Monday, May 09, 2011

Happy Weekend

Cuti weekend Izan penuh dengan aktiviti. Iaitu aktiviti masak memasak. Start dari hari sabtu pergi beli barang-barang untuk memasak, lauk pauk semua bersama Mr Daddy merangkap drebarku. Juga ada bersama Ahmad Danish dan Adelia Soulha merangkap tukang sibuk. 

Petang tu kitorang gotong royong. Mak mertua tolong sediakan barang yang Izan perlukan untuk memasak. Dari potong bawang sampai potong sayur. Adik-adik ipar dan bapa mertua pulak ahli jawatankuasa peralatan. Dioranglah paling penat sebab nak kena angkat kerusi bagai lepas tu tukar karpet... Izan relax jer.. cuma masak-masak kat dapur.

Hari ahad selepas subuh Izan dah masuk dapur. Padahal jamuan selepas maghrib. Semangat tu penting sebab tukang masak Izan sorang jer. Alahh...masak pun untuk makan 30 orang jer...sedara mara terdekat jer. Iaitu adik beradik mak mertua. Hehehe...kecoh jer lebih. 

Mula-mula masak puding laici resepi kak Hanieliza ...
sedap resepi kak Liza ni...saper nak cuba kena terjah website dia...
gambar pinjam kak Hanieliza

Puding triffle pun ada, Izan letak kek coklat kukus. kek dia Izan buat sendiri malam tu lagi.  
 gambar ehsan google

Lepas tu Izan start menumis rempah untuk masak lemak ikan terubuk masin dengan nenas..uish! panjangnya nama...hehehe...belasah jelah :p...Izan masak style kelantan ...

Ada masak sup kaki ayam sikit. Saja tambah-tambah lauk.Masak pun main-main sambil potpet potpet...hehehe

Lepas tu mesin rempah untuk ayam goreng berempah serai pulak...
 Izan ambik resepi kat sini amal5041
sedap sangat sampai tak cukup...huhuhu... tak sia-sia berpeluh-peluh mengoreng ayam... ^^
kredit to amal5041

Tak lupa juga ada sayur campur goreng. Sayurnya kobis, carrot, brokoli, bunga kobis, kacang buncis, dan cendawan. Izan letak sotong dan isi udang sebagai perencah. 

Sambal belacan, ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, dan daun selom...malam tu lagi dah siap buat dan basuh bersih-bersih supaya tak kelam kabut. Apa yang boleh buat awal Izan dahulukan. 
Ada mak sedara sponsor tom yam, dan sambal ikan bilis. Tambahan lain ada buah tembikai dan pisang. Air buat air teh, oren, dan air masak. Siap! 

Semasa makan semua sibuk tanya. Eh, ni saper masak sedap. Ni saper masak...? Tu saper masak? dengan bongkak jawab.. tak payah tanya sebab semua Izan masak...hahaha...  memang betul apa. :p
Alahh..umur pun dah nak cecah 30 tahun takkan masak simple macam tu takleh. Betul tak? :p

Majlis bermula pukul 6 petang. Di mulai dengan bacaan untuk tahlil, dan doa selamat. Lepas solat magrib berjemaah...makan. Lepas tu solat isyhak dan solat hajat. Di akhiri dengan mesyuarat tergempor kampung pisang...hehehe... Acah jelah... sebenarnya mesyuarat majlis perkahwinan adik ipar bulan november ni. Selepas tu Majlis Tamat!

jangan jeles sebab makcik-makcik puji i masak sedap...hahaha...bertuah dapat menantu macam i ni..rajin masak...siap mintak resepi u...kalau nak berguru dengan i kena tidur rumah i 2 hari 2 malam...kehkehkeh... opss, terlupa...gambar tak sempat nak snap sebab i sibuk masak :p

Join Segmen Blog Cik Cempaka

Tadi jenjalan tiba-tiba Izan jumpa blog yang comey iaitu blog Cik Cempaka
Izan sukaa sangat dengan blog tuh! Ada banyak doodle tau...
picit perut doodle tu untuk ke blog cik cempaka..;)

Izan suka blog dia yang ada dot dot pink....santekss sangat...ceria jer...
Blog dia kemas dan tak berserabut...

Cik Cempaka ada buat contest tau. Peserta bertuah akan dapat doodle comey. 

Izan tag semua yang baca blog Izan nih...^^

harap Izan dapat menang doodle tu...hehehe...

Hatiku Gundah Gulana...

Assalamualaikum... Selamat pagi semua...
Semua dah breakfast ker? Makan apa pagi ni?
Izan dah beli kuih...tapi, tak lalu makan laa... Tak tahu kenapa. hati ni gundah gulana.. tak sedap hatilah. Lusa (rabu) Mr Daddy nak bertolak ke Makkah. Sepatutnya Izan kena hepi... haish! kenapalah hati nih... Ker sebab Izan belum habis mengemas baju bajan dia dan sebagainya...hurmmm... serabutnyaaa...

Tak tahu kenapa bila nak pergi Makkah rasa macam dia nak tinggalkan kita jauhhh. Bukannya tak biasa berjauhan. Sebelum ni Mr Daddy dah biasa tinggalkan Izan Untuk ke outstation. Berapa hari pun tak kisah..hehehe...tak kisah ker? Yer, ada rindu... tapi perasaan tu lain sangat... :(

Mungkin juga sebab Izan banyak fikir pasal cuti. Banyak betul amik cuti tahun ni. Macam-macam hal berlaku start dari awal tahun. Anak sakit, sedara mara dan rakan sekerja meninggal, nanti nak pergi umrah, nak amik cuti raya lagi.. lepas tu adik ipar nak kawin kena amik cuti lagi... hurmmm... Harap sangat manager faham... hehehe...

Izan ni banyak bergantung dekat Mr Daddy. Dahla penakut nak bawak kereta. Siap suruh Mr Daddy doakan depan kaabah minta diberi keyakinan dan keberanian untuk bawa kereta. Adoii...bila fikir-fikir balik rasa lawak sungguh. Izan harap Izan boleh hidup berdikari selama 17 hari 15 malam bila Mr Daddy kat sana nanti. Daddy pun kena jaga diri jugak.

kepada Mr Daddy, jangan risaukan Mummy dan anak-anak kat sini. Mummy tau jaga diri...dan adik-adik Daddy boleh tengok-tengokkan Mummy...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...