Tuesday, March 22, 2011

Plain Butter Cake

Ini adalah resepi kek butter yang paling sempoi dan sangat sedap...izan dah banyak kali cuba resepi ni...sampai ada yang kata rasa dia macam cheese cake lah...hehehe....cubalah! dan anda pasti tak menyesal...^__^....sorrylah, kat bawah ni gambar 5 tahun lepas...hahaha...sekarang malas betul nak berposing...belek-belek jer gambar lama...

by Bebop forum.cari.com

(A)

250 gm butter
200 gm gula
210 gm tepung gandum
1 tsp baking powder

(B)

5 biji telur

Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar lagi selama 4 - 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan ke dalam acuan 9", Bakar 160 C selama 50-60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk bahagian tengah kek.


p/s: untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama. Selamat Mencuba...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...