Wednesday, January 22, 2014

Jom Jadi OKB... Orang Kaya Bertaqwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini hidup anda lebih baik dari semalam dan untuk hari esok, tentunya anda mengimpikan kehidupan yang lebih baik dari hari ini... Semua orang pun ada impian inginkan kehidupan yang lebih baik bukan..?? Kita kena buat sesuatu yang bermanafaat untuk diri kita. Contohnya kalau berfacebook jangan asyik main game sahaja. Asyik tengok youtube dan sebagainya... Apa kata kita berniaga...buat bisnes... buat sesuatu yang bermanafaat untuk diri dan keluarga... kan lebih baik! Untung juga dapat duit sampingan.

Yang penting bagi Izan..untuk berjaya kita kena bermula dengan impian.. bila ada impian kita jadi semangat...dan terus buat sahaja.. Jangan banyak fikir risiko... fikir yang baik-baik dan positif sahaja.. Sebenarnya apa yang kita fikir tu yang kita akan dapat.

Kalau tak tahu kena pandai bertanya.. kena banyak belajar.. kena berusaha... jangan jadi pemalu sangat... kata nak berjaya? semua pun bermula dengan tak tahu...lama-lama jadi tahu... kalau tak cuba macam mana kita nak tahu berjaya atau tidak. Betul tak? Semua kejayaan pun bermula dengan mencuba... tak salah mencuba... dan jadikan impian kita lebih besar dari alasan... begitulah ciri-ciri orang berjaya.
Impian itu tercermin pada diri anda sendiri sebenarnya. Anda akan develop diri anda mengikut apa impian anda. Betul tak?

Izan selalu ingat kata-kata sifu. Bagi Izan dia sifu sebab selalu bagi tips dan semangat untuk Izan dikala down.. dikala kemalasan melanda dan dikala macam putus semangat dan harapan. Ni bagi yang buat bisnes macam Izan. Bisnes sampingan jer pun. Dia kata "Izan, pagi-pagi cuba Izan tengok anak-anak Izan... kalau kita ada lebih pendapatan... mereka akan dapat makan makanan berkhasiat dan mereka akan dapat makan vitamin... thats why anak-anak orang kaya kebanyakannya cantik dan bijak. Permulaan melalui cara hidup. Anak uols akan dapat duduk dalam environment yang selesa dan dia akan dapat belajar dengan efektif. Kita buat bisnes bukan untuk sorang-sorang kaya, sorang-sorang kenyang. Kita buat untuk family...nak diorang ceria, berjaya, gembira. Bagi yang isteri boleh bantu suami lepas ni... dah boleh belikan seluar suami...belikan baju suami yang dah lusuh. Sebab dia dah penat kerja keras untuk keluarga. Jadi, niat nak bantu orang yang kita sayang.. nak bantu mak ayah dan adik beradik yang kita sayang... Bila ada niat tu kita akan terus bersemangat. Izan bayangkan suami Izan... tak pernah nak mintak apa-apa kat isterinya sebab dia malu dan lelaki pun ada hati dan perasaan untuk dihargai. Mereka nak beli boleh jer... tapi, nak sesuatu dari titik peluh isterinya. Suami adalah dinding paling kuat untuk melindungi isteri. Kalau ada perompak nak merompak.. abang yakin suami akan hadang tubunhnya biar dia yang ditikam dari membiarkan isterinya terkorban. Dan bila uols bisnes hargai mereka dengan pelbagai cara. belikan boxer atau spender mereka pun... abang rasa mereka dah pengsan kesukaan..." Begitulah panjang lebar bila si sifu berbicara... menjadikan semangat kita yang pudar tetiba muncul kembali.... Dalam bicara yang santai tapi penuh makna... menitis air mata terharu dan geli hati dengan contoh-contoh yang diberikan.

Jom kawan-kawan kita sentiasa semangat... Semoga hari-hari mendatang membuat hidup kita lebih bahagia dan bermakna.

Monday, January 20, 2014

Kenapa Freezermate?

Frezeer mate adalah nama bagi salah satu produk popular Tupperware. Sesuai dengan namanya , kegunaan utamanya ialah di dalam freezer (ruang beku) pada peti sejuk anda. Namun itu bukanlah bermakna ia tak boleh diguna ditempat lain Cuma stuktur freezer mate ini direkacipta sesuai untuk kegunaan dalam suhu beku. Freezermate mempunyai ciri2 berikut:-
 
1-Nipis dan anjal-sesuai dengan bahan yg membeku
2-Lutsinar-boleh lihat apa isinya
3-Bucunya melengkung (tidak segitepat walaupun bentuk freezermate adalah segiempat)-elak melekat dengan freezermate disebelahnya.
4-Dinding yg tak sekata, ada bahagian yg terkeluar sedikit supa ia tidak melekat antara freezer di atas dan dibawah-senang dikeluarkan dari freezer.
5-Penutup yg nipis dan senang dibuka berbanding produk yg lain yg kedap udara seperti modula mate dan one touch.
6-Nyah bau. Jika anda biasa guna freezermate anda akan perasan bahawa ia dapat menyah bau bahan yg disimpan dan tentunya anda akan jimat masa kerana tak perlu cuci freezer lagi.
 Jom kita baca testimoni pengguna yang telah menggunakan FreezerMate...
"I love FreezerMate because of its high quality, great shape and can be properly arranged in my freezer!"
 "I love my FreezerMates because it eases my cooking process by decreasing the thawing period and maintains the taste of the food."
 "Suka sangat dengan freezermate sebab fridge saya nampak kemas dan makanan yang disimpan sentiasa segar!"
 
