By http://gelihati.blogspot.com/
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
p/s: Hampeh betul ada nenek macam ni...tapi, padan muka cucu dia sebab niat tu tak baik...hehehe
Friday, April 01, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Perfume Untuk Mr Daddy
Salam semua....
Izan bercadang nak beli perfume untuk Mr Daddy (suami aku ler)...Tapi, tak tahu perfume apa yang sesuai. Izan tak suka bau yang keras....suka yang lembut-lembut jer maksud aku bau yang ringan dan tak sakit hidung ni...tapi, untuk lelaki tak boleh nak lembut sangat kan lain jadinya....hehehe....
sekarang dia pakai perfume "Hugo Boss" macam ni..
sekarang dia pakai perfume "Hugo Boss" macam ni..
kredit untuk lelong.my untuk gambar ini
...tapi izan tak suka laa...keras sangat bau dia, memeningkan kepala dan sakit hidung ku nan comel ini..hehehe...ini bagi pendapat hidung aku ler...mungkin bagi orang lain wangi dan best bau dia...kalau semua orang kata busuk, tak sedap mesti tak laku perfume tu kat kedai...betul tak? betul...betul...betul (pinjam ayat upin ipin jap)
Ada ker patut lepas Mr Daddy sembur-sembur tuh aku suruh dia buka pintu bilik besar-besar...tak tahan...huhuhu... dah la seksa jer aku tengok bila dia nak spray dengan memegang botol bulat macam bola tu. Perfume yang memeningkan kepala, yang menusuk hidung tu actually aku juga yang beli. Dia tukang pakai jer...sendiri beli sendiri complain...apa daa... Lagi yang aku tak suka sebab botol dia yang bulat tu menyusahkan aku untuk kerja-kerja packaging untuk Mr daddy outstation...sebab beg toiletries dia kecik dan leper jer...
Sebelum ini Mr Daddy pakai perfume "The Body Shop" jer..

Sebelum ini Mr Daddy pakai perfume "The Body Shop" jer..

gambar dari website The Body Shop
biasanya Mr Daddy pakai yang color biru ni jer lah. "Oceanus" nama dia. Biasa la produk The Body Shop ni botolnya kecil comel, senang nak bawa bila travel. Oceanus ni sedap baunya dan agak sweety...murah pun murah...ekeke...
biasanya Mr Daddy pakai yang color biru ni jer lah. "Oceanus" nama dia. Biasa la produk The Body Shop ni botolnya kecil comel, senang nak bawa bila travel. Oceanus ni sedap baunya dan agak sweety...murah pun murah...ekeke...
Izan dah try bau "1 Million" dari Paco Rabanne. Tengok tu kotak dia cantik betul....color gold lagi..

gambar ehsan dari pakcik google
Izan suka sangat bau dia yang unik macam bau buah sikit-sikit, bau floral, dan a bit spicy...yer macam grapefruit, ada citrus, amber dan woody...macam cinnamon pun ada...izan ni dahla memang suka bau cinnamon...rasa nak gigit jer..teringat cinnamon bread pula... Pakar perfume berkata bau yang ada "spicy" menaikkan maskulin seseorang lelaki...betul ker?
Dari tinjauan forum ramai yang sukakan perfume "Dior Homme" kerana ketahanannya...
gambar dari pakcik google juga
baunya a bit spicy, tapi dalam spicy tu, ada satu lagi bau lembut dan sweet...Izan tak tau nak komen lebih-lebih sebab tak pernah bau lagi...Tapi, bila cakap spicy+sweet tu macam best jer kan...^__^
Perfume pilihan seterusnya adalah "Gucci Pour Homme II"
gambar ehsan pakcik google
Perfume ini juga termasuk dalam jenis perfume woods, wangi, segar dan sangat mengoda...nak tau menggoda atau tidak kena try ler...hehehe... Ia juga sangat menakjubkan kerana dapat bertahan lama.
Antara ketiga-tiga perfume tersebut izan rasa akan pilih "Paco 1 Million" sebab baunya yang sangat memikat...Izan suka sangat-sangat...botol dia tak terlalu besar dan sangat cantik...
Kategori
Mr Daddy
Tuesday, March 22, 2011
Plain Butter Cake
Ini adalah resepi kek butter yang paling sempoi dan sangat sedap...izan dah banyak kali cuba resepi ni...sampai ada yang kata rasa dia macam cheese cake lah...hehehe....cubalah! dan anda pasti tak menyesal...^__^....sorrylah, kat bawah ni gambar 5 tahun lepas...hahaha...sekarang malas betul nak berposing...belek-belek jer gambar lama...
by Bebop forum.cari.com
250 gm butter
200 gm gula
210 gm tepung gandum
1 tsp baking powder
(B)
5 biji telur
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar lagi selama 4 - 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan ke dalam acuan 9", Bakar 160 C selama 50-60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk bahagian tengah kek.
p/s: untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama. Selamat Mencuba...
Kategori
Kek
Subscribe to:
Posts (Atom)



