Monday, June 06, 2011

Part 22 - Panggilan Telefon Misteri

Dah lama tak sambung cerita ni. Izan tak boleh nak banyak bebel kat sini sebab banyak kerja. Sorry yer geng... Cuma sempat paste saja...
Sambungan ..

Hati aku agak resah, aku bersedia dengan apa saja kemungkinan, aku reda kiranya apa-apa berlaku pada Danny. Belum sempat fikiran aku melayang dengan lebih jauh, aku rasa kepala aku kena ketuk oleh sesuatu. "Hoi takde nye hero mati, hidup lagi kat luar tu ha,siap makan popcorn" binawe punya abang, mcm tu dia jawab aku . Rupa-rupanya Danny cedera ringan je, tak masuk wad pun, sekadar pesakit luar. Aku je yang risau lebih2 pulak.

Danny melawat aku, tidak lama selepas keluarga aku pulang. Disebabkan kemalangan tu, keluarga aku dah tau tentang aku dan danny, melalui patung tu yang dikutip di kawasan kemalangan. Nasib baik takde mati ke cedera parah ke apa, cuma penunggang motorsikal tu retak bahagian kaki dan dah disimen, pun dirawat sebagai pesakit luar jugak. Seperti yang salah sorang forumer kat sini ada menulis, bahaya jugak kan kalau aku panic, ya memang betul. Aku ni kalau panic, aku akan buat tindakan melulu, tindakan bodoh pun ya jugak, tak aku nafikan langsung. Sebab tu, kalau nak inform sesuatu yang mungkin mengejutkan, eloklah jangan dalam kereta ke apa, kang tak pasal-pasal accident.

Wajah nenek tua yang tersenyum tu, terbayang semula di mata aku. Sehinggakan aku fobia beberapa hari lepas tu aku cuba elak nak tengok cermin. Aku takut peristiwa sama berulang. Sewaktu drive pun, aku sedaya upaya tak nak guna cermin tapi mustahil kan, memang perlu pandang jugak. nasib baik lah lepas tu nenek tu dah tak muncul. Lega.

Oh ya, berbalik pada kisah Kenny, temujanji kitorang bersama Kenny dibatalkan sebab kitorang accident. Bukan la batal sebenarnya, just tunda hari lain je.

Danny melawat aku,selepas ahli keluarga aku pulang. Tanpa berkata apa2, Danny cuma tunduk diam. Kerana menyangkakan aku mengamuk sebab luahan perasaan dia tu, tapi aku jelaskan perkara sebenar. Apa yang aku nampak sebelum kemalangan tu, Danny berkerut dahi. Di wajahnya nampak kesal, tak sangka pulak gurauan tu betul2 terjadi. Mungkin nenek tu dah pun ikut sejak dia berangkat dari rumah lagi,who knows?

Beberapa hari kemudian, aku dan Danny berjaya jumpa Kenny,di salah sebuah restoren melayu yang berdekatan dengan tempat kerja aku. Pada malam tu, aku dan Danny ceritakan apa yang telah berlaku, apa kaitan panggilan telefon nenek dia dan Freddie, kami ceritakan sepenuhnya tanpa ada satu fakta pun yang tertinggal. Kenny yang pada awalnya kelihatan agak nakal dan tak habis2 mengusik aku, berubah menjadi serius bila mendengar perkara sebenar.

Inilah cerita yang kami dengar dari pihak Kenny.

Nota : Kisah Kenny ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Kenny,yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Kenny,hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita.

Hello,nama sy Kenny. Sy berusia 22 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di luar negara. Dah lama sy tak balik ke kampung halaman,inilah saat yang paling sy tunggu sejak sekian lama. Sy menetap di luar negara selama 4 tahun dan kini pulang dengan segulung ijazah. Ijazah? Ok, tipu. Diploma sahaja. Haha! Sy sempat bercuti ke beberapa tempat sebelum pulang berehat ke kampung halaman untuk aktiviti menganggur pulak, sy tak nak kerja terus.. dah 4 tahun sy rasa otak terbeban,tiba2 nak kerja pulak, takkan lah kot? Selepas discuss dengan ayah sy dan dia pun bersetuju, jadi sy pun berehat atau dengan erti kata lain, menganggur selama 3 bulan sebelum sy amik keputusan nak cari kerja di mana-mana. Yang penting, sy rehat puas2 dulu.

