Friday, September 27, 2013

Tenggiri Masak Kicap

Assalamualaikum...
Kali ni Izan nak share resepi tenggiri masak kicap yang sempoi tapi sedap.


Bahan-Bahan

2 potong ikan tenggiri - digoreng
2 biji kentang - digoreng
1 biji tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
5 sudu besar kicap
minyak masak 
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara
  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hijau dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan kicap, garam dan serbuk perasa.
  3. jika suka letak sedikit lada hitam anggaran 1/2 sudu kecil.
  4. Kemudian masukkan ikan tenggiri dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu.
  5. Siap untuk dihidangkan.
 nak masak apa malam ni??

Wednesday, September 25, 2013

Drama Selepas Cinta Jannah... Love You Mr. Arrogant

Asslamualaikum...
Hari ni keluar cerita baru pula mengantikan Cinta Jannah.. tajuknya sungguh unik...hehe... "Love You Mr. Arrogant" ni Mr. Arrogant ke Mr. Arumugam ni? Errr... errr...
 Tak sabar pulak nak tengok cerita ni petang ni...hehe..
 
Sinopsis 
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

takder Wordless Wednesday ker hari ni???? erk!

Cinta Jannah

Assalamualaikum...

kepada yang tak puas hati pasal cerita Cinta Jannah.. kita baca apa luahan hati penulis cerita ini...

Assalamualaikum, semua. Selamat pagi dan salam #CintaJannah. Siapa yang tak puas hati dengan ending #CintaJannah semalam, angkat tangan...hehehe. Ok, saya akan bagi pencerahannya di sini. Memang banyak scenes yang tergantung dan watak-watak hilang macam tu je. Bak kata Aeril Zafrel dalam livechat semalam, jalan cerita yang saya bagi terlalu padat. Mereka terpaksa edit ( tak masuk akal langsung ). Kita mulakan dengan watak Tini, Razak dan Ustaz Talha. Korang anggap je watak-watak tu dah mati. Sebab watak-watak tu sebenarnya memang tak wujud pun. Bila tak wujud maknanya tak adalah kisah Tini curang dengan Razlan, Tini mati kena bunuh, Tengku Zareena buat hubungan sulit dengan Razak, babak-babak culik anak dalam hutan (kayu kayan), jual beli tanah, dan kenapa Ustaz Talha tak tolong Izaryl cari Jannah, kan? Sufian pula duda anak dua bukan beristeri dua dan Sufian tu anak ketua kampung. Maknanya Sufian tu, bukan suami Amina dan bukan anak Tengku Zareena, kan? Watak Hakim dan Zahira pula, adalah sahabat baik Izaryl dan Jannah. Dengan bantuan Hakim dan Zahiralah menemukan Izaryl dan keluarga Jannah. Izaryl menerangkan status sebenar Jannah. Asalnya 4 tahun bukan 9 tahun ( tak logik). Izaryl masih mencari Jannah dan bukan slow macam tu (ini lagi saki hati ). Dalam 4 tahun tu Izaryl selalu pulang ke kampung menjenguk keluarga Jannah dan menanti kepulangan Jannahnya. Balqis dan Razlan pula sudah insaf kerana dengan bantuan Izaryl lah mereka dapat menjalankan pembedahan anak mereka yang sakit ( tak tulis dalam sinopsis asal). Damia pula memang tak jadi kawin dengan Izaryl, maknanya tak adalah isu Damia tinggal serumah dengan Izaryl kan? ( haram weiii ). Damia di halau keluarganya selepas pengsan pada majlis pernikahannya dengan Izaryl. Masa tu baru terkantoi Damia mengandung. Tengku Zareena pula insaf sebab malu orang sekeliling mengatanya dan melihat keadaan tidak terurus Izaryl kerana terlalu rindukan Jannah. Damia menyesal di sisihkan keluarga dan tinggal di rumah Tengku Zareena bukan rumah Izaryl. Jannah pula baru dapat tahu dia mengandung semasa di kampung. Selepas di halau, Jannah pulang ke rumah Izaryl tapi kecewa sebab malam dia pulang tu adalah malam Izaryl dan Damia berkahwin. Jannah kecewa dan membawa diri. Waktu itulah Bonda terlanggar Jannah ( lain kali nak lintas jalan tu pandang lah kiri kanan Jannah oii ). Sebab tak ada tempat nak di tuju, Jannah tinggal dengan Bonda dan melahirkan anak. Izaryl pulak.. adooii ini lagi satu... tak payah nak jadi pak sanggup sangat lah. Izaryl terima Damia pun sebab kecewa kerana Jannah tinggalkannya tanpa pesan. Tengku Zareena pula terlalu mendesak. Izaryl terpaksa terima sebab waktu tu Izaryl tak tahu lagi Damia sedang mengandung. Sebab terkantoi pengsan tu, majlis nikah batal. Selepas Izaryl berjumpa dan bersatu dengan Jannah, Izaryl membuat majlis kesyukuran dan memberi kejutan kepada Jannah dengan menjemput keluarga Jannah, Sufian, staff Izaryl, Opah dan Atuk, Hakim dan Zahira, Tengku Zareena dan Damia. Maka berlakulah adegan air mata berjemaah.. hehehe... Segalanya terungkai dalam pertemuan jejak kasih itu. Setahun berlalu, Izaryl dan Jannah mendapat baby lelaki yang comel macam papanya. Ketika baby lelaki mereka berumur 6 bulan, Jannah mengandung lagi. Jannah marah-marah tapi marah-marah sayang je... hehehe... Izaryl pulak tentulah tersenyum bahagia kan? Tulah siapa suruh Jannah tinggakanl Izaryl lama-lama.. hehehe ( tak tulis dalam sinopsis asal. Kan happy ending tu. -TAMAT-

p/s : Scenes di atas bermula selepas Jannah tinggalkan Izaryl. Episod-episod sebelum tu terbaik je. Jangan mintak #CintaJannah 2 atau sambungannya sebab saya tak tahu..

 macam takder kerja jer asyik update blog...haish!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...