapan.

Kisah Freddie tamat di situ ..

Aku yang dengar cerita dia, bukan lagi bergenang air mata, tapi sudah teresak-esak menangis. Hati aku cukup tersentuh dengan pengalaman yang dilalui Freddie. Menurut Freddie,dia memang sudah tidak menetap di sini, tapi kerana terlalu rindukan neneknya, dia pulang menziarahi kubur dan juga menjenguk jirannya yang sudah beberapa tahun ditinggalkan. Freddie dah apply cuti untuk habiskan cuti yang dia belum claim, sebelum masuk ke tahun baru 2010. Sewaktu aku dan Danny jumpa Freddie, waktu tu penghujung tahun 2009, dan nenek Freddie sebenarnya telah meninggal dunia pada tahun 2001,sewaktu Freddie berusia 24 tahun. Kini, Freddie sudah pun berkeluarga dan isterinya sedang mengandungkan anak kedua. Anak sulung Freddie, diberikan nama yang serupa dengan mendiang neneknya, atas rasa kasih yang masih menebal.

Namun kepulangannya kali ini,tidak bertemankan isteri kerana isterinya juga bekerja,sebagai seorang tukang masak di salah sebuah sekolah berasrama. Freddie pulang,keseorangan. Freddie agak terperanjat apabila menerima sms daripada aku dan Danny, yang memaklumkan tentang neneknya. Aku ada bertanyakan tentang nombor Freddie yang tidak dapat dihubungi pada awalnya.Menurut Freddie, nombor lamanya tidak lagi digunakan sebagai nombor utama, sebab dia ada satu lagi nombor. Tapi nombor lama masih lagi simpan, sebab nombor tu antara kenangan dia bersama mendiang Joana, dibelikan oleh mendiang Joana untuknya, kira mcm nombor couple gitu lah, nombor seakan-akan sama.

Nombor yang lama tu hanya dia on 2 atau 3 hari sekali je, kadang2 nak check kot2 ada sms dari kawan2 lama yang dia tak pernah maklumkan tentang pertukaran nombor. Kadang2 on simkad tu pun hanya sekadar suka2, kerana sms2 Joana masih lagi disimpan nya dalam simkad tu. Freddie tergelak kecil bila Danny usik, isteri tak tau ke. Freddie cakap tak, dia pun gelak sama.

Tanpa kitorang sedar .. jam pun dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, aku pulak asyik menguap je sebab aku tak biasa tido lewat.

Itu serba sedikit cerita dari pihak Freddie. Update yang seterusnya, aku akan ceritakan siapakah "nenek" yang selalu call kitorang. Adakah nenek Freddie tu sebenarnya belum meninggal? Adakah semuanya kebetulan atau cross line sahaja?

Bersambung ..

 geram betul..makan jambu boleh tercekik...grrr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...