Bila sampai ke kampung, dan mula menetap semula dengan keluarga, sy dapat rasakan sesuatu yang ganjil pada nenek sy (ibu kepada ayah sy), yang berkelakuan pelik setiap hari. Ayah cakap, nenek sy tu dah nyanyuk, ye lah kan, umur pun dah hampir mencecah 90 tahun. Alah,sebelum sy pergi luar negara pun,nenek dah mula tunjuk tanda nyanyuk dia tu,tp tak lah seteruk skrg, mcm perangai budak2,ye jugak. Sy akui, sy ni agak nakal dan bila sy bosan, mula lah sy mencari sesuatu untuk di explore. Lebih2 lagi sy anak tunggal, ibu sy pula dah berkahwin lain selepas bercerai dengan ayah sy. Hanya sy, ayah dan nenek tinggal di rumah, kadang kala ditemani oleh keluarga ibu saudara sy yang hanya tinggal di rumah sebelah.

Pada satu hari, sy terdengar suara nenek seperti bercakap dengan seseorang. Mcm bercakap dalam telefon je lagaknya, tapi dengan siapa? Sy curi-curi mendengar dari luar bilik. Bilik nenek sy, langsung takde pintu sebab ayah sy dah cabut pintu tu sejak beberapa tahun lepas,risau jika nenek mengunci dirinya dari dalam. Sy dengar perbualan tu,agak lama. Nenek seolah-olah bertanyakan tentang seseorang dan sy ada mendengar nama Freddie disebut. Siapa pula Freddie ni, kekasih lama ke, hati nakal sy berbisik.

Sy biarkan nenek mcm tu je,pada sebelah malam nya,selepas makan malam dan sewaktu sy dengan ayah lepak kat luar,minum teh dan hisap rokok, sy bertanya pada ayah tentang nenek..Menurut cerita ayah, nenek dah mula nyanyuk sejak sy sekolah menengah lagi.Tapi waktu tu,tak berapa ketara,cuma perubahan sikit saja. Tapi sekarang,perangai nenek semakin pelik. Semakin kerap bercakap yang bukan-bukan, tapi ayah hanya menganggap itu perkara biasa bagi seorang tua nyanyuk.

Sy hanya mendengar cerita ayah,tanpa syak yang bukan2. Sy ada juga bertanyakan tentang telefon rumah,nenek tak boleh berenggang langsung dengan telefon tu. Menurut ayah, nenek takde telefon sesiapa sebab dah beberapa tahun nenek mcm tu, bil telefon takde jugak rekod mana2 nombor yang tak dikenali. Semua panggilan telefon yang direkod, adalah panggilan yang dibuat oleh ayah sy sendiri. Jadi, ayah beranggapan nenek cuma bercakap seorang diri dengan telefon tu,takde dengan sesiapa. Pernah sekali, nenek langsung tak nak makan, tak nak keluar bilik, tak mandi..sebaliknya hanya duduk di bilik pandang telefon, seolah-olah menunggu panggilan dari seseorang. Kerana tak tahan dengan situasi tu yang memaksa ayah sy bertegas, ayah sy merampas telefon tu dengan syarat nenek sy,mesti makan. Nenek sy bergegas ke dapur,ayah sy sangkakan nenek nak pergi makan. Detik cemas berlaku bila nenek sy menggeledah dapur dan dapatkan pisau, mengugut untuk bunuh diri sekiranya telefon tu tak diserahkan ada dia. Ayah sedikit panik, cuba untuk memujuk,tp nenek hanya mahukan telefon. Ayah sy terpaksa serahkan dan sejak nenek kembali dengan telefon, nenek tak lagi mengamuk.

Keesokan hari nya, sy sekali lagi mendengar perbualan nenek dengan "seseorang" di telefon. Mcm mustahil nenek cuma cakap seorang sebab, mcm real pulak nenek tengah berkomunikasi. Senyap2 sy hendap lagi, sy tekad nak rampas telefon tu dari nenek,saja je nak cuba2 check kot2 betul ada orang dengan dia bercakap. Sy pura-pura masuk bilik nenek, konon nak ambik benang dan jarum, sebab peralatan menjahit, dalam bilik dia. Sedangkan sy ni,masukkan benang dalam jarum pun tak reti,ahaha. Sy pura-pura cari,nenek hanya menunjuk tempat peralatan menjahit yang dia simpan dengan menjuihkan bibir je,sy gelak. Nenek sambung balik bercakap dalam telefon.

"Tak pulang ke?Cakap kat dia,nenek dia dah masak ni.."
"Tengahari nanti pulang tak?.."
"Nanti bgtau Freddie ya,kamsiaaaa...kamsiaaaa..."

