Sunday, September 16, 2012

Siapakah Makcik Angry Bird Sebenar?

Salam...
Entry ini sekadar penghibur sahaja... hehehe... Korang pernah tengok tak makcik angry bird? kenal tak siapa orangnya?
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Ni lah makcik dia... comel kan! cute giler makcik ni... selamba jer kan...hehe... tak pasal-pasal makcik ni jadi glemer. Tak tahu la kot ni kerja cucunya ke....hehehe... Sebenarnya salah satu cara untuk menarik pelanggan juga tu. 
kredit utk tuan gambar (gambar di ambil di bazar ramadhan di Malaysia)


entry auto publish lagii... ;)

Takde Benda Free Dalam Dunia Ni

Salam...
Saja nak share la ni sebab tak pernah hadapi situasi macam ni. Menangis terbahak-bahak Izan tengok gambar ni... hohoho...
Basuh tangan pun kena?? Macam ni pun ada ker? Agak-agak kat mana ni yer... Boleh tak lepas makan jilat-jilat jer kasi bersih. Jimat duit dua posen.... tu kalau sorang. Kalau macam Izan ni 5 beranak dah seringgit...huhuhu. Kalau mintak sudu garfu agak-agak kena caj jugak ker? Mana tau nak sudu garfu kena seringgit pulak. Atau caj sewa sudu garfu tiga posen tiap satu suap...hahaha... Cepat kaya la macam nii...

 entry auto publish ni... Izan tengah lipat kain yang dah rupa gunung ganang ni...hohoho

Roti Canai Gula... Pelikkah?

Salam...
Selamat pagi... Alhamdulillah baru sahaja lepas breakfast. Korang dah makan? Pagi ni Izan cuma makan roti canai dengan gula... dengan gula? yer! itu feveret Izan. Kalau ada kuah dhal sekalipun tetap letak gula dalam kuah dhal...hehe. Mungkin kalau korang orang kelantan pun akan makan macam Izan kot...hehe... Sedaplah! tak caya cuba try test ;) ...makan panas-panas setakat 2 keping tu tak terasa lagi... hehehe

kat bawah ni pulak untuk anak bujang Izan. Fish Chip dengan sardin roll. Sepatutnya Fish chip tu makan dengan fries la kan. Tapi malas pulak nak panaskan minyak. Izan goreng ni pun pakai pan jer... letak butter sikit. Budak tu bukan makan sangat. Sebab tu malas masak... hurmm

Mr Daddy pagi-pagi lagi dah pergi kerja. Tak sempat sarapan kat rumah. Izan nak buatkan milo pun katanya "takpelah yang, abang dah lambat nak pergi kerja"... rasa bersalah pulak. Izan terlambat bangun hari ni. Malam tadi tak puas tido sebab si kecik bangun setiap sejam...huhuhu... Sekarang ni sedapla dia tidur. Harap-harap lamalah sikit lenanya. Boleh Izan buat kerja rumah mana yang patut. Oklah, kalau duk bebel kat sini sampai bila pun kerja rumah tak selesai. Tata ;)

Izan tak sempat lagi BW korang...internet kat rumah slow laa...huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...