Salam...
Selamat pagi... Alhamdulillah baru sahaja lepas breakfast. Korang dah makan? Pagi ni Izan cuma makan roti canai dengan gula... dengan gula? yer! itu feveret Izan. Kalau ada kuah dhal sekalipun tetap letak gula dalam kuah dhal...hehe. Mungkin kalau korang orang kelantan pun akan makan macam Izan kot...hehe... Sedaplah! tak caya cuba try test ;) ...makan panas-panas setakat 2 keping tu tak terasa lagi... hehehe
kat bawah ni pulak untuk anak bujang Izan. Fish Chip dengan sardin roll. Sepatutnya Fish chip tu makan dengan fries la kan. Tapi malas pulak nak panaskan minyak. Izan goreng ni pun pakai pan jer... letak butter sikit. Budak tu bukan makan sangat. Sebab tu malas masak... hurmm
Mr Daddy pagi-pagi lagi dah pergi kerja. Tak sempat sarapan kat rumah. Izan nak buatkan milo pun katanya "takpelah yang, abang dah lambat nak pergi kerja"... rasa bersalah pulak. Izan terlambat bangun hari ni. Malam tadi tak puas tido sebab si kecik bangun setiap sejam...huhuhu... Sekarang ni sedapla dia tidur. Harap-harap lamalah sikit lenanya. Boleh Izan buat kerja rumah mana yang patut. Oklah, kalau duk bebel kat sini sampai bila pun kerja rumah tak selesai. Tata ;)
Izan tak sempat lagi BW korang...internet kat rumah slow laa...huhu...
4 comments:
kite kecik2 selalu je makan dgn gula sebab tak tahan pedas. tapi dah besar ni, dah kureng lah makan dgn gula. dgn kari jugak yg sedap. hehe
tak pelik lah ikut citarasa sendiri,akak pun pernah makan dgn gulu zaman dolu2 jugak tapi skrg ni dah suka pedas mesti nk cari kari jugak kalau makan roti canai
betul izan, akak pun camtu, kalau mkn roti canai, tak sah kalo tak letak gula. en. abah cakap akak pelik, pasal org kedah tak penahnye mkn roti canai ngan gula...hehehe. sedapkan
eh..eh..samela dgn danisha...suke makan dgn gule hehe
Post a Comment