Kata nenek berulang kali. Tanpa melengah masa, sy terus rampas telefon tu dari nenek, pergelutan berlaku apabila nenek masih lagi memegang erat telefon dan mula menjerit tak tentu hala, tak nak telefonnya dirampas. Waktu tu,ayah sy dah pun keluar menemani ibu saudara sy membeli katil baru. Akhirnya,sy berjaya. Sy lekapkan telefon ke telinga dan agak terkejut apabila kedengaran suara seorang gadis yang kedengaran agak terpinga-pinga dan terkejut.

Kenny mengakhiri ceritanya ..

Dan aku lah gadis yang terpinga-pinga dan terkejut tu. Mana taknya, selama ni tak pernah2 pun dengar suara lain selain dari suara nenek tua tu,tiba2 timbul pulak si kenny tu. Betul2 drama lah dan aku tak pasti pulak drama ni panjang lagi ke tak episod dia, ending ntah macamana pulak nanti.

Aku ada email Freddie tentang kejadian ni, Freddie cakap, dia akan ke tempat aku,tapi tunggu hari sabtu atau ahad,hari yang dia tak bekerja je,hari lain dia tak free. Aku,Danny dan Kenny mula lah dengan plan nak temukan nenek Kenny dengan Freddie, mana tau betol2 kenal, walaupun mengikut logik akal, Freddie tiada kaitan darah langsung dengan keluarga Kenny,tapi tak salah kalau mencuba kan?

Dipendekkan cerita (walaupun aku tau korang suka aku taip panjang tapi aku dah mengantuk sgt nih,hehe), planning tu tak berjaya. Walaupun Freddie dah pun berada di dalam rumah Kenny, tapi dia tak dapat jumpa nenek tu,bukan sebab nenek tu tak nak, tapi sebab ayah Kenny yang melarang keras, dia cakap dia tak nak orang luar jumpa dengan nenek tu, takde keperluan langsung katanya. Hati org tua lebih sensitif dan mungkin jugak dia risau kitorang ada niat buruk pada keluarga dia.

Kami pulang dengan perasaan hampa bila hajat nak pertemukan Freddie dengan nenek tu tak kesampaian,kecewa. Pernah jugak aku ada idea jahat sikit, curi-curi jumpa waktu ayah Kenny takde kat rumah ke, tapi Kenny pulak tak setuju sebab Kenny tau ayahnya tu panas baran jugak, habis dia kalau kantoi ke apa, lebih-lebih lagi jirannya adalah keluarga ibu saudaranya sendiri,iaitu kakak kepada ayahnya,jadi peluang nak kantoi tu agak cerah la jugak.

Yang paling frust, sudah pastinya Freddie. Freddie masih tak putus asa, kali ni dengan cara lain pulak.

Freddie kata ... "Sy ada idea.. Apa kata kalau...."

"Kalau apa?" aku menyampuk, dah la cepat panic, bukan penyabar lagi,buruk betul perangai...

"Kalau kita...erm...." Freddie seperti teragak-agak.
"Aduhhh kalau ada idea baik punya,cakap je lah..." Aku pulak geram.

Freddie diam seketika dan berkongsi idea nya pada kami.
Aku dan Danny saling berpandangan.

"Hermmm....betul jugak,boleh pakai idea nih..." hati aku berbisik..

Bersambung...

Dalam siri yg seterusnya kita akan lalui pengalaman menyayat hati apabila freddie, berjaya berkomunikasi dgn nenek misteri yang dikatakan mempunyai watak yg sama dgn mendiang neneknya yang telah lama mati. Mungkin perlu diingat di sini bahawa, cerita ni tak logik jika kita nilai melalui fikiran yg waras, tp firman Allah ada menyebut Kun Fa Ya Kun, jika Dia berkehendakkan sesuatu,maka jadi lah.. Tiada ada yang mustahil di dunia ini, yng kita ketahui, bukan sekadar kita yg menghuninya,tp juga makhluk lain. Insya Allah dlm siri berikutnya,sy akan berkongsi pengalaman bagaimana freddie ni hubungi neneknya, siri yg seterusnya, sarat dgn emosi, mungkin x sesuai baca waktu kerja, kang ganggu emosi pulak,hehe. Sbb sy yakin, anda akan menitis air mata, jika anda ada hati yg erat dgn hubungan kekeluargaan. Cerita ini sudah hampir tiba ke kemuncak, insya Allah.. 

