Tuesday, May 31, 2011

Part 15 - Panggilan Telefon Misteri

Sedar tak sedar lagi sejam jer nak balik...Yeayyy.. Tapi, jangan risau yer cik-cik, tuan-tuan dan puan...hehehe 
Okay! kita sambung lagi yer...
sambungan...
Freddie.. bukan seperti yang aku bayangkan sebelum ni. Seorang lelaki kurus, tak terurus dan nampak serabai kerana masalahnya yang dia hadapi - sangkaan aku meleset bila Freddie yang sebenarnya, adalah seorang lelaki yang nampak kemas dan... tak nampak ada masalah pun? Nampak raut wajahnya tenang je? Ok, aku tau aku tak sepatutnya judge Freddie begitu, tapi bila melihat wajahnya untuk pertama kali, aku tak rasa dia ada masalah yang besar atau tekanan perasaan dan sebagainya.

Aku tak nak bercerita panjang tentang bagaimana aku dan Danny menceritakan satu per satu, tentang pelbagai peristiwa yang kami hadapi sejak beberapa bulan, termasuk aku yang dah setahun lebih terganggu dengan panggilan nenek tua, sehingga mendesak aku untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya kami ceritakan satu persatu pada Freddie,tanpa ada satu pun fakta yang tertinggal. Sebab aku merasakan, Freddie berhak untuk tau, dan aku tau, Freddie jauh lebih tahu, apa puncanya semua kejadian ni berlaku.

Freddie agak berat untuk berkata-kata, pada waktu tu, aku dapat lihat matanya mula berkaca, airmata nya bergenang tanpa dapat dibendung lagi. Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air mata nya di hadapan seorang wanita seperti aku. Eh tak nak guna perkataan wanita lah,mcm dah tua sangat, replace dengan perkataan gadis ok Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air mata nya di hadapan seorang gadis seperti aku.

Suasana sepi seketika, aku kehilangan kata-kata. Aku tak tau apa yang harus aku buat. Tapi, atas dasar simpati, aku bagitau Freddie, kalau dia nak menangis, menangis lah. Mungkin airmata tu akan dapat melegakan hatinya, tak salah untuk kita menangis, walau bergelar seorang lelaki sekalipun, itu tandanya kita bukan manusia yang ego. Sebaik saja aku cakap macam tu, Freddie menangis teresak-esak, satu situasi yang cukup pilu. Pipi aku terasa basah, tanpa disedari, aku menangis sama walaupun aku tak tahu, apa sebabnya.

Misteri mula terungkai apabila Freddie .. "Saya lah Freddie tu,sy akui sy banyak buat silap tapi sy tak bermaksud nak kecewakan sesiapa.."

Bersambung...

sambung buat kerja jap..kalau sempat Izan sambung kejap lagi..

19 comments:

MizzTina said...

adeh...

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: kenapa MK?...hehehe

syazwani ab said...

wahhh . suspen giteww

Hanis Azla said...

byk part akak dah tertinggal ni.. he..he.. takpe.. esok2 akak cover balik.. cerita semakin interensting utk akak tahu endingnya..

Lady Dea said...

Adeh....gulp!.telan air liur jelah....Redha dan sabar menunggu esok....hehehe

Cik Puan Izan❤ said...

Wani: saspen baru best..tak gituuu?

Cik Puan Izan❤ said...

Hanis Azla: dah baca dr mula ker..hehehe...

Cik Puan Izan❤ said...

Lady Dea: sabar yer dea...^^

Aidanatasya said...

salam puan izan...
lama x jenguk sini...

aida nak gtaw.. simanis-cadburylady.blogspot.com da berdot com.. jadi aidanatasya.com..

meh jemput dtg rumah baru saya :)

Cik Puan Izan❤ said...

Aidanatasya: wahh..tahniah! nti aka dtg yer...^^

fasham said...

wah menarik cerita ni...

Hai salam perkenalan marilah ke blog saya...

http://fasham87.blogspot.com

Anonymous said...

alamak aii..
kene bace dari mule ney..

huwaa~

terlambat pulak...
ngeee~

akak...aieda ade tag akak..
http://aiedasyid.blogspot.com/2011/05/bloglistzevent-ii.html

Cik Puan Izan❤ said...

tiha:nti saya datang yer...tungguuu...^^

Cik Puan Izan❤ said...

ღ Sis Aieda ღ: xper..baca slow2 yer...^^

PinKy MoMMa said...

asal bersambung je mesti mcm tergantung2 huhu..kasi geram lar! ;p

Cik Puan Izan❤ said...

PinKy MoMMa: uiii...takotnyaaa... kang dah kena marah dgn momma...hehehe... sabarlaa..:p

Nini Hartini said...

sis, panggilan telefon misteri ni cerpen ke? atau novel?

Cik Puan Izan❤ said...

Nini Hartini: bukan cerpen bukan novel.. tapi, kisah sebenar oleh penulis...

nak kata novel dia tak panjang sgt.. nak kata cerpen...cerpen kan pendek jer...^^

Nini Hartini said...

owhh kisah benar? tini ingatkan akk karang novel ke. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...