Asslamualaikum...
Hari ni keluar cerita baru pula mengantikan Cinta Jannah.. tajuknya sungguh unik...hehe... "Love You Mr. Arrogant" ni Mr. Arrogant ke Mr. Arumugam ni? Errr... errr...
Tak sabar pulak nak tengok cerita ni petang ni...hehe..
Sinopsis
Zaara Amirah punya
impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah
tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya
musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari
seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana
ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel
Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah
janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak
kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." –
Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima
kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga
maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu
sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya
itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang
berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor?
Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor
pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya?
Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak
dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir
langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan
Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara
Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham
yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah
parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun
dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh!
Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila
bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah
aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara
Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah
apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu
balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari
menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

takder Wordless Wednesday ker hari ni???? erk!