Pagi Mesti Ceria

Salam pagi isnin. Salam penuh keceriaan. Ada yang dilanda monday blues ker? hahaha... Izan kat sini ok-ok ajer.. ^^ Pagi ni Izan dah minum milo
 bersama pappa roti

Itu saja dah buat perutku kembong... Harap-harap boleh bertahan sehingga pukul 1.
Itu sahaja laporan untuk pagi ini. Okay, sambung kerja lagi.

pagi-pagi takmau masam muka nanti rezeki susah masuk...

Friday, June 03, 2011

Part 21 - Panggilan Telefon Misteri

Entry terakhir untuk hari ini buat tatapan pembaca setia. Mungkin 2 hari tak online kot... Untuk yang baru nak baca sila ke bahagian arkib kat bawah sekali untuk part 1... Okay! layannnn...^^
Sambungan ..

Aku terkedu mendengar ungkapan itu,sweetheart? Bukannya aku tak merasakan sesuatu yang lain dalam perasaan aku pada Danny, tapi entah lah, kadang2 aku rasa Danny treat aku seperti kawan saja, kadangkala, lebih dari itu. Atau.. mungkin aku yang perasan lebih kot, kadang2 ada ketika dan waktunya bila seorang lelaki beri perhatian yang lebih, disalah anggap sebagai menyimpan perasaan dan sebagainya, dan aku tak nak lah termasuk dlm golongan yang salah anggap tu. Aku buang jauh perasaan tu, mungkin hanya gurauan dari Danny je, bukannya dia tak pernah panggil aku sayang di saat aku marah, tapi semuanya mungkin hanya sekadar gurauan. Aku selesa berkawan dengan dia,seorang yang tak pentingkan diri dan sentiasa memberi keutamaan pada org yang lebih memerlukan. Jiwa nya sensitif,ya. Kadang2 mudah tersentuh. Mungkin pengalaman yang dilalui,membuatkan hatinya begitu.

Seperti yg dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Kali ni,baju tak sama warna seperti dalam cerita aku yang sebelumnya, Danny agak lewat daripada waktu yang dijanjikan, singgah isi minyak kereta katanya. Danny yang aku kenal,seorang yang suka mengusik dan sukar untuk melihat mulutnya tu berhenti bercakap, macam bertih goreng bak kata org, tapi malam tu, Danny agak berbeza. Dia diam. PMS ke apa budak nih, aku pulak yang rasa tak selesa,sebab aku tak tau macamana nak mulakan perbualan dengan Danny,yang hanya membisu.

Danny berhenti memandu dan parking kat tepi jalan. Aku sedikit takut,dah membayangkan yang bukan-bukan.

"Just nak inform awak,tapi...jangan panic ya,please?" Danny memecah sunyi.
Aku agak tertanya-tanya kenapa Danny mcm ni, ini betul Danny ke atau.. ah sudah, perkara lain pulak terbayang dalam kepala otak aku nih.

"Sha.. tadi.." Danny agak sukar untuk teruskan.
"Awk cakap je kalau awk rasa awk perlu bgtau,tapi.. kalau awk nak simpan as privacy,sy faham. Awk tak perlu beritahu apa2 ok" aku cuba untuk redakan diri dia,yang nampak sedikit tak tentu arah. "Tadi sy nampak nenek berkebaya tu,duduk kat belakang" kata-kata Danny mcm halilintar je, telinga aku rasa berdesing. Danny tak menoleh ke arah aku, dan tak jugak menoleh ke belakang, cuma pandangan nya terus ke depannnn je,bulu roma aku meremang.

Perlahan-lahan,aku cuba melirik ke belakang. Tak tau kenapa aku mcm berani sgt lah konon, tapi bukan kah bila kita takut, kita memang selalu check apa yang ada di belakang kita kan? Ini lah yang berlaku pada aku.Mula-mula,aku langsung tak nak toleh. "Masih ada lagi ke err...dia kat belakang ni?" aku tak tau la nape aku ni jenis suka betul tanya soalan tak kena tempat.

Danny mengangguk dan melihat aku dengan menggunakan ekor mata nya je,tp langsung belom bergerak sangat. Aku menahan nangis. Dengan perasaan takut-takut berani,aku pusing kepala ke belakang..perlahan ya ampun,takutnya aku hanya Tuhan yang tahu.

Tapi....apa yang aku lihat...Teddy bear sederhana besar tengah duduk kat seat belakang, yang tengah pegang kad besar bertulis..

"Aishah..I never say I Love U,but I do.. -Danny- "

Aku kehilangan kata-kata. Marah, geram, gembira, malu bercampur-baur. Lepas baca ayat pada kad tu, aku pandang ke depan
semula. Secara jujur, aku tak tau nak cakap apa, tindakan Danny terlalu mengejutkan, dan macamana pulak aku boleh tak perasan
dari awal,teddy tu ada kat belakang,aku pun tak tau.

