Salam...
Bila nak menulis tentang sakit anak, perasaan ni rasa macam tak sampai hati. Lagi-lagi bila melihat gambar ini. Tengok sahaja sudah membuatkan kulit sendiri sakit, pedih. Cerita ini sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah seakan sama. Bersama kita mencari jalan penyelesaian terbaik.
Izan cuba cari gambar selepas keluar dari inkubator tapi takde nampaknya. Mungkin ada dalam pc kat rumah. Gambar-gambar yang dirakam adalah hasil curi-curi. Tak boleh ambil gambar di dalam wad NICU(Neonatal intensive care unit) ini yer.
Kami suami isteri redha dengan ujian Allah ini. Pasti manis menunggu akhirnya. Setiap kali Izan lihat gambar-gambar ini air mata mesti menitis teringat bertapa kanak-kanak kecil ini kuat semangatnya berjuang untuk terus hidup. 2 bulan di dalam inkubator tanpa makan dan minum. Yer! dia berpuasa. Hanya ubat-ubatan yang masuk ke badannya melalui wayar yang di pasang ke dada. Seakan tidak percaya Ahmad Waseem akan pulih seperti kanak-kanak normal yang lain.
Okay! nak cerita pasal lain sebenarnya tapi dah keluar cerita lain pulak yer... lap air mata dulu... hukhukhuk... teremosi pulak padahal cerita dah lepas...
Sebenarnya Izan dah cuba bermacam cara nak hilangkan ekzema dia. Semua nasihat atau pandangan orang Izan ikut. Orang kata ubat ni bagus... okay cuba... tak jadi. Bomoh ni bagus...doktor tu hebat.. okay cuba... tak berkesan... tryla cream ni... tryla mandian tu.. try la bedak tu... bagilah minum ni... try la sapu tu.... hukhukhuk... dah hilang cara... dah habis ikhtiar orang kata. Semuanya tak serasi dengan kulit dia. Last2 Izan pergi klinik yang biasa family kitorang pegi kalau ada sakit demam. Klinik Famili namanya. Memang dah biasa dengan doktor tu macam famili sendiri...hehe... Doktor Aziz syorkan kitorang pergi klinik kulit ni.
Katanya bagus... Doktor ni best in asia katanya. Kalau family dia ada masalah kulit pun pergi jumpa doktor Ting. Kami heran..hehehe... aik! doktor pun cari doktor lain yer kalau ada masalah luar bidang... Kalau dah doktor sendiri yang syorkan betul la tu bagus... Tapi, kena fikir gak... semuanya atas kehendak Allah. Kalau Allah tak beri sihat... tak sihat jugak kan... Di bawah ni ada gambar kami semasa di klinik Ting. 2 jam tau kami tunggu... huhuhu... Ahmad Waseem tak tahu berapa kali lena dah...
Dah macam-macam pesen dah Ahmad Waseem duduk rasa nak terbang pun ada... Dah puas menetek dengan mummy dan dah habis bekalan susu sebotol.
bersama Daddy di tempat menunggu... daddy tengok tv, anaknya pun sama. Tangan bagi susu... kalau sumbat susu ke lubang hidung pun tak sedar tu... sorry gambar agak kegelapan di situ kerana cuaca sangat panas kat luar... Malas nak amik gambar banyak kali sebab orang duk pandang-pandang.
Tu diaa... orang selalu ramai kat sini yer...yang Izan amik ni sikit... nak tengok lagi banyak kena datang sendiri la... segan pulak nak amik gambar orang. Kang kena saman tak pasal pulak....hehehe...
Ahmad Waseem dengan mummy dia...hikhikhik... dalam bilik doktor pun kena tunggu lagi. Kat sini ada banyak bilik tapi doktor sorang jer. Doktor Ting tu lah. Jadinya doktor kena ikut turn lah.. lepas bilik ni bilik tu lepas tu bilik nun lepas tu bilik sinun...haa...korang baca pun penat kan apatah lagi bahu yang memikul. sesuai lah kot dengan nama dia ting ting ting...melantun lantun gitu...hohoho... Hurmm.. izan tengok pun penat. Dahla doktor tu agak berumur. Klinik tu buka pukul 9 pagi tapi pukul 8.30 pagi orang dah start penuh amik nombor giliran. Kalau korang datang pukul 11 sorry to say... dah habis nombor yer. Datang jer lain kali...hikhikhik...
Izan terlupa nak amik gambar ubat yang doktor tu bagi. Dia bagi ubat 3 jenis ubat. Ubat makan, cream muka dan cream badan. Harap-harap ubat tu serasi la dengan Ahmad Waseem. Ni gambar pagi tadi. Dah nampak perubahan kan. Kurang sikitla... baru semalam kami pegi klinik takkan nak terus baik kan. Bukannya buat magic...hehe...
Muka sedikit mencuka kerana baru bangun tidur. Ni on the way nak hantar dia pergi taska...
banyak liku hidup yang terpaksa di lalui untuk membesarkan anak-anak... yang pasti, anak sihat.. kami bahagia...