 "I love FreezerMates as it is such a magic,made my freezer looks neat.It made my dream come true!"
 "I love freezermates sebab penyimpanan makanan menjadi lebih mudah, kemas malah makanan jauh lebih segar."
  "I Love FreezerMates because I can do my 5S "Susun, Simpan, Sentiasa, Segar Dan Sihat"
 "Dengan adanya Freezermate, makanan lebih segar, peti sejuk kelihatan kemas, bersih dan tidak berbau, kotor lagi. Terima kasih Freezermate."
"Freezermate memberi impak yang berbeza secara keseluruhannya. Makanan lebih tahan lama malah kini peti sejuk lebih bersih dan tersusun."

"I love Freezer Mate because my freezer was well organized and the freshness is locked in "  
Dengan ciri2 diatas tentunya peti sejuk anda akan berubah wajah. Bukan setakat cantik tersusun, ianya praktikal, jimat masa, tak berbau dan bergaya (elegant).

Ada juga orang tanya kenapa freezemate ni nipis macam ‘local’ plastik jer. Sebenarnya kenipisan freezermate ini mempunyai fungsi yang istimewa sesuai dengan kaedah fizik bagi sesuatu bahan yg membeku. Bila satu bahan makanan membeku maka ia akan menjadi berat ,keras dan mengembang. Cubalah anda masukkan makanan/bahan mentah dalam bekas yg keras dan simpan dalam freezer, tentu bekasnya akan terkoyak , retak atau bahan itu yang kan terkeluar dari bekasnya. Jadi freezermate direka supaya boleh mengembang sesuai dengan pengembangan bahan didalamnya.

Pastikan anda mendapat manfaat maksima dari wang yang anda belanjakan untuk freezermate. Bukan murah dan bukan mahal sangat jika dibandingkan dengan kegunaannya, ketahanannya , nilai keselamatan dan jaminan seumur hidup. Plastik yg digunakan untuk freezermate semestinya bermutu tinggi dan tidak akan meresapkan kimia ke dalam bahan makanan yg disimpan didalamnya. Dengan keadaan pencemaran alam yg semakin berbahaya, inilah masanya kita fikir apa yg baik untuk diri dan keluarga. Jika kita mampu elakkan dari menyimpan makanan dalam plastic berkimia (PET) dan elakkan diri dari bahayanya.

Demonstrasi freezermate menunjukkan bahan yg disimpan dalam freezermate mampu mengekalkan stuktur yg sama sepertimana ia mula dimasukkan. Anda boleh buat ujikaji sendiri dengan memasukkan daging segar yg dibeli pada masa yg sama dalam dua bekas, satu dalam freezermate dan satu lagi dibungkus dalam plastik biasa. Selepas 2 minggu anda akan lihat perbezaan, lepas sebulan lebih banyak perbezaan.Tahniah kpd mereka yg sudah menempah freezermate bulan ini. 
Berminat?? contact Izan 017-3120116
Kegunaan utama-di ruangan dingin beku dalam peti sejuk. Kegunaan lain juga boleh diamalkan tetapi frezermate tidak kedap udara. Jadi jika anda masukkan biskut dalam frezermate, tentulah lemau..sendiri mau ingat..

Kelebihan freezemate:

1-Frost faster defrost faster. Cepat beku, cepat cair. Jadi makanan spt ikan , daging, ayam,sotong, udang, ketam dll akan tersimpan baik dengan cepat dan selamat.

2-Bahan plastiknya lembut dan mudah lentur. Oleh itu ia mengembang mengikut saiz bahan.Ini mengelak dari retak atau pecah.(kecuali jika ia jatuh)

3-Plastik lutsinar memudahkan kita melihat isi kandungan.Tidaklah tercari2 dan tersalah ambil bahan yg nak dimasak.

4-Saiz yang boleh diatursuaikan dengan mudah dan kemas teratur dalam ruangan dinginbeku.Saiz nampak kecil ttp dapat muatkan jumlah bahan yg banyak.


5-Jaminan sepanjang hayat, bermakna ia pelaburan yg bijak.

Tips penggunaan frezeemate:


1-Simpan freezermate kosong dalam freezer, supaya bila sampai masa ianya diguna, makanan akan lebih cepat beku.

2-Pindahkan freezermate ke petisejuk (fridge-bhgn bawah) beberapa jam sebelum masak supaya ianya cair secara beransur-ansur.

3- Lalukan air keseluruhan badan tupperware (freezermate) sebelum membukanya.

4-Gunakan semaksima mungkin. jika bekas kosong masukkan air dan boleh gunakan sebagai ketulan ais batu.
 

Thursday, October 31, 2013

CONTACT sms / whatsapp : IZAN 017-3120116
CONTACT sms / whatsapp : IZAN 017-3120116

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...