Monday, May 30, 2011

Part 11 - Panggilan Telefon Misteri

Atas permintaan ramai Izan paste lagi cerita ni. Dah! takmau ngantuk lagi... Sesiapa yang boring dengan cerita Izan ni sorry banyak-banyak yer. Anda tak perlu baca....
Sambungan...

sambungan dari episod yang lalu.. Sekadar imbasan semula,episod yg lalu,aku dah ceritakan bagaimana Danny menceritakan info tentang Freddie.

Petang tu, Danny ceritakan segalanya pada aku. Pada asalnya, dia nak tunggu sampai aku ok sebab baru lepas kemalangan pada malam sebelumnya, tapi nampaknya Danny,dahtak dapat nak sabar. Dia nak semua persoalan aku terjawab,saat-saat yang akutunggu selama ni. Danny pun cerita semula, bagaimana dia CSI semua ni,seorangdiri pagi tu ..

Info: Cerita imbas semula ni,adalah jalan cerita asal yang Danny ceritakan sendiripada aku, tapi dialog yang aku masukkan ni hanyalah rekaan semata-mata sebabnak bagi korang senang faham. Penting untuk aku jelaskan di sini, hanya partdialog adalah rekaan, tetapi jalan cerita, adalah yang aku tulis berdasarkan pengalaman sebenar Danny.

Kisah Danny bermula .. pagi tu, Danny masuk kerja seperti biasa, dengan berbekalkan teh tarik yang dibeli di kedai mamak tak berapa jauh dari pejabat, Danny duduktermenung di meja. Nak bekerja pun malas disebabkan fikiran asyik tertumpu padaperistiwa "ketawa bersama nenek" pada malam sebelumnya. Dalam hatinyaberbisik, mungkin nenek tu ada mesej yang nak disampaikan. Hidupkah nenek tu?Atau dah mati kah? Kalau dah mati, mungkin ada urusannya di dunia yang belumselesai? Fikiran Danny buntu, sebab nenek tu, tak lagi menelefon seperti selalu sebaliknya, memunculkan dirinya sekali-sekala.

Pernah sekali, Danny pergi ke kedai mamak yang sama, untuk bungkus teh tarik.Kebiasaannya memang begitu,dah jadi habit. Tapi yang menjadi misteri, bila mamak tu tiba-tiba bertanya "U punya mother tidak bungkus air kah,asyik u saja" sambil ketawa mengusik Danny. Danny kebingungan, siapa pulak"mother" sedangkan Danny pergi ke situ, selalunya memang sorang2,kalau ada berteman pun, dengan kawan sepejabat, itu pun jarang sekali.Tetapi waktu tu, Danny biarkan je soalan mamak tu tak berjawab, kerana menyangkakan mamak tu mungkin bercakap dengan org lain, ye lah, bukannya Dannysorang berada kat situ pd waktu tu.

Entah kenapa, Danny teringat semula akan pertanyaan mamak tu, jangan-jangan mamak tu pernah nampak nenek tu jugak dan assume nenek tu sebagai mak Danny. Tanpa buang masa, Danny bergegas pergi ke kedai mamak tu yang jaraknya memang tak jauh,jalan kaki pun boleh je sampai kurang dari 5 minit. Setibanya di kedai mamaktu, mamak tu terus jerit "Teh Tarik bungkus siaaaappppppppppp..!!".Danny pun reda je lah walaupun sebenarnya tak nak order

Sementara mamak tu tengah tarik2 teh tu, Danny cuba ajak sembang supaya tak nak gelabah sangat tetiba je tanya pasal ada nampak nenek ke tak.

"Mamak... perasan tak nenek tua yang selalu dengan saya tu,pagi-pagi tu?"
"Haaa,u punya nenek ke? Fikir u punya mother. Hahaha"
" Pagi tadi ada nampak dia jugak ke?"
"Lama sudah tiada nampak dia. U punya nenek balik kampung sudah ke?"
"Oh....ha,a'ah dah balik kampung"

Danny agak ragu-ragu nak jawap tapi sekarang dia dah tahu, nenek tu ikut jugak dia sampai ke situ. Dan mungkin... ikut sampai kerumah jugak? Tak pasti.

Tehtarik siap dan Danny kembali semula ke pejabat. Nekad untuk call semula pejabat Syarikat Kayu XYZ untuk kepastian, sekurang-kurangnya dia mungkin akan dapat info tentang Freddie. Sebelum dail nombor syarikat tu, Danny pandang telefon,agak lama. Danny cuba untuk bersedia dari segi mental, risau sekiranya ada lagi perkara yang tak diduga akan berlaku.

