Sunday, February 05, 2012

Ujian Itu Tanda Kasih Sayang Allah...

Salam rindu untuk semua...
Dah berbulan Izan tak updated blog... malas sangat-sangat ditambah dengan keletihan semasa mengandung. Sekarang dah pun sebulan Izan bersalin dan sebulan juga baby Izan dekat hospital. Sekarang Izan masih dalam pantang tapi tak serupa pantang sebab hari-hari keluar jalan-jalan pegi hospital. Keluar pun sebab melawat anak. Kalau tak pegi tengok rasa rindu dan teringat sangat-sangat. Begitulah kasih seorang ibu kan...

Oh, yer! mesti semua nak tahu kenapa baby Izan kat hospital kan? baby Izan dilahirkan dengan ususnya berada diluar. Izan dapat tahu masa dalam kandungan 8 bulan. Semasa umurnya seminggu Alhamdulillah kesemua ususnya dapat dimasukkan dlm perutnya. Tapi, doc kata ususnya belum bersambung, kemungkinan bocor dan belum boleh makan dan minum. Kena tunggu badannya membesar sedikit baru boleh buat next operation dan memang ambil masa... kena sabar.

Hari jumaat lepas, hari yg ke 30.. doc terpaksa buat emergency operation sebab perutnya makin membesar atau membuncit... Kalau ikut kata doc next operation sepatutnya lagi 3 minggu. Kalau tengok rasa-rasa macam kat tempat berjahit tu macam nak merekah jer.. Izan tgk pun naik takut.. dah macam belon tunggu nak pecah. Seramm... Bayangkan umur dah 30 hari tapi tak membuang lagi memanglah perut jadi buncit. Doc kata kalau tak dapat sambungkan ususnya doc akan tebuk kat perut bagi membolehkan baby membuang buat sementara waktu. Ya, Allah...kecut perut ni bila membayangkan macam-macam yang terpaksa baby kecil lalui untuk terus hidup. Doa, sabar dan tawakkal ajelah. Dan sedikit lega sebab yang buat operation tu bukan calang-calang doc. Dia adalah ketua pakar bedah pediatrik yang berpangkat datuk...semua nurse-nurse dan doc kat situ kagum dengan kepakaran beliau.

Alhamdulillah... ususnya dapat disambung. Cuma yang tak tau lagi samada baby dah boleh minum atau tak dan usus dia bocor atau tak... Sementara waktu ni baby memerlukan penjagaan rapi dari nurse dan doc. Apa yang Izan perlu buat sekarang adalah sentiasa berdoa semoga baby Waseem cepat sihat dan boleh balik rumah. Tak sabar nak peluk cium dia.

sejak dari baby Waseem lahir tak pernah lagi dapat cium dan peluk dia... menangis pun tak pernah dengar sebab ada pasang tiub kat mulut dia...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...