Salam...
Pernah tengok gula berwarna untuk hiasan di atas biskut atau kek? Ianya banyak terdapat di pasaraya atau kedai bekalan bakeri. Tapi tentu harganya mahal kan? Korang boleh buat sendiri dengan kos harga yang rendah.
Perkara yang korang perlukan:
1. Pewarna makanan kesukaan korang - contoh di sini merah dan biru (pewarna makanan gel lebih baik)
Gunakan pewarna makanan gel jika ada. Contoh adalah seperti di bawah. Pewarna tersebut tidak akan jadikan gula basah.
1. Pewarna makanan kesukaan korang - contoh di sini merah dan biru (pewarna makanan gel lebih baik)
2. Gula pasir
3. ZipLoc Beg sandwic
4. Rolling pin atau mana-mana botol silinder sebagai roller
Gunakan pewarna makanan gel jika ada. Contoh adalah seperti di bawah. Pewarna tersebut tidak akan jadikan gula basah.
Masukkan 3 sudu gula pasir ke dalam beg ZipLoc...
Gunakan apa-apa untuk mencelup pewarna gel... seperti batang kayu. Celupkan sedikit pada satu masa kerana gel cukup pekat.
Pastikan gula tidak berketul. Roll dengan pin rolling jika nampak berketul. Biarkan sebati.
Seal beg tersebut sehingga tiada udara masuk dan goncang-goncang supaya sebati.
Roll...roll...roll...shake...mix...shake...roll... lalala... sambil-sambil tu boleh nyanyi dulu
Haa.. dah jadi pun. Murah, cantik... seronok..!
Korang boleh buat macam-macam warna... dan ia menyeronokkan...^__^
Dah siap bolehlah hias di atas kek mengikut kreativiti korang...
Cantik kan.. ^__^
kredit to craftymoods.com untuk semua pic di atas
baru jer tadi makan...tetiba lapar balik...huhu...
6 comments:
senang dan cantik..mcm snow yg berwarna-warni..=)
wah. best nie. hehe :)
wah..simple aje nak wat..leh la wat pasni
tq share yek
salam puan izan..tq follow blog haziqah..^^
warna warni ne budak2 suka..betul x?
Post a Comment