Danny diam. Aku pun sama. Agak lama.

"Kenapa tak nak gelak?Takut nenek gelak sama ke?" Danny dah mula balik perangai dia.
"Oho,April Fool dah lepas okay,tak lawak" aku cuba nak cover perasaan gugup.
"Sy suka buat lawak,tp rasanyaaa..belum pernah menipu lagi.. hehehe" Danny hanya senyum.

Danny mula memandu balik,selepas hampir 20 minit berhenti kat tepi jalan. Waktu Danny tengah memandu, aku cuba melihat ke belakang seat, niat asal, nak tengok teddy tu,sekali lagi. Nak menoleh ke belakang, segan pulak. So, curi2 lah tengok dari
cermin. Terkejut besar aku bila kelibat nenek berkebaya duduk di belakang,senyum pada aku. Aku terperanjat, menjerit sekuat
hati, tanpa aku sedar, aku hilang kawalan dan sekali lagi, aku kemalangan hanya kerana Danny tak dapat kawal kereta, bukan
sebab dia panic, tapi sebab aku yang pegang stereng kereta dan pusing ke arah kanan, aku tak tau kenapa aku buat mcm tu,
panic punya pasal.

Kereta yang Danny pandu, merempuh sebuah motorsikal dan sebuah kereta CRV milik orang brunei. Waktu ni, Danny dah berdarah hidung dia, tapi masih ok. Aku pulak tak tau apa yang berlaku sebab aku pengsan tak lama selepas tu..

Aku buka mata perlahan-lahan. Tengok keadaan sekeliling,aku kat wad rupanya. Cuba gerakkan tangan dan kaki aku,mana tau kot2 patah ke apa. Lega,sebab ok je boleh gerak lagi. Check kepala pulak, tak berbalut. Aku cuba ingat balik apa yang berlaku, bayangan nenek tu terlintas di fikiran,aku menjerit dan kami kemalangan. Huh,masih ingat! Fuhhh maksudnya tak le aku ilang ingatan kan.

Aku cuba bangun,tapi rasa nak pitam. Tak jadi,aku baring balik. Aku sorang je dalam wad, mana pulak family aku nih,takde jenguk langsung ke. Dorang dah tau ke tak ni? Aku belek baju aku, baju hospital. Jangan2 aku dah kat sini,beberapa hari. Tapi tak mungkin lah kot,bukannya cedera parah sgt pun aku ni sampai amik masa beberapa hari nak bangun. Berderau darah aku, Danny mana? Hidup ke dia? Selamat ke? Atau...? Aku tak sanggup fikir banyak. Aku panjangkan leher nak jenguk2 katil sebelah, ada banyak lagi katil dalam wad tu aku rasa tp semuanya dipisahkan dengan kain biru. Nak selak,tak larat lak nak bangun. Tapi keadaan yang sunyi sepi tu yakinkan aku, yang aku hanya seorang dalam wad tu.

Tekak rasa haus sangat, mcm dah lama tak minum air. Aku pejam mata,tunggu2 je lah, nanti mesti ada nurse datang jenguk. Tiba2 tangan aku dipaut seseorang, aku nak buka mata,tapi...tak mampu. Sedaya upaya aku nak buka mata,tapi tak jugak dapat. Tangan yang memaut tadi,makin erat, membantu aku untuk bangun dan aku rasa bibir aku seperti disuap sesuatu,basah. Air..aku teguk sampai habis sebab aku haus sangat.. lepas minum, baru aku dapat buka mata. Di luar jangkaan,sekali lagi, nenek berkebaya tersenyum pada aku,sambil memegang gelas yang airnya dah habis aku minum. Aku tak dapat buat apa2,kecuali melihat nenek tu yang hanya senyum dan perlahan-lahan hilang.. Aku terjaga, rupa-rupanya dah hampir 16 jam aku tak sedarkan diri. Waktu aku terjaga tu, keluarga aku memang dah ada di sisi,semua terkejut aku bangun macam bangun dari tido biasa je. Aku terpinga-pinga gak, nenek tadi tu datang dalam mimpi je ke atau betul2.. aku tak pasti..

Keluarga aku semua ada kat situ.. dan beberapa org rakan pun ada.. tapi, aku tak nampak langsung wajah Danny.

Aku menoleh pada abang aku.. "Danny ok ke?Dia kat mana sekarang?"..

Abg aku memandang aku lama,aku menanti jawapan dengan penuh sabar..

Bersambung..

 Izan suka part yang ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...