Tuesday, May 31, 2011

Part 14 - Panggilan Telefon Misteri

Izan dah lunch dah. Korang? Tadi Izan makan nasi dengan ikan goreng dan siput sedut... percaya tak? kena percaya. Sebelum ni macam malu-malu kucing nak makan. Jatuh standard lah apa...segan bunyi dia yang seksi ketika menyedut siput...hahaha. Tadi daku abaikan semua itu kerana tak tahan tengok masak lemak cili api siput sedut bersama batang keladi. Masa tu tengah berasap lagi...tak tahan menengoknya. Abih semangkuk, tapi bukan makan seorang ada teman-teman yang menemani. Kurang sikit rasa segan..hehehe..

Okay! berbalik pada cerita misteri tu ramai tak puas hati sebab Izan update sikit-sikit...heheheh.. Sukaa sukaa... biar semua tertunggu-tunggu... :p.. Untuk tidak menghampakan korang... Nah! baca sambungan seterusnya ni..
Sambungan ...

Atas sebab rasa takut yang amat sangat, eh tak lah amat sangat, takut tahap biasa2 je ,aku pun cuba hubungi Danny.

"Hello? Danny?"
"Assalamualaikum" Danny beri salam, perli lah tu.
"Ok,Waalaikumsalam. Awk ada call Freddie,dia cakap ape eh?Ada info?"
"Freddie ada call awak tak?" Ok,aku memang paling benci soalan dijawab dengan soalan. Dah la memang tak dapat sabar dah,kau tanya aku balik pulak.

Menurut Danny, Freedie memang ada call back beberapa minit selepas sms yang kitorang hantar pada Freddie, delivered.
Danny cakap, kalau nak explain menerusi phone,agak rumit. Jadi,Danny ajak Freddie untuk jumpa,kalau Freddie tak keberatan. Freddie agak tertanya-tanya,atas alasan apa nak jumpa, Danny ada bagitau sikit-sikit, tentang nenek tu. Freddie terdiam, dia tak bertanya banyak, dia bersetuju. Danny beranggapan, mungkin Freddie dah dapat agak, apa sebenarnya yang bakal kitorang dedahkan pada dia, mungkin bersangkut paut dengan pengalaman Freddie sendiri jugak.

Lepas dapatkan confirmation daripada aku, aku inform pada Danny aku free waktu malam je, aku pasti Danny atau Freddie, keduanya pun sama sebab dorang pun office hour,aku pulak dah tutup restoren selepas 8 malam (kalau takde function), jadi elok je kalau nak appointment waktu malam, ye malam keesokan harinya, lagi cepat lagi bagus, lagi cepat selesai masalah dan terungkai segala misteri.

Tibanya malam seperti yang dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Bukan sebab aku takde transport, tapi dah dia offer 1 kereta kan,aku setuju je. Memandangkan sejak kebelakangan ni, sifat penakut tu semakin menjadi-jadi dalam diri aku. Sebelum ni, tak pernah pulak penakut sangat macam ni. Kebetulan pulak, malam tu Danny pakai tshirt putih, aku pun begitu. Aku pandang seluar dia, seluar jeans biru. Bila aku pandang seluar aku, okay sama jeans biru. Ni drama spektra episod mana pulak nih, boleh tersama pulak baju.

"Awak tadi,pakai baju warna lain kan sebenarnya?" Danny serkap jarang, banyak cantik lah muka kau.
"Alah, kebetulan ok! Kalau awk nak sy tukar baju warna lain,boleh jeee.."
"Eleh,kebetulan lah sangat .. Awak nampak sy pakai baju putih,awak pun tukar.. Patutlah lama bersiap" Danny dah mula gelak.
Aku tak gelak langsung, bukan apa, aku takut kang ada pulak watak yang lagi satu tu, gelak sama.

"Lama apa pulak...awk yang ambik sy awal 20 minit,sy belum bersiap lg" best gak ah,kau nak sangat debat kan.
"Awak bersiap cantik2 ni apsal,nak try Freddie lah tu"
"Hei cakap elok sikit ok. Selipar sy ni ok je belum pernah tampar org,kot awk nak merasa jd orang pertama ke"
Danny ketawa lagi,dan untuk kali kedua, aku masih tak nak ketawa sama. Mata aku asyik menjeling ke belakang, mana la tau ada nenek berkebaya duduk kat seat belakang

Danny terus drive ke sebuah restoren, tempat yang akan menyaksikan pertemuan pertama kali kami bersama Freddie. Restoren ni agak sunyi, tak berapa ada orang sangat. Mungkin atas sebab tengah bulan kot, tambahan pulak waktu tu hujan renyai-renyai,mungkin orang pun prefer duduk rumah je. Aku leka dengan bahagian dalaman restoren tu yang dihias dengan rotan, nampak kreatif. Dekat setiap meja, ada pulak lilin comel yang dihias cantik dengan bunga straw. Aku agak tersentak bila terpandang bunga straw tu, sebijik mcm yang nenek tua bagi dalam mimpi aku. Ya Allah, apa erti semua ni, kebetulan atau..?

Danny mencuit bahu aku, dan mengarahkan aku ikut dia ke satu sudut. Rupanya Freddie dah call Danny, cakap dia sah sampai, dan kebetulan pula, Freddie pun sama pakai baju putih, tapi seluar dia coklat muda ok. Hihi, aku tergelak sendiri, rasa lawak pulak, mcm tengah berlakon filem.

Mula la fikiran aku melayang jauh.

Bersambung...
sedap jugak nanas ni...eheh? tiba-tiba...

9 comments:

Niena Muhammad said...

erk..selipar tu tak penah tampo org ek?hehehehe.. best bca cite ni..sebagai award.. sy follow cik kak hehehe..

lau sudi meh la belog saya ni..
http://www.my-shopping2u.com

odahonebizz said...

alamak tetibe bace cite yg part 14...tpksa bace semua skali part 1-13 nak kasi faham...hoho...nice story

SURAT CINTA DARI BUDAK 8 TAHUN?

Cik Puan Izan❤ said...

shopping2u: thanks yer...nti akan terjah blog kamu...tunggu..^^

Cik Puan Izan❤ said...

Odah + One = OdahOne: best ker ceta ni... nti jgn lupa follow lagi yer...^^

Lady Dea said...

Oh DarlingKu Izan....lagi 2 episod r.Pleaseeeeeeeeeee

Anonymous said...

klu aku de panggilan misteri, aku edar je no fon tu kt dalam fb or tulis di pintu jambang.biar dia plak yg terima pnggilan mesteri.haha

PinKy MoMMa said...

cik puan izan..berapa episod smua ni huhu...saspen je ^_^

PinKy MoMMa said...

cik puan izan..berapa episod smua ni huhu...saspen je ^_^

Cik Lya Shah said...

adui.. kne tnggu agi...
cepat la... hehehehehe.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...