Dengan lafaz Bismillah, Danny dail nombor tu,dengan harapan akan dapat la info, sikitpun takpe.

"HelloSyarikat Kayu XYZ,boleh saya bantu?"
"Hello Selamat Pagi.. Boleh sy bercakap dengan Freddie?"
"Bolehsaya tau nama encik dan encik dari mana?"
"SyDanny,saya cuma kawan lama dia"
"Tunggusebentar ya, sy sambungkan talian"

Sewaktu menunggu talian disambungkan, hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya perasaanDanny ketika tu. Dalam beberapa saat,talian disambungkan dan seseorang bercakap di talian..

"Hello,Andyspeaking"
Hello,I'mDanny ya. May I speak to Mr Freddie please?"
"MrFreddie?He's no longer working with us Sir. Anything that i can help?"
"I talked to the lady just now,she said she will transfer the line to Mr Freddie?"
"Sorry Sir,salah dengar kot? Andy, not Freddie. Sorry ya?"
"Erm,its okay. Thanks ya"

Danny letak balik gagang telefon. Tapi beberapa minit kemudian, timbul pulak rasamenyesal sebab tak tanya pasal freddie yang Andy cakap dah tak bekerja lagi tu.Haihhh.. Danny pun call balik,dan perempuan yang sama,jawab call.

"Hellocik...sy Danny yang buat panggilan tadi. Sy ada beberapa soalan,kalau cik takkeberatan utk bantu"
"Ye encik,apa dia?"
"Sy nak tanya,dekat syarikat ni pernah ada staff nama Freddie ke?"
"Nama penuh?"
"Sy tak pasti,sy cuma tau nama dia Freddie,erm.. Cina Hakka?"
"Owh,kalau yang tu, ya memang Encik Freddie pernah bekerja di sini, tp dah diberhentikan kerja"
"Orangmana ye? Bila berhenti tu?"
"Dahlama berhenti encik, dalam beberapa tahun. Dah lebih 5 tahun rasanya"
"Sekarang ni dia kerja di mana ye?"
"Tu sy tak pasti encik"
"Diberhentikansebab apa ye?"
"Maaf encik,sy tak berani nak bagi info lebih sebab waktu tu sy baru lagi kat sini. Sy tak berapa pasti"
"Adacontact number Freddie tak?"
"Takdedalam simpanan saya encik,maaf ye"
"Oklah, takpe ye.. Cik?"
"SyLaura"
"Ok terima kasih ye Cik Laura. Sy cuma ada masalah peribadi sikit, sy cuma perlukannombor Encik Freddie kalau ada."
"Erm..masalah apa ye?Kalau berkenaan dengan hal syarikat,sy boleh sambungkan encikdengan penyelia sy"
"Boleh jugak,please?'
"Ok sebentar ya encik.."

Bersambung..

 mungkin entry terakhir hari ni...entah kenapa mood nak berblogging semakin merundum...

11 comments:

MizzTina said...

arghhhhhhhhh...arghhhhhh... kenapa sambung lagik????

Lady Dea said...

seksa nak nunggu esok izan oi.....watlah 5 episod sekali update.kehkehkeh

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: akak saja nak bg org merana...hehehe

Cik Puan Izan❤ said...

Lady Dea: 5 episod sekali update mau berpinar biji mata dea oii...hehehe

maizalove said...

maiza belom baca..tp bila tgk komen2 ni teruja nak baca dari episode 1 hehe..tp saja gak nak tunggu sampai abih episod baru baca haha..pandai x jadi maiza x de la merana tunggu huhu

sarah said...

baru mula baca.....tapi memang best sampai aku rasa macam nak cabut wayar tepon..kak,jgnllah sambung lambat..tak sabo den

Lady Dea said...

Maizal0ve- Mula baca dri skrg r.brulah sr0n0k sbb smangat nk tau smbungan tu mmg xleh ckp.merana pun meranalah.
Izan-berpinar mata tu 0k lg...ni dea dh mcm kna sindr0m nenek kamsiaa dh ni.kehkehkeh.

~izan~ said...

salam izan tuan rumah..ni izan tetamu dtg hehe..sori lama tak singgah.sibuk sket skrg huhu...

izan tak baca lagi sini tapi mcm menarik sbb ala2 cerpen yer..=D

Cheq Sue said...

haaaaaaa.....tensen eh nak nunggu nih... :) cepat kuarkan kak izan

Cik Lya Shah said...

alaaaa.....
knape sambung lagi....
da dedor da ni.... =,="

kindergartenlibrary said...

<--menanti ni ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...